Cara Deposit Duit Syiling Ke Dalam Akaun Bank
Sudah bertahun aku pendam niat
nak depositkan duit syiling ke akaun bank. Syiling aku dan suami kumpul sejak dari
kami anak satu lagi. Tangguh punya tangguh, anak ketiga dah nak masuk tiga
tahun baru aku berjaya masukkan duit syiling ke akaun bank.
Lega sangat. Rasa terlepas satu beban di dada. Kalau sebelum ni asyik membebel sebab syiling tu makan ruang tempat simpanan barang-barang.
Alang-alang berada di awal tahun dan semangat
mengemas rumah masih ada, aku minta suami temankan aku ke mesin deposit syiling
berhampiran rumah.
Simpan Duit Syiling Guna Mesin Deposit Syiling
Coin Deposit Machine (CoDM) atau mesin deposit syiling banyak disediakan oleh bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Bank Muamalat, Bank Islam dan banyak lagi.
Dulu aku pernah depositkan duit
syiling hasil menabung tetapi melalui kaunter di Maybank. Memandangkan musim
Covid jadi memang aku elak untuk berurusan di kaunter.
Oh ya, setiap bank ada tetapkan langkah-langkah tertentu untuk guna mesin deposit syiling. Oleh sebab Mesin Deposit Syiling terdekat dengan aku ialah Bank Muamalat jadi kami terus ke sana selepas sarapan pagi.
Cara Deposit Duit Syiling Guna Mesin Deposit Syiling Bank Muamalat
Apa yang aku suka tentang Mesin
Deposit Syiling Bank Muamalat ialah aku tak perlu berurusan di kaunter setelah memasukkan
syiling di CoDM. Langkah-langkah untuk mendepositkan syiling ialah seperti
berikut:
- Langkah 1: Pilih bahasa pilihan
- Langkah 2: Masukkan nombor akaun dan nombor telefon bimbit
- Langkah 3: Tuangkan syiling ke dalam slot. Hanya syiling matawang Malaysia sahaja yang dibenarkan.
- Langkah 4: Ambil resit dan simpan sebagai bukti. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa tiga hari.
Memandangkan Mesin Deposit Syiling
Bank Muamalat adalah mesin lama dan tidak berfungsi dengan baik, aku terpaksa
cuba banyak kali baru berjaya. Itupun kakitangan Bank Muamalat sendiri yang
beritahu.
Urusan aku dipermudahkan dan wang dimasukkan ke dalam akaun pada hari yang sama.
Ada seorang pelanggan yang beratur di belakang kami hanya berjaya buat satu transaksi sahaja. Selebihnya mesin tergendala dan terpaksa ke kaunter untuk buat laporan.
Ini adalah syiling yang di 'reject' oleh mesin deposit. Kena ulang proses dari mula.
Senarai Mesin Deposit Syiling Bank
Muamalat
- Rawang - Jalan Rawang 1, Bandar Baru Rawang
- Taman Melawati - Taman Melawati, Jalan Bandar 12
- Shah Alam - Laman Seri Business Park, No. 7, Jalan Sukan, Seksyen 13
- Seremban - Wisma Great Eastern, Jalan Yam Tuan
Cara Deposit Duit Syiling Guna Mesin Deposit Syiling Maybank
Berbeza dengan Maybank, pemegang
akaun perlu menyerahkan resit deposit yang lengkap dan berurusan di kaunter
selepas memasukkan duit di CoDM Maybank.
Langkah-langkah untuk mendepositkan
syiling ialah seperti berikut:
Langkah 1: Pilih bahasa pilihan
Langkah 2: Tuangkan syiling ke
dalam slot
Langkah 3: Ambil resit
Langkah 4: Isi slip deposit
Langkah 5: Bawa slip deposit ke
kaunter pada hari yang sama.
Senarai Mesin Deposit Syiling Maybank
Mesin Deposit Syiling boleh didapati di:
- Cawangan Utama KL
- Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
- Cawangan Utama Shah Alam
- Cawangan USJ Subang Jaya
- Cawangan Seremban
- Cawangan Jelapang
- Cawangan Utama Melaka
- Cawangan Utama Johor Bahru
- Cawangan Jelutong
- Cawangan Alor Star
- Cawangan Taman Tas
- Cawangan Kuala Terengganu
- Cawangan Kota Bharu
- Wisma Satok Branch
- Cawangan Kota Kinabalu
- Cawangan Rawang
- Cawangan Bandar Baru Selayang
- Cawangan Bandar Sunway
- Cawangan Taman Equine
- Stesen 18, Ipoh Branch
- Cawangan Skudai
- Cawangan Batu Pahat
- Cawangan Kawasan Perindustrian Prai
- Cawangan Legenda Heights
- Cawangan Pulau Langkawi
- Cawangan Paka
- Cawangan Tanah Merah
- Cawangan Mutiara Damansara
Nota: Tak perlu asingkan syiling sebelum
masukkan ke dalam slot dan lebih baik untuk hubungi bank sebelum pergi deposit
syiling. Risau nanti penat badan nak angkat syiling yang berat.
Jika berlaku masalah ketika
deposit syiling sila terus berurusan dengan kaunter.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam