Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa

Sekali lagi kita diuji dengan peningkatan kes COVID19 yang mendadak naik dan munculnya pelbagai jenis Kluster. 

Semakin menjadi-jadi dan hari demi hari negara kita catat rekod kes tertinggi yang baru. Dua negeri tertinggi dilaporkan ialah negeri Kedah & Sabah.

Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi kes COVID di sana sudah tinggi. Jangkitan dari PATI dari negara jiran seperti Filipina dan menjangkiti masyarakat tempatan. 


Cara Buat Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Semasa COVID19

Ada satu kes yang mana PATI telah dihantar balik ke Filipina kemudian seludup masuk semula untuk berjumpa keluarga di Sabah.

Sedihnya dia positif COVID dan akhirnya keluarga serta jiran turut dijangkiti COVID. Bukan itu sahaja sebenarnya, kesedaran & sikap mudah lupa rakyat memburukkan lagi keadaan. 

Ada yang pergi bercuti di Sabah tapi gagal nak kuarantinkan diri.



Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Akibat Penularan COVID

Faham masing-masing penat melawan wabak ni tapi itu bukanlah tiket untuk pentingkan diri sendiri. Ikutkan hati aku juga nak bercuti, berjalan & berseronok. 

Tapi memandangkan akan menyusahkan banyak pihak dan paling penting mendatangkan risiko kepada keluarga, aku batalkan saja niat nak bercuti.

Walaupun Menteri cakap jangan risau antara sebab kes yang tinggi tu merupakan kes dalam penjara tapi sebagai ibu bapa memang sangat merisaukan bila COVID mula menyerang sekolah dan IPTA. 

Banyak dah sekolah di arah tutup dan dah ada pun kes guru yang meninggal dunia akibat wabak ni. Risaunya kalau anak yang kecil kena buat swab test dan kena kuarantin. 

Seksanya. Dalam group sekolah anak aku, dah ada ibu bapa yang hantar surat pelepasan kehadiran anak ke sekolah kerana risau anak terdedah dengan risiko dijangkiti.

Aku tak terkecuali. Kami ambil keputusan untuk rehatkan Ikhwan. Memang risau anak tertinggal pelajaran tapi lapang dada sahajalah. Nyawa lebih penting dan ada hikmah untuk semua ni.


Contoh Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah

Ibu bapa berhak untuk cutikan anak-anak dari sekolah dengan syarat inform pihak sekolah supaya memudahkan urusan pihak sekolah. 

Kegagalan memberi surat tunjuk sebab akan beri impak kepada rekod kehadiran anak-anak yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan disiplin.

Ibu bapa boleh buat surat penegcualian kehadiran dan nyatakan sebab musabab untuk tidak benarkan anak ke sekolah. 

Ibu bapa juga harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

Kalau kau orang tak izinkan anak kesekolah sebab penularan COVID19, boleh guna surat pelepasan di bawah sebagai contoh. 

Tapi kalau nak buat surat dengan ayat sendiri pun boleh. Terpulang asalkan ibu bapa serahkan surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah.



Masih lagi menunggu Kementerian Pendidikan untuk umumkan penutupan sekolah. Aku faham bukan keputusan yang mudah sebab melibatkan banyak pihak. 

Aku bersyukur sangat aku bekerja dari rumah jadi tak timbul isu nak letak anak di mana. Bayangkan ibu bapa yang bekerja struggle nak fikir tentang anak-anak. 

Kos penjagaan pasti bertambah. Risiko di pusat asuhan juga ada. Aku doakan dipermudahkan segala urusan kau orang ya.


Kita Jaga Kita & Jangan Pentingkan Diri

Pesanan aku jom lah jaga diri, keluarga dan masyarakat setempat. Tolonglah jangan pentingkan diri dan jangan cuba tambah kluster baru. 

Kita semua ni terdedah dengan risiko sebab wabak COVID tidak mengira umur, pangkat, darjat, kaum mahupun jantina.

Secara rasminya aku dah perlahankan aktiviti di luar rumah, dah stop bawa anak-anak ke pasaraya. Sila amalkan penjarakan sosial, kalau tak perlu keluar duduk sahaja di dalam rumah. 

Nampaknya kena rancang semula aktiviti anak-anak supaya masing-masing tak bosan duduk di rumah. 

Ulasan