Minggu lepas berjaya juga aku gunting rambut. Semenjak anak tiga ni aku memang tak tahan kalau rambut panjang, aku cepat sakit kepala dan selalu moody. Rasa berat je kepala walhal rambut aku bukanlah tebal sangat pun.
Kalau dulu aku memang suka potong rambut pendek sebab mudah nak pakai tudung dan rambut cepat kering untuk ke pejabat. Dah biasa berambut pendek jadi seronok pula.
Mujur suami tak bangkang. Style potongan paling aku suka ialah boy cut, tapi bukanlah seratus peratus kelihatan jantan. Aku minta tukang gunting trim bagi nampak feminim sesuai dengan jantina. Lol.
Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut Khas Untuk Muslimah
Aku selalu pelik kenapa kedai gunting rambut untuk lelaki banyak dan bilangan salon untuk muslimah boleh dikira dengan jari.
Kan syok kalau dapat potong rambut macam orang lelaki. 15
minit dah siap, itupun ada yang lebih cepat dari tu.
Tukang Gunting Rambut Wanita
Ini kali kedua aku gunting rambut di Salon Siti Alzahrah yang memang khas untuk muslimah sahaja. Tempat dia selesa, luas, tertutup dan semestinya untuk wanita sahaja.
Elok je kaki
melangkah masuk ke salon, telinga mendengar alunan bacaan ayat suci AlQuran.
Tenang je jiwa.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang pengalaman gunting rambut di Salon Siti Alzahrah, aku nak kongsikan behind the scene terlebih dahulu.
Kalau ikut rancangan awal, aku dah survey beberapa salon muslimah yang berdekatan dengan Wangsamaju yang mendapat rating bagus di Google Review.
Ada satu salon muslimah yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk, rating ok dan harga pun berpatutan tapi sayangnya slot pada hari tu penuh dari pagi hingga petang.
Oleh sebab adik aku
pun nak gunting rambut jadi gigih lah kami cari salon lain. Kalau ikutkan aku
give up je.
Sebelum tu kami makan Dubuyo
dalam Wangsa Walk dan kemudian plan nak ke Setapak Central dengan harapan akan
terjumpa salon yang masih terima pelanggan walaupun masa tu dah hampir pukul 5
petang.
Salon Siti Alzahrah Cawangan Sri Rampai Wangsamaju
Masa dalam kereta aku sempat google dan terjumpa Salon Siti Alzahrah. Dia ada 3 cawangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Bangi Gateway dan yang aku pergi ni adalah cawangan Sri Rampai, Wangsamaju.
Salon Siti Alzahrah ni betul-betul terletak di atas
restoran Domino’s Sri Rampai. Sederet dengan Wahab Cendol dan Hospital Rampai
Puteri.
Aku juga pernah gunting rambut di AFIYA Muslimah Salon, Spa & Boutique
Wangsamaju memang begitu dekat di hatiku. Anak aku sekolah KAFA di Sri Rampai, aku duduk bujang dulu di Seksyen 1 Wangsamaju, dan aku lahirkan anak ketiga di Hospital Rampai Puteri, disambut oleh Doktor Zana Zalinda.
Lepas tu banyak pulak port makan, selalu beli durian
dekat Sri Rampai lah.
Alhamdulillah urusan kami nak gunting rambut smooth aje. Sebelum pergi aku dah siap call dan kebetulan hanya tinggal seorang sahaja pelanggan tengah gunting rambut jadi tidaklah perlu menunggu lama.
Kalau kau orang nak pergi gunting rambut dekat mana-mana salon
sekalipun buat temujanji dulu okey or else tiada rezeki balik tangan kosong je
nanti.
Alang-alang dan berpenat cari salon muslimah aku gunting dan cuci rambut sekali. Sebelum bermula, pekerja salon tu guna mesin khas untuk lihat keadaan kulit kepala aku.
Seakan-akan mesin untuk tengok kulit muka kita tu. Rasa nak muntah pun ada sebab dia zoom sehingga ke kulit kepala.
Kelihatan menakutkan sebab kita nampak sebijik-sebijik apa ada atas kepala. Kalau ada kutu mesti nampak kutu tengah seronok hisap darah dan berlari-lari atas kepala.
Gituh. Kulit kepala
aku berminyak dan ada kelumumur jadi aku request untuk cuci rambut dan guna
syampu treatment kelumumur.
Aku terpaling suka kalau cuci rambut sebab rasa seronok orang urut kepala. Rasa nyaman nak tidur. Okeh kalau kaya aku nak ada tukang gunting rambut peribadi.
Ah gitu berangan tak salah
okeh. Siap cuci semua baru lah pekerja mula gunting rambut aku.
Seronok di Salon Siti Alzahrah ni pekerja dia sangat ramah, tak sombong dan tak berlagak. Mulut tak berhenti bercakap dan kongsi tips berguna penjagaan rambut.
Dia akan suggest
penyelesaian untuk rambut bermasalah. Kiranya buat direct selling tapi bukan
dalam keadaan memaksa.
Paling penting kalau jaga rambut kena tahu cara pakai produk penjagaan rambut macam perapi dan serum dengan betul. Nak rambut cantik terurus dan sihat kena guna perapi ya.
Tidak kisah apa
jua jenama yang ada di pasaran asalkan sapu pada rambut dah cukup bagus.
Perkhidmatan salon di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati pun aku pernah cuba
Harga Gunting & Cuci Rambut
Jumlah bayaran untuk perkhidmatan yang aku perlu bayar ialah sebanyak RM85. RM45 adalah caj cuci rambut termasuk syampu kelumumur yang dia guna dan RM40 untuk caj potong rambut.
Rambut sebelum
aku ialah panjang paras bahu macam tu, dan aku request potong pendek. Makin
panjang rambut semakin mahal bayaran dikenakan okeh.
Untuk kau orang yang mencari salon muslimah sekitar KL terutama berdekatan dengan Wangsamaju boleh cuba ke Salon Siti Alzahrah.
lebih yakin bila pergi salon utk muslimah..
BalasPadam