Adibah Noor tak sedar pun yang
dia terkena serangan Bell’s Palsy sehinggalah dia berjumpa dengan doktor. Dia
ke hospital selepas tiga hari apabila dia tak dapat bertutur dan seyum seperti
biasa.
“Saya terkena serangan bell’s
palsy ketika sedang berkumur dan menggosok gigi di rumah.
“Saya pelik kenapa air meleleh
daripada mulut selain sebutan juga tidak berapa jelas ketika bercakap.
“Tetapi, saya tidak terus pergi
membuat pemeriksaan di hospital kerana ada penggambaran pada hari tersebut,”
-Adibah Noor-
Perkara Perlu Tahu Tentang Bell’s Palsy
Selain Faye Kusairi dan Adibah
Noor, pelakon, penyanyi dan juga anak kepada Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
iaitu Dafi juga pernah terkena penyakit yang sama. Kalau tak silap berlaku pada
tahun 2016.
Apa itu Bell Palsy?
Aku kongsikan penerangan dari
seorang doktor yang buat bebenang (thread) di Twitter. Ramai minta doktor
terangkan apa itu Bell Palsy supaya lebih ramai yang faham.
Bell's palsy adalah kelumpuhan
sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan
otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.
Sesiapa sahaja boleh terkena Bell’s Palsy tak kira lelaki mahupun perempuan. Paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Boleh berlaku secara tiba-tiba dan biasanya di sebelah muka. Ketahuilah kita semua berisiko ya.
Tanda-Tanda Bell’s Palsy adalah
seperti berikut:
- Muka senget / tak simetri
- Kebas pada muka
- Air liur meleleh tak terkawal
- Mata sukar ditutup dan berair
- Pertuturan tak jelas
- Kurang deria rasa pada lidah
- Sakit telinga
Apa Punca Berlaku?
Menurut Dafi, doktor memaklumkan ia berpunca akibat tekanan
kerja dan kurang rehat. Sama juga situasi yang berlaku kepada Adibah Noor yang
sibuk dengan aktiviti pengambaran.
Terdapat beberapa kemungkinan berlakunya Bell’s Palsy iaitu:
Terdapat jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami
keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit.
Pengaktifan semula virus herpes zoster pada saraf di bahagian geniculate ganglion.
Siapa Golongan Berisiko Terkena Bell’s Palsy?
- Kehamilan
- Pre-eklampsia
- Obesiti
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Stress
Jenis-Jenis Rawatan
Berita baik bagi mereka yang terkena Bell's palsy ianya boleh
dirawat dengan beberapa cara dan ia mempunyai prognosis (jangkaan pemulihan)
yang baik. Lazimnya boleh pulih dalam masa 2-4 minggu. Namun ada juga yang
pulih lebih lambat, dan ada juga yang tidak pulih sepenuhnya.
Berbalik kepada kisah Adibah Noor, disebabkan kandungan gula
dalam darahnya tinggi, doktor memberitahu bahawa dia memerlukan tempoh antara
tiga sehingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Tolong pergi ke hospital dan
dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan rawatan segera.
Antara kaedah rawatannya adalah seperti berikut:
Oral steroid
Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada
saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.
Ubat antiviral
Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi
punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan.
Fisioterapi
Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti
elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.
Akupunktur
Ini adalah rawatan komplementari(tambahan) yang boleh
dicuba. Keberkesanannya dalam proses kajian lanjut.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy boleh baca di myhealth Portal
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.