Eh geramnya aku. Jauhkanlah
perkara begini ke atas keluarga dan keturunanku Ya Allah. Sampai kesudah aku
tak boleh tidur. Sakit hati, nak muntah pun ada. Jijik sangat perbuatan tu.
Cara Kenal Pasti Sentuhan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak
Sakitnya masyarakat kita,
sudahlah buat perkara yang salah kemudian dengan bangganya muatnaik video di
media sosial. Bila ditegur benda yang memang salah dikatanya perkara tu adalah
perkara normal.
Situasinya begini, lelaki
terbabit muatnaik video cium mulut ke mulut dengan kanak-kanak lelaki di TikTok
dan kemudian apabila orang marah dan mula kecam dia kata ahli keluarga dia memang
dah amalkan cium macam tu sejak dulu lagi.
What?
Berbondonglah orang menyebarkan video tu dan akaun TikTok lelaki tu dah di padamkan oleh pihak TikTok katanya.
Ramai yang report akaun dia maka habis setakat itu sahajalah. Tapi sebelum
akaun dia dipadamkan, ada netizen yang berjaya screenshot jawapan lelaki ni
bila netizen marah dia cium mulut kanak-kanak tu.
Seperti menegakkan benang yang
basah dan dia tak rasa apa dia buat tu salah. Serius aku tak boleh fikir. Lagi
sakit hati katanya budak tu Autisme, jadi kalau budak tu Autisme kau boleh buat
apa kau nak ke animal?
Hey aku betul-betul marah.
Sebagai ibu kepada tiga orang anak, dan bila perlakuan salah macam ni cuba
dinormalisasikan dalam masyarakat semestinya aku bangkang. Syaitan apa yang
merasuk dia?
Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Pada Kanak-Kanak
Sebenarnya dekat sekolah dah di ajar kepada anak-anak tentang sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak.
Topik ni aku selalu bincang dan borak dengan anak lelaki aku. Aku
terangkan sebaik mungkin sebab apa tau, aku tahu dunia dekat luar sana sangat
bahaya.
Aku tak boleh berada di sisi dia
24 jam jadi aku fahamkan anak aku yang sentuhan tidak selamat tu adalah perkara
salah. Kalau ada yang pernah lakukan sentuhan tidak selamat kena beritahu aku.
Tak terbayang bila kita orang dewasa ni salah guna kepercayaan kanak-kanak yang
sepatutnya kita lindungi dan jaga mereka.
Kena tahu ya mulut, dada, kemaluan, paha dan punggung adalah anggota sentuhan tidak selamat pada kanak-kanak.
Tidak ada sesiapa pun boleh menyentuh termasuklah memegang dan
mencium bahagian terbabit tanpa sebab termasuk ibu bapa.
Tolonglah sebarkan kesedaran
kepada lebih ramai orang supaya alert dengan isu macam ni. Masyarakat kita
selalu ambil remeh dan malu tak bertempat. Sudahnya masing-masing diam dan rasa
kesalahan itu adalah normal.
Gila.
Boleh Ke Buat Laporan Pada Pihak Berkuasa?
Ini adalah antara soalan yang
kerap ditanya sekiranya berhadapan dengan situasi begini, atau ada orang
sekeliling kita menjadi mangsa. Bolehkan kita buat laporan kepada pihak
berkuasa?
Aku kongsikan jawapan dari Akhi
Fairuz ni, jika kita nak buat laporan perkara yang kita perlu buat ialah screenshot
semua bukti, save video, dapat video dari mana, link url tiktok lelaki
berkenaan dan nyatakan ia melanggar akta kanak-kanak dibawah sekysen 14 dan 15.
Jadi tolonglah jangan teragak-agak kalau berjumpa dengan mangsa atau anda kenal sesiapa yang perlukan pertolongan sila hulurkan bantuan.
Aku ada terbaca yang Menteri Agama akan
comment juga isu ni, jadi tak sabar nak baca penerangan beliau.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.