Akhirnya setelah 7 tahun (2013-2020) menjadi pelanggan setia, aku ambil keputusan untuk terminate account Astro dekat rumah.
Sejajar dengan keputusan aku untuk pasang Unifi dan untuk jimatkan bil hiburan dekat rumah maka kami setuju untuk tutup akaun Astro.
Banyak faktor sebenarnya kami terminate Astro. Apa pun lega semua dah selesai. Alhamdulillah urusan tamatkan akaun Atsro sangat mudah.
Hanya melalui panggilan telefon sahaja. Sebelum telefon aku dah ready alasan kukuh untuk teruskan niat nak tutup akaun.
Cara Mudah Nak Batalkan Akaun Astro
Sudah boleh agak, memandangkan
aku dah 7 tahun langgan Astro dan aku merupakan pelanggan yang tak pernah bayar
lambat dan record pembayaran aku cantik jadi customer service akan buat tawaran
gila-gila supaya aku lembut hati untuk tidak tutup akaun bersama mereka.
Rasanya mana-mana service provider akan buat benda yang sama. Cara counter back offer supaya pelanggan kekal setia. Tapi bagi aku, cukuplah 7 tahun bersamamu Astro.
Aku stop Astro dan subscribe Unifi - Baca Sini
4 Langkah Tamatkan Servis Astro Dengan Mudah
Langkah 1
Kau orang kena hubungi no general line :03 - 9543 3838 dan pilih no untuk perkhidmatan menamatkan akaun Astro. Nanti panggilan akan disambung dengan customer service yang bertugas.
Oh ya,
hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan untuk pohon tamatkan perkhidmatan
akaun ya. Orang lain tak boleh. Sila semak kau orang guna nama siapa masa
register akuan Astro dulu.
Langkah 2
Macam biasa customer service akan
minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan
yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil
bulanan dan no kad pengenalan.
Langkah 3
Selepas pengesahan berjaya baru
customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan,
pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.
Staff juga akan beri tarikh akhir
akaun ditutup dan dalam kes aku seminggu lepas aku buat panggilan penamatan
baru akaun akan ditutup. Decoder tidak di ambil in case di masa hadapan aku nak
langgan Astro sekali lagi.
Langkah 4
Sebelum permohonan aku di key in ke dalam sistem, customer service ada buat tawaran penjimatan memandangkan aku dah lama bersama Astro.
Staff tu terangkan memandangkan aku dah lama jadi
pelanggan mereka jadi mereka tawarkan pakej yang sama tapi aku hanya bayar
RM28.00 sahaja termasuk tax selama dua tahun ya.
Jadi kalau aku setuju, selama 2 tahun aku boleh teruskan langgan saluran yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.
Kalau ikut pakej aku langgan ada la channel Astro Warna, channel Korea tu dan lain-lain yang basic tu. Bayaran bulan RM64 sebulan.
Boleh la
maksudnya Astro nak rendahkan bil bulanan aku. cis. Maaf aku tak tergoda ya.
Bila semua clear baru staff akan masukkan ke dalam sistem permohonan. Aku kena tunggu dalam masa 7 hari, akaun akan ditutup sepenuhnya dan masa tu aku kena bayar bil terakhir. Ha begitu la proses secara ringkasnya.
Selamat Tinggal Astro
Rupa-rupanya tidak lah serumit
mana pun proses nak terminate Astro. Oleh sebab cerita asyik duk ulang tayang,
bila hujan tak dapat siaran dan banyak cerita aku boleh tengok dia Internet
jadi memang keputusan terbaik aku berhenti melanggan Astro.
Kebetulan semenjak PKP ni anak tak ke sekolah memang banyak urusan pembelajaran guna internet.
Kadang-kadang
terfikir juga ibu bapa yang ada anak yang bersekolah lebih dari satu ni mesti
berebut nak belajar dekat handphone. Belum masuk bab ibu bapa yang tak mampu
nak langgan pakej internet tu.
Ah sedih.
Kesimpulan
Paling mudah untuk tutup akaun Astro adalah hanya dengan panggilan telefon dan jangan lembut hati kalau dia cuba tawarkan pakej lebih rendah. Tetapi, kalau korang rasa berbaloi teruskan lah melanggan.
Baca juga:
saya dah call dah pegi center dah pulangkan decoder..
BalasPadamhahaha selalu dapat call kata acc masih active. last2 install true caller.. keluar je nama memang tak angkat..
Mula-mula nak pergi pulangkan juga, tapi staff dia kata tak perlu. lega lah
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamAi pun baru juga terminate Astro atas banyak faktor.
BalasPadamTahniah ya hiihih
PadamSaya nak tutup tapi Astro saya tu didaftar guna nombor telefon mak mertua LA pulak. Dia dah kurang sihat. Tak leh cakap CM orang normal. So kita as anak or anak menantu boleh ke buat panggilan guna nombor dia?8
BalasPadamBoleh cuba la, customer service boleh faham in sha Allah. Selain tu dia nak nombor IC, account number.. itu sahajalah
Padam