Belum cukup sebulan di tahun 2021 tapi banyak sungguh pengumuman dan berita yang kita terima yang menyesakkan dada. Aku dah jangka tahun 2021 akan jadi lebih perit tapi hati masih lagi berat nak terima.
Siapa kita nak melawan takdir Tuhan kan?
Sungguh aku tak pasti aku akan okey atau tidak tapi aku akan pastikan aku baik-baik sahaja di depan anak-anak. Kuat sungguh dugaan dan cabaran anak-anak zaman sekarang. Sebagai ibu bapa di zaman moden ni sungguh aku terkesan.
The Struggle Is Real In 2021
Pening juga kalau terpaksa buat keputusan. Nak minta pendapat siapa kalau melibatkan masa depan? Sekolah dari rumah, tak boleh keluar sesuka hati, Google classroom, kerja sekolah kena print. Ini semua pengalaman baru untuk ibu bapa.
Cuak weh. Sungguh.
Keputusan aku untuk stop cari kerja dua tahun lepas memang tepat. Selepas kontrak kerja tamat dan kebetulan aku mengandung anak ketiga, aku dan suami sepakat untuk aku fokus menjaga anak-anak di rumah manakala suami jadi ketua menjemput rezeki.
Awalnya bukan mudah aku nak biasakan diri. Tak seronok sebab aku sangat enjoy bekerja. Bila menjadi suri rumah sepenuh masa, banyak yang aku kena adjust. Banyak perkara aku belajar. Kalau buat karangan tentang apa aku belajar sepanjang dua tahun lepas lebih dari 10 muka surat agaknya aku tulis.
2020 Is Scary But 2021 Is Scarier!
Aku sangka 2020 tu dah cukup menakutkan tapi rupa-rupanya tahun 2021 lagi double triple menakutkan. Dah tak tahu apa yang patut dijangkakan. Adakah semua orang sudah penat dan masing-masing tak mahu jaga keselamatan dan kesihatan?
Tengok sajalah angka kes Covid yang dah cecah 4 ribu tu.
Barisan frontliners dah semakin lemah. Jumlah pesakit dah semakin meninggi. Katil dekat hospital dah hampir penuh. Tak dapat bayangkan kalau ada pesakit yang betul-betul perlukan rawatan tapi terpaksa ditolak atau dibiarkan kerana petugas hospital tak menang tangan nak beru rawatan.
Ya Allah jauhkanlah kami dari dugaan sebegitu.
Hari-hari aku latih hati dan otak untuk lihat, fikir, dan tengok perkara yang positif. Rasanya apa yang kurang sekarang adalah kesedaran. Masih ada yang lepas tangan, ramai lagi yang fikir Covid ni sekadar agenda sesetengah pihak dan lagi teruk ramai yang pentingkan diri sendiri.
Aku risau. Risau manusia hilang pertimbangan. Tengok berapa ramai rakyat yang terjejas tak dapat cari pendapatan bila PKP, PKPB dilaksanakan. Jangan tengok orang yang berduit, tapi pandang golongan yang bekerja untuk makan pagi dan petang.
Dengan tanggungan anak yang ramai, nak makan kena sukat, rumah kena bayar sewa, satu rumah berhimpit. Sesak dada bila baca cerita sedih macam ni.
Aku harap kita sama-sama kuat dan berjaya tempuh saat sukar. Aku nak hulur bantuan tapi wang dan tenaga aku juga terhad.
Apa aku boleh buat ialah aku akan tolong peniaga, individu yang mencari pendapatan dan perlukan khidmat hebahan di sosial media seperti review di Instagram, Facebook dan blog boleh hubungi aku. Email je aku. Aku akan cuba sehabis baik untuk buat hebahan. In sha Allah yang mana sesuai aku akan tolong.
Bukan mudah nak survive zaman sekarang ni. Aku faham.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.