Oleh sebab craving nak makan Korean Garlic Bread maka gigih lah cari resepi dan beli bahan-bahan untuk buat sendiri.
Pernah beli dekat Aeon Big seketul untuk di cuba, tapi kurang kena tekak sebab roti dia keras dan cheese dia asal ada je. Harga seketul RM 5.50.
Bila jumpa resepi Korean Garlic Bread memang excited nak buat. Dalam rumah ni hanya aku dan anak sulong je yang makan, suami memang sejenis tak suka cheese.
Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger
Berlawanan sangat dengan selera aku yang suka bau bawang putih dan aku penggemar cheese. Aku jumpa resepi Garlic Bread tapi hanya menggunakan roti burger.
Lagi mudah hidup aku sebab sejenis tak reti buat roti. Roti burger ni yang licin tu tau bukan yang ada bijan atas dia tu. Rasa dia tak lari jauh dengan apa yang aku makan beli dekat Aeon Big tu.
Cara Buat Korean Garlic Bread Guna Roti Burger
Aku jumpa resepi yang berbeza di internet jadi aku suka hati olah dan buat cara sendiri. Nak buat senang je tak sampai setengah jam.
Sesuai buat dan makan masa tea time. Oh mai masa taip ni
aku terbayang dan teringin nak buat lagi sekali.
Cara nak buat mudah je, kena sediakan inti dan sapukan garlic butter dekat bun. Sebelum tu roti burger tu dibelah 6 tapi jangan sampai terputus ya.
Belah manja-manja je. Letak tepi. Siapkan
inti dan butter garlic dulu.
Bahan-bahan perlu ada:
Inti Cream Cheese
250 gram Cream Cheese (Aku guna
jenama Tatura)
3 sudu besar susu pekat
2 sudu Whipping Cream / Susu Cair
Pastikan semua bahan berada pada
suhu bilik dan satukan kesemua bahan di atas. Gaul sebati kemudian masukkan ke
dalam pipping beg. Ketepikan.
Butter Garlic Untuk Roti
250 gram butter yang di cairkan
7 biji Bawang putih yang dicincang
halus
1 Sudu Susu pekat
1 Biji Telur
3 sudu madu
Daun parsley kering
Cairkan butter dan masukkan
bawang putih, madu dan susu pekat kemudian kacau sebati. Masukkan telur bila
adunan sedikit sejuk. Jangan lupa daun parsley campak ikut suka banyak mana.
Daun Parsley kering aku gantikan
dengan Oregano sebab resepi awal aku jumpa suruh guna serbuk oregano. Aku dah
beli baru aku tahu kalau namanya Korean Garlic Bread kena ada Parsley.
Ada resepi tak letak pun madu,
tapi gunanya madu ialah untuk jadikan roti tu rangup. Memang terbukti weh,
rangup di luar, lembut di dalam.
Last sekali, apa perlu dibuat
ialah, pipe kan inti cream cheese ke dalam roti. Makin banyak makin sedap lah.
Kemudian celup / sapu bancuhan
butter garlic. Celupkan bahagian atas sahaja. Biarkan terendam beberapa minit
supaya meresap ke dalam roti.
Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 170celcius selama 15 minit.
Selamat mencuba.
a ahhh kan sama bentuk bulatnya hehe.. lagi jimat masa..
BalasPadamjanji rasa sodappp bila dimakan itu paling penting..
ala kat umah tak ada oven plak. kalau tak, mau gak buat beberapa ketul ni...
BalasPadam