Hari ni genap seminggu aku menderita sakit tekak. Aku perasan tekak aku tak selesa lepas bangun tidur ke esokkan harinya dan sangat sakit bila nak menelan.
Telan air liur pun terasa sakit. Kebetulan aku keluar atas urusan kerja dan tak sangka terjejas juga kesihatan aku sebab cuaca ter amatlah panas hari tu.
Silap aku tak bawa botol air bila keluar. Jadi ingat ya korang, sila minum banyak air terutama bila berada di luar rumah. Bila kurang minum air maka ini lah akibatnya.
Oleh sebab ubat sakit tekak tiada stok dekat rumah jadi aku just amalkan petua untuk hilangkan sakit tekak.
Petua Hilangkan Sakit Tekak & Ubat Yang Sesuai
Langkah terbaik untuk hilangkan
sakit tekak ialah pergi klinik dan dapatkan rawatan dari doktor. Oleh sebab
keadaan penjarakan fizikal dan kes COVID yang tak menentu, aku jadi takut nak
ke klinik mahupun hospital. Korang jangan ikut perangai ni ya.
Masa kecil dulu kalau demam dan
sakit tekak, mak aku akan beri petua dan macam-macam benda mak suruh aku cuba.
Kena kumur air suam, minum air asam jawa dan banyak lagi la.
Bila dah berkahwin
jadi ilmu-ilmu macam tu memang sangat berguna.
7 Petua Hilangkan Sakit Tekak Ketika Menelan
Rehat Yang Cukup
Paling utama sebenarnya adalah
kena dapatkan rehat yang cukup. Elak berjaga dan tidur lambat sebab bila tak
cukup rehat akan sebabkan badan jadi semakin lemah.
Sepatutnya aku boleh sihat
lebih awal tapi ada ketika aku terpaksa stay up malam untuk siapkan tugasan dan
aku kembali tak sihat. Tempoh untuk sembuh lebih lama.
Mandi Bawah Shower
Aku perasan bila aku nak telan
air liur terasa anak tekak aku membengkak. Sebab tu apa je yang lalu akan
sebabkan rasa sakit. Terasa juga anak tekak tu penuh dengan lendir.
Jadi apa
aku buat bila terasa je sakit tekak aku akan kerap mandi di bawah shower dan
mandi dalam jangka masa lama dari biasa. Bila mandi tu suhu badan perlahan-lahan
turun dan tekak jadi lega lepas batuk beberapa kali.
Minum Banyak Air Suam
Sepanjang aku sakit tekak dia
datang beserta pakej iaitu batuk dan gatal anak tekak. Gatal tu bukan terasa di tekak
sahaja malah sampai ke telinga. Sengsara weh.
Masa ni badan aku panas je belum
ada kahak mahupun selsema. Jadi, minum petua minum air suam sangat-sangat melegakan sakit
tekak.
Minum Air Asam Jawa
Sebelum air asam jawa banyak
dijual di kedai lagi mak aku dah suruh aku amalkan petua minum air asam jawa
ni.
Ingat lagi, masa remaja mak bagi aku minum tapi terlajak minum sampai cirit
birit. Bukan salah mak tapi diri sendiri sebab sedap pula air asam jawa sejuk.
Cara nak sediakan pun mudah je,
aku guna pes asam jawa dan bancuh dengan air sejuk. Aku tambah sedikit gula nak
bagi senang ditelan.
Sekarang banyak je air asam jawa siap bancuh dijual. Beli jelah
lagi senang kerja.
Kumur Dengan Air Garam
Boleh juga kumur dengan air garam
suam dengan tujuan untuk beri kelegaan kepada tekak. Aku pernah cuba tapi petua
ni kurang berkesan untuk aku.
Mak aku pesan untuk kumur dengan air garam
selepas bangun tidur. Kena amalkan selalu baru nampak hasilnya.
Kemam Ubat Sakit Tekak - Difflam
AB (Sore Throat Lozanges)
Boleh kemam ubat sakit tekak atau
lozanges untuk redakan ketidak selesaan tekak. Setakat ni ubat sakit tekak
paling membantu aku ialah Difflam AB (Sore Throat Lozanges).
Membantu membunuh
bakteria katanya. Ada tiga perisa Oren, Lemon dan Blackcurrent. Jangan amalkan
selalu sebab kandungan gula mesti tinggi kan jadi aku makan bila betul-betul
perlu sahaja.
Dos dibenarkan pula tak boleh lebih 12 lozange sehari dan budak 6
tahun kebawah tidak digalakan ambil.
Jaga Makan
Bila sakit selera nak makan pun
sebenarnya hilang tapi kena jaga makan juga supaya sakit lain tak hinggap. Orang
yang sakit tekak kena elak makanan berminyak, makanan goreng, makanan pedas dan
yang keras. Elok makan bubur supaya senang nak telan.
Sekian saja perkongsian aku
tentang cara-cara untuk hilangkan sakit tekak dan ubat sakit tekak yang sesuai
dan berkesan untuk aku.
Selain daripada apa yang aku highlightkan, banyak lagi petua-petua yang orang lain buat. Aku juga amalkan minum ubat batuk jenama Hurix yang
sesuai sangat untuk mereka yang ada simtom sakit tekak, selesema, demam dan
batuk.
Boleh beli di farmasi ok. Semoga yang diuji masalah kesihatan agar
segera sembuh dan minta korang doakan aku juga.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam