Cara Kira BMI Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator BMI Online

Salah satu perkara yang senantiasa terselit dalam azam setiap tahun adalah untuk menjaga BMI (Body Mass Index) supaya tidak tersasar dari landasan untuk sihat. 

Malangnya di penghujung tahun 2020 BMI aku berada pada paras 25.33 menandakan aku terlebih berat badan.


Cara Kira BMI Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator BMI Online

Apa itu BMI?

BMI atau nama lain dia ialah Body Mass Index atau dalam bahasa melayu ialah indeks jisim badan. BMI menjadi ukuran untuk menilai berat badan yang dibandingkan dengan ketinggian. 

Pendek kata, berat badan kena sesuai mengikut ketinggian seseorang. Bagi aku yang bertubuh renek seperti aku akan kelihatan seperti pohon bonsai jika tidak menjaga BMI.




Cara Kira BMI Secara Manual

Mudah je sebenarnya nak tahu BMI kita, hanya perlukan dua maklumat iaitu berat badan (KG) semasa dan juga ketinggian semasa (M).

Berat Badan (KG) / Tinggi (M) = BMI

Contoh Pengiraan:

Berat Badan = 57kg

Tinggi = 150cm = 1.5M

Maka, BMI = 57kg / (1.5m x 1.5m) = 25.33


Hasilnya perlu kita rujuk kepada carta BMI untuk ketahui sama ada kita tergolongan dalam golongan yang normal, kurang berat, lebih berat badan atau pun obes.

Nak turunkan berat badan, baca ni dulu Tip Diet Yang betul untuk kuruskan badan berpandukan 5 Jenis Diet

Cara Kira BMI Secara Online

Anda juga boleh menggunakan kalkulator dan kira BMI secara online di link ini https://www.calculator.com.my/bmi-calculator

Carta BMI

< 18.5 – Kurang Berat

18.6 - 25.0 – Normal

25.1 - 30.0 – Berlebihan Berat Badan

30.1 ke atas – Obes


Perlu diingat cara kiraan BMI dan carta BMI yang aku kongsikan diatas hanya sesuai untuk individu dewasa yang berusia di antara 18 sehingga 65 tahun sahaja. 

Bagi warga emas, kanak-kanak, dan ibu mengandung cara kiraan BMI masih sama tetapi perlu rujuk carta BMi yang berlainan.

Jadi masing-masing dah tahu kira baca BMI kan? Puas hati tak? BMI anda  berada di paras normal? Kalau tidak, jom sama-sama kita jaga kesihatan. 

Sesuai sangat kita letak target untuk tahun 2021 akan datang ni. Apa pun jangan terlalu tertekan untuk kuruskan berat badan dan ambil langkah singkat tapi merbahayakan kesihatan macam makan produk pelansing badan. 

Sayangi badan dan organ kita. Biar lambat kurus tapi badan kekal sihat. 

Ulasan