Produk MAGGI memang cukup terkenal dan digemari oleh setiap lapisan umur dalam masyarakat. Secara peribadinya, jenama MAGGI memberi nilai sentimental kepada aku.
Mana tidaknya aku membesar dan melihat sendiri jenama ini semakin utuh hari demi hari. Setiap kali travel mesti produk Maggi jadi peneman. Orang Malaysia kan tak boleh hidup tanpa makanan. ahaks.
Program Mentor Wanita Cukup Berani Oleh Maggi
Baru-baru ini aku berkesempatan
menghadiri majlis pelancaran rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani yang merupakan
fasa seterusnya bagi kempen #WanitaCukupBerani Tak Kenal Tak Cinta.
Program ini dibawakan oleh MAGGI
CukupRasa yang sudah masuk tahun kedua dengan komitmen untuk memberi inspirasi,
menggalakkan dan memperkasakan wanita daripada setiap lapisan masyarakat.
Pelancaran Rasmi Program Mentor Wanita Cukup Berani
Pelancaran program ini telah
dirasmikan oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad
dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei;
Geetha
Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Nestlé (Malaysia) Berhad dan
Marc Woo, Ketua Google Malaysia.
Berada di bawah satu bumbung
bersama barisan tetamu hebat memang terasa sangat auranya. Bertambah teruja
bila Maggi memperkenalkan tiga orang mentor yang bukan biasa-biasa.
Sebelum aku
cerita lebih lanjut tentang mentor-mentor terpilih, aku kongsikan tujuan
program ini diadakan ialah bertujuan untuk menyokong peningkatan keyakinan
serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawanan asas.
Dapatkan produk Maggi sekarang
Program Mentor Wanita Cukup
Berani dianjurkan dengan kerjasama antara Maggi® dan Google Malaysia menerusi
Women Will, sebuah program Grow with Google.
Women Will membantu wanita
meningkatkan keyakinan dalam penggunaan teknologi untuk mengembangkan
perniagaan mereka – dengan mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, akumen
perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital.
Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei,
“Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat.
Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari.
Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani.
Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”
Tambah Geetha Balakrishna,
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad pula menjelaskan,
“Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh
Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran
yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang
kekurangan kemahiran dan modal.
Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami,
Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di
seluruh Malaysia.
Melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada
pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan
kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka
bersama Chef MAGGI.
Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan
menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu
mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!”
"Kami turut berasa gembira
untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan
wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang
gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka.
Ini merupakan misi utama
kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran
digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang
pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,” kata Marc Woo,
Ketua Google Malaysia.
Pengenalan Barisan Mentor & Intipati Program Wanita Cukup Berani
Program Mentor Wanita Cukup
Berani ialah sebuah siri bengkel dalam talian dan siri pertama bengkel akan
bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20
hingga 22 Oktober.
Sepanjang bengkel 3 hari ini (10.00 pagi hingga 11.30 pagi),
peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi
pengetahuan dan keyakinan mereka.
Sehingga kini, bengkel dalam talian
Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan
melebihi 800 pendaftaran.
Pusingan Akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20
peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya
menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih.
Mereka kemudiannya akan dibimbing
secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris. 3
Wanita yang berjaya, cemerlang, berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang
masing-masing dengan minat yang sama iaitu makanan.
Kalau aku sendiri diberi peluang
untuk mendapat bimbingan daripada salah satu mentor, semestinya aku berharap
dapat dibimbing oleh Sheila Rusly sebab aku kagum dengan kebolehan beliau yang
multitasking, cergas dan tegas.
“Mempelajari kemahiran & pengetahuan baru adalah langkah pertama
untuk membina keyakinan”
Datin Paduka Eina Azman
“Kalau kita nak berjaya, jangan ada tapi, jangan ada nanti. Nak buat,
terus buat saja”
Anne Idris
“Don’t limit your challenges, challenge your limits”
Sheila Rusly
Tiga mentor terlibat bersama Women
Will by Google akan menyokong wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel
dalam talian,merangkumi 3 bidang utama, iaitu:
- Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
- Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
- Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI
Modul bengkel Wanita Cukup Berani
Hari
Pertama
- Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri
- Membina keyakinan dalam mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baharu!
- Berkomunikasi dengan petua menulis e-mel yang efektif.
- Pelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti perniagaan anda.
Hari Kedua
- Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan
- Cara memulakan dan memperluaskan perniagaan.
- Cara menguruskan kewangan secara lebih efektif.
Hari Ketiga
- Mempelajari Kemahiran Masakan Baru & Tip Bersama Chef MAGGI
- Petua untuk menambahkan kehadiran digital untuk perniagaan.
- Meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI: cara menyediakan hidangan nutrisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar.
- Keselamatan dan kebersihan makanan.
Untuk maklumat lanjut tentang
Program Mentor Wanita Cukup Berani, boleh layari maggi.com.my/takkenaltakcinta
Wanita ni memang berani sebenarnya, lebih2 lagi bila dia dah jadi ibu
BalasPadamwow!bestnya dibimbing oleh mentor2 yang hebat!!
BalasPadam