Food Review – CHOP N STEAK Kampung Baru Kuala Lumpur

Teringin makan western food punya pasal sampai ke Kampung Baru kami sampai. Walaupun tidaklah jauh mana pun dengan rumah tapi aku kurang suka bila suami ajak ke Kampung Baru. 

Sebab utama dia ialah jalan dia yang sempit dan banyak kenderaan di sisi jalan. Aku seram betul setiap kali lalu. 

Masa bercinta dulu dekat Restoran Chop N Steak inilah tempat aku dan suami keluar makan. 


Food Review – CHOP N STEAK Kampung Baru Kuala Lumpur

Apa yang best tentang restoran ni adalah dekorasi bertemakan kapal yang unik dan harga makanan dia yang berpatutan. Servis dia pun laju, jadi tidaklah menyakitkan hati.



Oh jangan expect food taste Chop N Steak ni macam high class restaurant macam makan di Restoran Menate tau. 

Bagi aku kena la dengan harga dia caj. Kalau kau orang sejenis tak cerewet, nak suasana relax santai boleh datang sini.

Sepanjang pengalaman aku makan dekat Chop N Steak tidak lah mengecewakan. 

Datang sini mesti akan makan Lamb Chop, Mix Grill dan air paling suka, Jus Buah Durian Belanda. Memang power, tak kedekut isi.

Kisahnya dah dua tiga hari aku teringin nak makan chicken chop yang sedap tapi tak jumpa yang menarik hati. 

Sayang bini punya pasal suami sanggup drive ke Kampung Baru. Setuju sebab kami pergi sekitar jam 6 petang. Masih cerah dan pelanggan pun tak ramai sangat.


Celebrating Anak Bujang Selamat Bersunat

Salah satu reason kami keluar makan juga adalah sebab nak celebrate anak bujang selesai bersunat. Dah hampir sebulan dia berpantang jadi bagi dia gembira lah. Juga sebagai upah sebab berani nak sunat.

Alhamdulillah anak-anak suka datang sini. Tarikan utama untuk anak-anak dekat sini ialah kura-kura dan Ikan Keli dan Ikan Muncung Panjang (tak tahu nama) yang bersaiz bayi. Memang besar. Sejak dari dulu lagi owner bela ikan dan kura-kura tu.


7 Sebab Aku Suka Datang Chop N Steak

#1 Persekitaran yang bersih, susun atur meja yang kemas dan luas, boleh bersila, duduk di kerusi, dan banyak pilihan.

#2 Servis pantas dari segi pesan dan hidang makanan.

#3 Kemudahan tandas, surau yang cukup selesa untuk pelanggan.

#4 Dekorasi dalam kedai cantik dan unik.

#5 Harga yang berpatutan dan menu yang pelbagai.

#6 Tak kedekut dari segi makanan portion agak banyak, jus segar dan rasa makanan not bad.

#7 Walaupun parking susah tapi ada tempat parking disediakan depan kedai, RM5 per entri.



Menu Chop N Steak

Ada pelbagai western food yang boleh kau orang cuba. Suami makan Lamb Chop dan bagi aku agak keras untuk dikunyah, anak aku pesan Spaghetti Carbonara mix Lamb Chop, sedap boleh telan. 

Kami pesan French Fries, Cheezy Nachos, dan aku makan Cheezy Chicken Chop. Tambahan Jus Carrot dan Durian Belanda.



Terpaling sedap menu aku lah rasanya. Tak terlalu berminyak, cukup keju dan kuah dia sedap. Total bil ialah RM95.80 which is aku rasa murah dengan apa kami makan.



Overall anak-anak dan suami enjoy the moment. Itu paling penting. Makan dekat sini mengimbau balik kenangan perkenalan aku dan suami. Kenangan tu paling berharga, sebab kita cipta memori dengan keluarga.

Alamat Chop N Steak Kampung Baru

Untuk yang nak datang sini boleh waze alamat di bawah:

16, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ulasan