Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah, masih ingat lagi tak yang setiap tahun cikgu akan edarkan borang maklumat murid.
Borang ni ibu bapa akan isi dan kemudian murid akan serahkan kembali kepada cikgu untuk rekod simpanan.
Seterusnya, cikgu akan kemaskini maklumat berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa ke dalam sistem. Jumlah borang perlu di isi bergangtung kepada berapa ramai jumlah anak yang ada.
Sepanjang tiga tahun Ikhwan bersekolah, itu antara rutin awal tahun persekolahan yang wajib kami buat.
Bagi ibu bapa yang ada anak lebih dari seorang pula akan isi borang yang sama berulang kali. Oh penat.
Cara Kemaskini Borang Maklumat Murid Secara Online
Tahu tak sekarang proses pengurusan maklumat murid sudah menjadi lebih mudah? Bermula Januari 2021 ibu bapa hanya perlu mendaftar dan mengemas kini maklumat secara online.
Tujuan
utama sistem ini diperkenalkan ialah untuk mengemaskini maklumat secara online dan
tiada lagi pengisian maklumat berulang kali.
Dengan adanya sistem macam ni urusan nak mohon Sekolah Menengah Khusus.
Semak Bantuan Kerajaan Yang Boleh Di Pohon
Panduan Kemaskini Maklumat Murid Untuk Ibu Bapa
Langkah 1:
1. Layari portal https://public.moe.gov.my/
2. Tekan sebagai pengguna baru dan
isi maklumat yang dipaparkan bagi penjaga utama dan penjaga kedua
3. Cipta kata laluan mengikut
spesifikasi yang diberikan.
4. Taip kod pengesahan yang tertera
5. Tekan butang daftar
Selepas pendaftaran berjaya, pergi semula ke laman utama dan masukkan kata laluan dan kata laluan yang dicipta.
Langkah 2:
Setelah daftar masuk, pilih “Kemaskini
Profil Murid”
Boleh edit maklumat dan jika nama
anak jagaan dan jika tidak tersenarai boleh hubungi guru kelas sekolah
masing-masing.
1. Isi dan kemaskini maklumat:
2. Profile Anak Jagaan
3. Alamat Anak Jagaan
4. Maklumat penjaga
5. Asas kesihatan
Mengemaskini alamat anak jagaan
yang terkini adalah penting. Surat menyurat kepada ibu bapa akan dihantar
melalui alamat yang telah di isi di dalam SPS. Contoh surat amaran salah laku
murid.
Ibu bapa juga perlu pastikan
maklumat penjaga dikemaskini dari masa ke semasa atas tujuan urusan bantuan
awal persekolahan iaitu mengemas kini gaji serta majikan bagi penjaga.
Perlu kemaskini nombor telefon
serta majikan yang terkini untuk mudahkan cikgu untuk hubungi ibu bapa jika
berlaku kecemasan. Setiap kali update maklumat kena tekan butang simpan.
Langkah 3:
Maklumat Kesihatan Murid
Ibu bapa perlu mengisi maklumat sejarah imunisasi kanak-kanak berdasarkan maklumat buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak.
Catatkan tarikh dan tahun vaksin diberikan. Ibu bapa berhak
untuk bersetuju atau pun tidak bersetuju untuk perkhidmatan kesihatan dan
imunisasi.
Langkah 4:
Setelah mengemaskini kesemua
maklumat yang diperlukan, jangan lupa untuk membuat perakuan maklumat sebagai
langkah akhir menandakan kita sudah mengemaskini maklumat murid.
Akhir sekali ibu bapa boleh mencetak BMM untuk simpanan
sendiri & rujukan di masa hadapan. Ulang langkah satu sehingga tamat untuk
anak-anak jagaan yang lain juga. Mudah kan?
Terima kasih atas perkongsian . Sangat berguna ni
BalasPadam