Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Sunat

Akhirnya berjaya juga anak sulung aku di sunatkan. Dengan rela hati tanpa paksaan di usia Sembilan tahun. 

Alhamdulillah memang dari kecil dah terangkan kenapa perlu sunat dan the process involved. Sebenarnya more to nak kumpul keberanian dia.

Sesuatu yang menyakitkan semestinya akan beri kesan dalam diri kan? Jadi bila bersunat, biarlah anak sendiri volunteer untuk buat dan semestinya ibu bapa kena main peranan untuk menggalakkan anak. lega sangat semuanya berjalan lancar.


Pengalaman & Cara Penjagaan Anak Sulung Sunat

Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Perkara ini sabit menerusi arahan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda:


 "Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku." (al-Bukhari)"





Orang sekarang, lepas bersalin terus doktor sunatkan. Baik bayi lelaki mahupun perempuan. Senang kerja eh. Masa aku bersalin Ikhwan dulu masih tak ada lagi option tu. 

Dah masuk seminggu aku jaga anak sunat sendiri di waktu siang dan suami akan take turn di waktu malam. 

Syukur aku memang work from home mom, jadi rezeki lah dapat jaga anak ni. Imagine kalau aku masih bekerja 9-5, tak kan aku nak cuti sampai dua minggu. Fiuh.

Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik. Yang masih bekerja jangan sedih pula, pasti ada aturan Allah yang terbaik untuk kau orang okeh.


Pengalaman Menjaga anak sulung Bersunat

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, waktu paling getir adalah semasa waktu sampai ke Klinik sebelum jumpa doktor dan hari pertama sunat. 

Hari berikutnya in sha Allah dah mudah. 5 minit sebelum nama dipanggil anak aku dah seram sejuk, masa on the way ke klinik dia masih cool dan yakin boleh buat. lol.

Proses sunat sangat sekejap, less than 15 minutes termasuk cucuk bius dan potong. Anak aku sunat kaedah laser. Oh dan yang masuk teman anak disunatkan ialah husband. 

Anak aku menjerit sakit hanya ketika dicucuk untuk bius. Katanya tiga jarum dicucuk di tempat sepatutnya lah.

Ikut cerita suami aku, masa doktor laser anak aku sempat main game di handphone. Ini sebab nak elak dia pandang tempat tak sepatutnya. Kang trauma pula. 

Lepas selesai semua, muka dah start monyok. Doktor cakap anak aku behave je, sebab ada case budak berbadan gempal tendang doktor sebab sakit sangat. ok Kelakar. 

Ubat bius hanya bertahan dalam satu ke dua jam sahaja. Jadi lepas selesai urusan ambil ubat tahan sakit dan antibiotik kami terus balik ke rumah. Bermulalah detik menjadi lelaki dewasa. 

Ha gitu. Gugur air mata tanpa sebab bila terasa ngilu.




Cara Penjagaan Anak Sunat Kaedah Laser

Sebelum tu aku dah buat sedikit bacaan tentang cara penjagaan anak sunat, dan bila tanya orang yang dah berpengalaman semua kongsi almost the same things. 

Jaga makan, jangan aktif sangat takut bentan, dan pastikan tempat luka sentiasa kering.

#1 Jangan beri terlalu banyak air risau luka lambat kering. Secara logiknya bila minum air akan kerap kencing jadi lambat la nak kering tempat luka tu.

#2 Makan menu yang sama macam orang berpantang. Dua, tiga hari pertama memang aku bagi menu sebiji sama orang pantang. Lepas tu dia bosan dan tak ada selera makan, aku tukar cara masak. 

Aku goreng ikan instead of masak pindang. Ok tak gatal.

#3 Kena makan buah. Untuk elak sembelit memang aku akan beri makan buah oren dan pisang.

#4 Tak mandi dan aku hanya lap-lap badan dengan kain basah supaya badan tetap segar dan tak busuk. Lepas luka agak kering baru berani jirus badan.

#5 Paling penting kena selalu pastikan tempat luka disapukan krim antibiotik supaya cepat sembuh.

#6 Bila kencing kena lap dengan wet tissue dan masa hari pertama memang menjerit dia bila aku percikkan air. Pedih dan ngilu katanya.

#7 Untuk lebih selamat buat urusan di tandas, guna cawan kertas untuk lindungan kemaluan dari terkena air. Berkesan tips ni.

#8 Jaga kebersihan pakaian dan tempat luka. Tukar kain, alas, baju setiap hari.

