Manakala, PKP Bersyarat (PKPB)
pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang,
Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 hingga 26 Januari 2021. Bagi negeri Perlis dan Sarawak pula dikenakan PKP
Pemulihan (PKPP).
Fahami Larangan Semasa PKP, PKPB dan PKPP
Walaupun ini bukan kali pertama
kita dikenakan perintah PKP, tapi masih ramai lagi yang tertanya-tanya tentang
larangan dan perkara boleh buat sepanjang PKP dikuatkuasakan. Jadi jom kita
ingatkan semula perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Berikut adalah perkara yang perlu
di ambil perhatian sepanjang pelaksanaan PKP bagi negeri terlibat:
#1 Bagi kawasan PKP, Kedai Makan
dan Gerai Penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away dan
tiada dine in.
Manakala bagi kawasan PKPB dan
PKPP kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.
#2 Aktiviti sosial yang
melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan,
perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan
berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali bagi kawasan PKP.
Di kawasan PKPB dan PKPP, aktiviti
sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.
#3 Pergerakan rentas negeri dan
rentas daerah adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali sepanjang pelaksanaan PKP dan
operasi sekatan jalan raya (SJR) akan dijalankan. Pergerakan anda adalah terhad
di dalam 10 kilometer radius sahaja.
Kalau perlu rentas negeri atau
daerah, kena ada Surat Pelepasan untuk perjalanan. Contoh Surat Pelepasan PKP dan PKPB
#4 Bagi tujuan membeli barangan
keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2)
anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan
yang sama.
Mana-mana individu yang melanggar
larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
#5 Pasar raya, Klinik, hospital
dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap
berjaga-jaga.
#6 Jumlah maksimum 5 orang
dibenarkan hadir untuk aktiviti keagamaan bagi kawasan PKP manakala kawasan
PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran
minimum yang ditetapkan di dalam SOP.
#7 Lima sektor yang dibenarkan
beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic
sector) iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan
dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
#8 Hanya 30 peratus pekerja dalam
kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi pekerja di
dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa
akan ditentukan oleh majikan masing-masing.
#9 Nak keluar beriadah tiada
masalah tetapi dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi
rumah sahaja tak lebih daripada 2 orang dan kena pastikan jarak 2 meter setiap
masa. Untuk berbasikal pula hanya seorang sahaja dibenarkan. Berkumpulan adalah
dilarang sama sekali.
Denda RM1,000 Jika Tidak Pakai Mask
Mulai 1 Ogos 2020, Peraturan di
bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bakal
dikuatkuasakan di Malaysia. Pemakaian pelitup muka yang betul ketika berada di
dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan.
Sesiapa yang gagal untuk mematuhi
arahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 (AS$234) atau penjara tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama oleh
mahkamah. Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang berdepan hukuman
lebih berat.
Sudah banyak kes mereka yang cuai
disaman seribu ringgit sebab ingkar arahan tak pakai mask, ada juga kenalan aku
yang disaman sebab tak scan aplikasi My Sejahtera. Jadi jangan la ambil mudah
semua perkara di atas.
Pesanan akhir, sila pakai pelitup
muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer.
Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar
rumah. Kita jaga diri sendiri lah sekarang ni.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.