Kenali Microsleep & Kesan Bahaya Semasa Memandu

Kau orang familiar tak dengan term “microsleep”? diri sendiri pernah alami? Atau ada ahli keluarga yang pernah kena? 

Kakak aku pernah terbabas ketika memandu waktu dalam perjalanan balik ke kampung beberapa tahun sudah.

Masa tu sekitar jam 3 petang. Memandu di jalan kampung dan waktu tu turun bukit. Dia memandu sendirian waktu tu, tiba-tiba dia kata dia terlelap. 


Kenali Microsleep & Kesan Bahaya Semasa Memandu

Rezeki panjang umur, kakak langsung tak cedera. Hanya kereta terbabas ke tepi dan sempat dia elak dari langgar divider.

Bila baca tentang berita kemalangan disebabkan microsleep aku rasa sedih sangat. Masih terkesan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarga pemain bola sepak Johor beberapa hari lepas.



Apa Sebenarnya Microsleep?

Dalam bahasa mudahnya, terlelap beberapa saat tanpa disedari. Boleh terjadi ketika menonton tv, memandu, bermain telefon dan lain-lain. Aku sendiri pernah alami waktu tengah kusyuk main telefon.

 ‘Microsleep’ merujuk kepada tempoh tidur yang berlaku sehingga beberapa saat. Tempoh 'microsleep' adalah di antara 1 dan 30 saat

Kalau difikirkan 30 saat tu tak lama mana tapi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tu.

Kalau nak tahu, microsleep boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Lebih menakutkan, individu yang mengalaminya boleh terlelap tanpa disedari.



Tanda Penting Pemandu Mengalami Microsleep

Terdapat beberapa tanda atau gejala perlu diperhatikan jika pemandu mengalami ‘microsleep’. Tolong ambil perhatian terutama penumpang supaya dapat elakkan kejadian yang tak di ingini berlaku.

#1 Tersasar Dari Lorong

Kalau nampak pemandu dah mula tersasar itu bermakna dia dah mula alami ‘microsleep’ dan perlu berhenti dan berehat serta merta.

#2 Menguap Banyak Kali

Selalunya berlaku apabila memandu selepas berhenti makan, mata terasa berat dan terasa mengantuk. Penumpang kena alert jika pemandu asyik menguap dan menggosok mata, kau orang perlu bantu pemandu untuk terus kekal terjaga.

  • Cipta topik dan cuba bersembang.
  • Cadangkan untuk berhenti & tidur seketika di hentian Rawat & Rehat terdekat.
  • Biasanya bila mengantuk, pemandu cenderung untuk tekan minyak dan memandu lebih laju. Penumpang kena selalu ingatkan supaya tak langgar had kelajuan ditetapkan



Waktu Perlu Elak Memandu Untuk Cegah Microsleep

Pemandu wajib dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti iaitu tujuh hingga Sembilan jam sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Selalu kita nampak peringatan ni apabila tiba musim perayaan.

Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.

Memang dah ada kajian di seluruh dunia yang membuktikan tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.


Kesimpulan

Kena selalu ingat ‘microsleep’ ni berlaku tanpa amaran dan sesiap sahaja boleh kena. Emak aku selalu pesan, benda kita boleh cegah dan elak kita cuba la buat. 

Nak salahkan meraka yang ‘microsleep’ pun tak berguna sebab bukan kehendak mereka juga.

Salam takziah untuk keluarga yang terlibat dan kehilangan insan tersayang. Memandulah secara berhemah, buang ego dan baran ketika berada di atas jalan raya. Patuhi had laju dan semoga kau orang selamat tiba ke destinasi.

 

Ulasan

  1. sha kalau main phone pun selalu terlelap. jatuh phone atas muka terus huhuhu. kalau jadi peneman orang drive memang sha akan selalu smebang, biar dorang takbosan so takdelah terlelap kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.