Akhirnya berjaya juga aku buat cucur lemak manis yang rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya. Sebelum ni aku pernah cuba buat tapi hasil dia tak seperti yang aku idamkan.
Banyak je resepi cucur lemak manis orang kongsi tapi resepi yang bakal aku kongsi ni memang ternyata menjadi.
Rasa cucur lemak manis ni seakan-akan cucur lemak manis dalam paket jenama Adabi tu. Tak menyesal lah kalau buat.
Cucur ni sesuai untuk dijadikan menu sarapan mahupun minum petang. Confirm berebut lah.
Cara Buat Cucur Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam
Kebetulan bahan-bahan diperlukan untuk buat cucur lemak manis ada dekat rumah jadi ajak anak buat sama-sama.
Musim PKP ni mulut non-stop nak mengunyah, terutama ada anak-anak kecil.
Alhamdulillah menjadi tapi pastikan jangan derhaka dengan resepi aku kongsi ni.
Resepi Cucur Lemak Manis Rangup Diluar Lembut Didalam
Cara nak buat senang sangat. Bahan-bahan
pun tidaklah mahal harganya. Jadi jom tengok bahan-bahan diperlukan untuk buat
Cucur Lemak Manis.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar susu tepung
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil baking powder
½ sudu garam
5 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar santan / serbuk
santan
¾ susu cair / susu segar
Seterusnya, campurkan kesemua
bahan kecuali susu segar / suus cair. Gaul sehingga sebati. Masukkan susu segar
sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
Jangan biarkan adunan terlalu
cair.
Selepas itu rehatkan adunan di dalam
peti sejuk selama 20 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak di dalam kuali
dengan api perlahan. Bentukkan adunan menjadi bentuk bulat dengan menggunakan
jari.
Aku tak sangka yang rasa cucur
lemak manis ni sedap betul. Tepung Beras tu memainkan peranan penting sebab
tekstur cucur jadi lembut di dalam dan rangup di luar. Kena sangat dengan
selera kami satu keluarga.
Cara nak buat mudah, bahan-bahan
memang ada dekat dapur. Cuma yang tinggal sekarang ialah kerajinan seseorang.
Selamat mencuba. Semoga perkongsian
resepi kali ini memberi manfaat kepada anda.
Ulasan