Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Disebabkan bosan makan nasi hari-hari aku cuba buat pertama kalinya menu ringkas tapi confirm kenyang iaitu kubis gulung berintikan ayam. 

Aku pernah tengok resepi ni dekat Youtube dan popular sebagai menu orang diet.

Bahan utama dia ialah Kubis dan isi ayam hancur. Cara nak buat pun mudah. Suami pun layankan saja selera isteri yang jemu nasi. 

Jadi lagi bersemangat nak kurangkan pengambilan nasi. Kata nak kurangkan berat badan kan?


Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Kalau ikut tekak aku Kubis Gulung Inti Ayam atau Rolled Cabbage ni sesuai sebagai hidangan minum pagi dan minum petang. 

Boleh kenyang sehingga waktu tengahari. Rasa dia seperti makan Vietnamese Roll. Jom tengok resepi Kubis Gulung Inti Ayam.




Resepi Kubis Gulung Inti Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut: 

  • Kubis
  • Isi ayam
  • Lobak Merah
  • Cili Merah
  • Daun Bawang
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara-caranya :

#1 Kebanyakkan resepi guna kubis bulat, tapi aku guna kubis panjang sebab dekat rumah ada yang tu, sedap juga.

#2 Relaikan helaian kubis dan cuci sehingga bersih. Serangga kecil banyak tersembunyi dekat celah-celah kedutan kubis tu jadi rendam la sekejap dengan air garam.

#3 Boleh celur atau kukus untuk melembutkan kubis supaya mudah nak gulung nanti.

#4 Isi ayam boleh lah diblend sehingga lumat. Malas nak blend kau orang hiris la kecil-kecil kemudian perap dengan sos tiram, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Lobak dan cili dipotong dadu dan gaul sekali.

#5 Susun kubis yang dicelur tadi di atas pinggan kemudian susun bahan-bahan perapan yang disediakan tadi.

#6 Lipat macam kita buat popia. Kemudia ikat dengan daun bawang. Aku tak ada daun bawang tak wajib pun.

Sesungguhnya aku bukan tangan halus berseni jadi aku gulung jelah asal dia tertutup. lol. Nak buat bite size ke, nak buat besar tangan ke terpulang. 



#7 Sediakan pengukus dan kukus 10 – 15 minit.

Siap dan boleh hidangkan bersama sos pilihan. 

Sos Thai pun sedap, sos keropok lekor pun sedap. Serius mudah sangat nak buat kubis gulung ni. Aku buat saiz kecil molek, makan 5 ketul pun dah kenyang. 

Sedap, mudah dan mengenyangkan. Memang menjadi pilihan aku yang tak pandai masak dan mereka yang nak diet.

Kalau sebelum ni kalau beli kubis tak habis mesti akan hitam dan buang je, tapi sekarang setiap kali beli kubis dah tak membazir. Alhamdulillah.

Selamat mencuba ya.  




Ulasan

  1. nak try lah..cam senang je nak buat. tgh imagine rasa dia camne sbb kubis ni akak kureng sikit..tapi tak salah kot try..mana tau kena ngan tekak..

    BalasPadam
  2. menariknya nanti boleh cik ash cuba buat.. Hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.