Gtgamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Bersyukur sangat akhirnya kerusi GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull yang aku beli dari Shopee sudah pun selamat sampai. Maklumlah sekarang tengah kecoh tentang parcel sangkut dan courier bermasalah. 

Risau pula aku menjadi mangsa. Elok je dia sampai minggu lepas, terus aku suruh suami aku unboxing dan pasang. 


GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull Review

Kalau harapkan aku pasang kerusi ni maksudnya tunggu tahun depan baru boleh guna. Tak kuasa nak peningkan kepala kita suruh suami je yang cantumkan.


Aku beli GTGamez Racing Gaming Chair Red Bull iaitu Gaming Chair  GTGamez paling murah aku jumpa di Shopee. Selain Red Bull, ada Red Phoenix, Blue Shark dan 4D Black tapi harga lebih mahal. 

Ada warna merah, Biru, Hitam dan ada warna Pink. Harga asal ialah RM 799 dan selepas diskaun hanya perlu bayar sebanyak RM 199.  

Aku beli dekat Shopee je

Berdasarkan review di Shopee, kedai ni tiada masalah barang rosak bila post, delivery sedang elok dan dapat high rating dari pelanggan.




Berbalik kepada GTGamez Gaming Chair, aku beli dengan niat nak hadiahkan kepada suami sebab dia agak kerap Work from Home (WFH) di waktu PKP ni. 

Tapi kenapa perlu Gaming Chair? Beli sajalah kerusi office yang biasa tu. Sebenarnya tiada alasan kukuh pun. Saja pilih Gaming Chair sebab nampak menarik gila walaupun kami suami isteri bukan kaki game. Kebanyakkan review pun kata best. 


Review GTGamez Racing Gaming Chair Shopee

Selepas seminggu aku guna kerusi ni baru berani nak buat review dan serius aku tak menyesal ya beli. Kalau tahu beli dua terus sebab sekarang semua kedai dalam Shopee termasuk Lazada dah sold out. Sedih.

Review yang aku kongsi di sini bukanlah dari pandangan sebagai seorang kaki game ya, jadi kalau tak meet kau orang punya expectation aku minta maaf.




Bila aku beli kerusi ni aku harapkan bila duduk dalam tempoh yang lama punggung aku tak sakit, selesa, dan tulang belakang aku terjaga. 

Perkara selalu jadi bila aku duduk agak lama guna kerusi office yang aku beli di IKEA tu, seat dia bagai mencucuk-cucuk punggung, lepas tu posture badan memang akan lari teruk. 

Bengkok okey tulang belakang. Bersyukur betul, lepas hampir seminggu guna GTGamez Racing Gaming Chair ni sangat-sangat memenuhi keperluan aku. 

Gaming Chair ni besar dan sesuai sangat bila digunakan dalam tempoh yang lama.


Ciri-Ciri Selesa Gaming Chair

Gaming Chair ni boleh kita tegak kan pada 90 darjah sehingga 150 darjah ikut keselesaan dan kemudian boleh kunci supaya tak bergerak. 

Material dia adalah leather, grade leather yang mana aku tak pasti cuma taklah panas bila duduk lama. Gaming Chair ni boleh tahan tegap untuk mereka yang beratnya 80 kilogram ke bawah. 

Pemegang tangan dia pon selesa je. Material dia adalah leather dan sebab utama aku beli adalah harga dia bawah bajet yang aku tetapkan.

Jadi nasihat aku untuk kau orang yang nak beli Gaming Chair, identify dulu apa keperluan nak beli, berapa bajet, baca review dari Google dan review shop dekat Shopee. 

Atleast dapat bayangkan apa yang kau orang dapat. Ikutkan hati aku nak beli dekat kedai tapi malangnya dekat kedai harga terlalu mahal pula. 

Terpaksa la tunggu tabung penuh. Jadi tangguh niat tu sehingga tahun 2021 baru beli itupun secara online. Ada hikmah juga PKP ni kan, jimat duit aku.


Update: Setelah 6 bulan guna kerusi gaming ni dia masih ok cuma aku jadi bosan. Kualiti sedang-sedang. Kalau korang ada budget lebih sila lah beli yang lebih mahal. Aku target nak beli kerusi IKEA pula lepas ni. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.