Drama Backstreet Rookie Dah Tamat
Akhirnya tamat juga K-drama
Backstreet Rookie. Dah lama aku tinggalkan K-Drama sebenarnya, mula suka cerita
ni sebab genre dia Romantic Comedy sebab tu terus setia melekat tengok.
Masa
episod awal aku tengok di iQIYI, lepas episod ke berapa tah kena subscribe
iQIYI baru boleh tengok. Oleh sebab ramai je yang upload di YouTube maka tonton
di channel Youtube sahajalah.
Hero dan heroin cerita Backstreet
Rookie ni dua-dua comel. Sepadan je rasa. Oleh sebab cerita ni tentang budak
sekolah yang jatuh cinta dengan lelaki dewasa jadi drama ni tidak la over
dengan adegan 18SX. Kira bersih sebab bebas adegan cium.
Ketagih Tonton Cerita Korea
Dulu ye memang aku ketagih tengok
drama Korea terutama waktu aku belajar Degree dekat Shah Alam. Weh aku sanggup
bersengkang mata tak tidur malam tengok K-Drama.
Begitu gigih dan losernya aku
habiskan hari cuti depan laptop dan tak keluar makan. Tapi itu dulu lah,
semakin meningkat usia aku dah tak boleh tonton lama-lama.
Habis jahanam emosi dan
kesihatan. Pernah aku cuba ulang tabiat buruk ni lepas bersalin anak ke dua,
memang lepas tu aku tak sihat. Makan masa dua tiga hari juga aku nak kembali
cergas. Lepas peristiwa tu terus insaf. Masih tengok K-Drama tapi berpada-pada.
Pasangan Kekasih Ji Chang-Wook & Kim Yoo-Jung
Aku suka watak yang dibawakan
oleh Kim Yoo-Jung. Walaupun dia masih muda dan sepatutnya belajar tapi cara
pembawaan diri dan tanggungjawab untuk jaga adik dia tu aku suka.
Paling
penting dia berjaya lakonkan aksi martial art yang nampak real. Tak kekok pun
dia berlawan. Tidak la heroin cerita ni nampak gedik.
Selalunya apa yang berlaku dalam
K-Drama lain, watak hero mesti bertubuh sasa, terselit babak hero berlawan
mempertahankan heroin. Tapi kelakarnya dalam drama ni, memang harapkan si Kim
Yoo-Jung tu jelah yang berlawan.
Cuma, aku harap kalau ada sambungan Backstreet
Rookie musim ke dua, biar ada lebih banyak adegan si Ji Chang-Wook menjadi
lebih tegas dan tackle Kim Yoo-Jung. Ending dia macam terlalu awal.
Watak Sampingan Gila-Gila Eum
Moon-Suk & Seo Ye-Hwa
Selain watak utama, watak
sampingan iaitu kawan baik hero & heroin memang sangat-sangat membantu
menjadikan jalan cerita drama ni lebih kelakar. Semangat setia kawan, kasih
sayang, sentiasa bila kawan perlukan bantuan berjaya ditonjolkan.
Oleh sebab cerita berkisar
tentang remaja yang belum habis sekolah jadi kurang lah adegan pertelingkahan
di pejabat. Mesej nilai murni disampaikan secara santai dan enjoy je tengok
sampai final episode.
Review Drama Korea Backstreet
Rookie
Khabarnya drama ini berdasarkan
webtoon, Convenience Store Saet-byul yang berkisar tentang remaja perempuan
yang jatuh hati dengan pengurus kedai runcit 24 jam.
Kalau dekat Malaysia macam
budak sekolah menengah jatuh cinta dengan pekerja 7-11. Bezanya dalam drama
Backstreet Rookie, hero heroin kacak dan comel.
Awal-awal drama ni ditayangkan
mendapat kecaman sebab dia highlight remaja bawah umur bercinta dengan lelaki
dewasa dan macam-macam lagi isu la. Surprisingly, makin lama semakin ramai
peminat suka drama ni.
Berbaloi ke tengok drama
Backstreet Rookie?
Kalau korang suka drama yang
fresh, ringan dan genre romantik komedi, happy ending maka sesuai sangat korang
tengok. Aku sejenis yang tak suka cerita yang berat sebab kehidupan aku yang nyata
dah memang sarat dengan emosi. Gituh.
Hero tu CR suka. Tapi tak start tengok lagi sebab baru nk mula tengok kdrama its okay not to be okay. hee
BalasPadamsuka juga romantic comedy!!nanti boleh tengok!
BalasPadam