#9 Makan ubat tahan sakit on time.

 



Pakej Berkhatan Klinik Pusrawi Jalan Ipoh

Suami aku yang decide untuk ambil pakej berkhatan di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh. Ternampak posting kawan dia yang sunatkan anak dia sana, kebetulan juga kami dah familiar dengan Klinik Pusrawi.  

Tak banyak soal proceed saja dengan idea suami. Klinik Pusrawi tawarkan promosi pakej berkhatan hanya serendah RM200.00 sahaja. Ikutkan kena bayar deposit RM50.00 untuk booking. 

Aku rasa untuk yang walk in untuk buat pertanyaan sahaja rasanya sebab aku call terus klinik tak dikenakan apa-apa caj pun.

  • Bius setempat dan guna kaedah laser
  • Dilakukan oleh doktor bertauliah
  • Kadar penyembuhan yang cepat
  • Kurang sakit


Klinik Pusrawi, Jalan Ipoh (MAIWP Healthcare) - 03-4040 0425

Masa booking kena pilih tarikh dan beri maklumat anak seperti no Mykid dan maklumat penjaga. Simple je. Datang pada hari yang di tetapkan. Selesai.

Semestinya aku lah yang bertanggungjawab untuk call dan buat appointment. Ada kisah kelakar berlaku sebelum dapat call Klinik Pusrawi Jalan Ipoh. 

Secara tak sengaja aku tersalah call Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Jadi baca dan fahami betul-betul ya. 


Pakej Berkhatan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak

Jadi aku kongsikan juga Pakej Berkhatan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Ada dua pilihan untuk bius setempat atau bius penuh, dah dua kaedah sunat iaitu kaedah laser atau Smart Clamp. 

Dan disebabkan musim COVID ni, anak dan penjaga diwajibkan ambil ujian swab test Covid19. Ada option untuk bius setempat atau bius penuh. Kalau bius penuh harus puasa malam sebelum berkhatan.


Pakej Berkhatan Kaedah Laser

  • Bius Setempat / Separuh: RM850.00
  • Bius Penuh: RM1,789.00. Pakej termasuk harga ujian swab test Covid19 untuk anak dan penjaga serta diberikan katil sementara selepas berkhatan.

Pakej Berkhatan Kaedah Smart Clamp

  • Bius Setempat / Separuh: RM920.00
  • Bius Penuh: RM1,859.00. Pakej termasuk harga ujian swab test Covid19 untuk anak dan penjaga serta diberikan katil sementara selepas berkhatan.

Untuk urusan booking perlu sekurang-kurangnya dilakukan 2 hari sebelum berkhatan dan kena bayar deposit sebanyak RM300.00

Boleh hubungi Hospital Pusrawi Sdn Bhd - 03-2687 5000


Berkhatan Kaedah Laser Atau Smart Klamp?

Semestinya benda ni juga bermain di fikiran aku masa decide nak sunatkan anak. Smart Klamp ni bahasa mudahnya inovasi terkini untuk berkhatan. 

Ada sejenis alat digunakan dan dipasang yang membolehkan anak pakai seluar selepas bersunat, sebab tu harga dia sedikit mahal berbanding kaedah laser.

Cara penjagaan selepas berkhatan juga lebih mudah dan yang pastinya alat ini perlu ditanggalkan semula dan perlu berjumpa doktor. 

Ikut penceritaan kawan-kawan yang sunatkan anak meraka guna kaedah ini, timbul sedikit penyesalan sebab sakit nak tanggalkan alat tu. Seolah-olah disunatkan kali kedua.

Tapi mungkin anak kau orang tak rasa sakit yang sama kan? Sakit orang ni berbeza kan? Oleh sebab aku tak mahu fikir kemungkinan lain jadi we choose kaedah laser sajalah.


Kesimpulannya

Wah panjang aku cerita ni. Pilihlah kaedah sunat apa sekali pun dan berbincanglah dengan pasangan. Terangkan juga kepada anak kenapa proses sunat, berkhatan ni penting dan kena buat. Bagi reward dan selalu bagi galakkan kepada anak-anak.

Bersedialah dari segi mental, fizikal dan juga kewangan. Kalau ikut penakut aku ni, aku nak je suruh doktor full bius anak aku dan buat sunat kaedah laser. Malangnya tiada, tak perlu kot sebab tu tak wujud. Lol.

Selamat bersunat wahai anak-anak dan selamat menjaga anak bersunat wahai ibu bapa.


Ulasan