Senyum Dengan Keju dan Menang Sehingga RM100,000 Dalam Peraduan Anchor Legendairy
Wahai peminat keju sekalian. Ada berita
baik untuk kau orang di musim PKPB ni. Kalau nak menang hadiah sehingga RM100,000
kena ambil bahagian dalam Peraduan Anchor Legendairy anjuran Anchor Food
Professionals.
Biasanya pertandingan makanan ni kau orang perlu masak dan tunjukkan kreativiti kan?
Ha kalau peraduan Senyum
dengan Keju ni kau orang tak payah susah-susah nak memasak tetapi hanya perlu
buat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri
yang mengambil bahagian.
Ini merupakan inisiatif yang
dijalankan oleh Anchor Food Professionals sebagai tanda sokongan kepada industri
F&B tempatan yang terkesan akibat pandemik global dengan memperluaskan
kehadiran produk mereka kepada lebih banyak pengguna dan pelanggan di rumah
mahupun di kedai.
Kempen Peraduan Legendairy Anchor
Peraduan Legendairy Anchor adalah
sebahagian daripada kempen baharu jenama ini untuk mempromosikan menu masakan
berasaskan keju dari lebih 650 buah bakeri, restoran dan kafe F&B yang
komited untuk menyediakan makanan yang lazat seperti kek, kuih tat, roti keju,
pizza, burger serta nasi keju panggang atau pasta.
Kempen ini juga merupakan salah
satu usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memberi pendedahan kepada
pengendali makanan terhadap kemahiran penggunaan media sosial yang amat
diperlukan terutamanya pada waktu pandemik sebegini.
Raikan Keju bersama Peraduan ‘Anchor Legendairy’”
Anchor Food Professionals akan membawa semula peraduan Anchor Legendairy dengan tema tahun ini “Senyum dengan Keju”.
Peraduan yang dianjurkan di
seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 ini menampilkan
cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang dengan hadiah yang menarik
bernilai sehingga RM100,000.
Menurut Jack Tan, Pengarah
Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, peraduan ini bertujuan
menyebarkan kegembiraan melalui kebaikan produk keju dan tenusu New Zealand
ketika negara ini mengharungi badai pandemik Covid-19.
Tambahnya lagi, “Keju adalah
sumber protein yang kaya dan pengambilan protein sebagai sebahagian daripada
pemakanan seimbang, dan gaya hidup yang sihat dalam menyumbang kepada emosi
yang baik. Dalam erti kata lain dengan menikmati keju dapat membuat anda gembira.
Kami berharap untuk membawa
senyuman dan aura positif kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan kebaikan
keju dari New Zealand!”.
Cara sertai Peraduan Peraduan ‘Anchor Legendairy’ - "Senyum bersama Keju"
Sertai peraduan Legendairy Anchor
dan rebutlah peluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama
percutian 3-hari-2-malam di resort mewah di Langkawi untuk dua (2) orang
termasuk tiket penerbangan dan sembilan (9) hadiah sagu hati yang terdiri
daripada alat elektronik untuk dimenangi dalam cabutan mingguan!
Peserta juga boleh menebus hadiah
eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila mereka membuat pembelian
makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil
bahagian.
Restoran dan bakeri yang ambil
bahagian ada di seluruh Malaysia termasuk Brunei tau. Antara yang ambil
bahagian ialah seperti Daboba Malaysia, King’s Confectionery, Swensen’s, Vivo
Pizza, Kopitan Classic dan banyak lagi.
Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini.
Mereka hanya perlu
mengambil gambar bukti pembelian dan muat naik ke laman web yang tertera untuk
turut serta!
Hanya ikut 3 langkah mudah ini:
- Beli menu masakan berasaskan keju minimum RM 30.00
- Scan QR Code dan muat naik resit pembelian
- Putar dan menang hadiah
Jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” Anchor Food Professionals di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut tentang peraduan.
Kenapa produk tenusu dari New Zealand Jadi Pilihan?
Antara sebab utama mengapa
pengguna perlu memilih produk tenusu dari New Zealand, Tan berkata bahawa
“Anchor Food Professionals merupakan antara peneraju syarikat perkhidmatan
produk tenusu di Malaysia dan kami bangga dengan warisan turun temurun ini
terutama dalam penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi daripada lembu yang
diberi makan rumput di New Zealand sejak tahun 1886.
Produk Anchor Dairy Foods ini dijual kepada lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan telah wujud di Malaysia melalui syarikat Fonterra iaitu sebuah koperatif tenusu multinasional sejak 1960.
Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam membekalkan produk tenusu yang memiliki rasa, tekstur dan prestasi fungsi yang unik untuk para pengendali makanan industri F&B Malaysia”.
boleh tahan juga hadiah kalau menang ni.
BalasPadamlast year ada juga contest macam ni. sempat lagi nak join ni kan.
BalasPadam