Sumber dari Google mendedahkan resepi merupakan kata carian paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020.
Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian makanan dan budaya serta rakyatnya yang cintakan makanan.
Sepanjang tempoh PKP dari awal tahun lagi banyak sungguh resepi yang trending dan viral di media sosial. Untuk menyesuaikan diri dengan norma baru, dan adanya sekatan pergerakkan jadi rakyat Malaysia mengambil peluang mencuba hobi baru iaitu memasak.
Resepi Paling Popular Dan Dicari Sepanjang Tahun 2020
Di awal tempoh PKP, banyak
syarikat mengambil keputusan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah untuk
mengelak risiko dijangkiti penyakit. Masa terluang dirumah digunakan sebaik
mungkin dan kejayaan mencuba resepi bertukar menjadi punca pendapatan bagi
sesetengah golongan.
10 Resepi Paling Banyak Dicari Di Malaysia
#1 Dalgona Coffee
Dalgona Coffee muncul di tangga teratas carian tertinggi dan sempat menjadi fenomena di media sosial.
Peminat
kopi berlumba-lumba untuk cuba dan tak ketinggalan yang tak minum kopi pun
teruja untuk buat. Tak terkecuali, aku pun join the vibe tapi sekali je sebab
aku kurang rajin nak buat.
#2 Dalgona Milo
Selepas Dalgona Coffee jadi sebutan, muncul lah pula Dalgona Milo, resepi kedua paling popular menurut carian di Google.
Resepi lebih kurang je cuma gantikan serbuk Milo bagi
memenuhi mereka yang tak minum kopi.
#3 Biscoff Cheesecake
Biscoff Cheesecake ni diberi jolokan ‘Kek Kayangan’ kerana bahan-bahannya yang agak mahal membuatkan orang teragak-agak nak beli.
Kek ini tak perlu dikukus mahupun dibakar dan cukup
hanya disejukkan di dalam peti ais.
#4 Kek Tornado
Tak pastilah sebab apa kek ni
dipanggil Kek Tornado. Kalau ikut bentuk dia tak lari jauh dari cheese cake yang
biasa orang buat tu.
#5 Kek Marble Jelita
Penggemar kek Marble ni sukakan rasa kek ni kerana tekstur dia yang gebu dan juga kurang manis. Aku memang tak pernah bosan kalau makan kek Marble Gebu Resepi Azlina Ina.
Beza kek Marble Jelita dengan kek Marble
biasa adalah corak (quilt) yang dilukis di atas kek Marble Jelita yang
menambahkan seri kek marble.
#6 Youtiao
Youtiao merupakan makanan diperbuat daripada doh lonjong panjang yang digoreng sehingga perang keemasan apabila siap dimasak.
Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China dan
turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya,
ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.
#7 CekMek Molek
Kuih tradisional CekMek Molek ni memang resepi yang sentiasa dicari setiap tahun. Aku pernah kongsikan tips bagaimana nak dapatkan kuih CekMek Molek yang lembut.
Itu pun sebab aku selalu
uli dan doh menjadi keras. Lepas aku guna resepi CekMek Molek ni memang elok je
kejadian kuih aku.
#8 Apam Balik
Aku antara orang Malaysia yang buat carian tentang cara nak buat apam balik yang sedap. Oleh sebab teringin sangat nak makan jadi kena la belajar buat sendiri.
Kalau sebelum ni beli dekat
Pasar Malam je. Berjaya buat waktu bulan Ramadan lepas untuk berbuka. Senang je
rupanya, boleh tengok resepi Apam Balik Senang Nak Buat
#9 Taufufa
Ramai terjebak mencuba resepi
Taufufa sebab sangat mudah cara nak membuatnya. Hanya perlukan tiga bahan
sahaja dah boleh makan Taufufa buatan sendiri.
#10 Burnt Cheesecake
Kek ini adalah antara kek yang dijual pada harga yang agak mahal disebabkan bahan-bahan yang digunakan.
Selain
menggunakan oven, Burnt Cheesecake boleh dimasak menggunakan Air Fryer. Jadi
masing-masing nak tunjuk bakat dan pastikan Air Fryer berguna.
Credit: Google
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.