Hobi membaca buku ni memang dah lama sebati dalam diri aku, paling aku ingat adalah zaman aku sekolah menengah. Memang bertimbun novel dan juga majalah kesayangan aku.
Kalau korang lahir tahun 80-an mesti kenal majalah “Blues Selamanya”. Hoi berhantu majalah tu, setiap keluaran memang aku tak pernah terlepas beli.
Itu cerita zaman dulu, zaman sekarang orang baca buku online free je berlambak website yang sediakan bahan bacaan buku online percuma. Bila usia semakin meningkat, masa lapang aku dah semakin kurang.
Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz
Aku lebih banyak buat aktiviti luar, jadi hobi membaca buku
jadi perlahan dan masa tu aku terasa sangat otak aku tak berkembang. Lol.
Serius tau, bila kita banyak
membaca, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat dan semakin sihat otak
manusia.
Sebab tu kalau korang tengok kebanyakkan mereka yang suka membaca ada
cahaya di wajah mereka, muka kelihatan muda setiap masa dan setiap nasihat yang
keluar dari mulut mereka sangat berharga. Review Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz.
Review Buku Dajal Dalam Diri, 30 Sifat Keji (Cegah & Hindar)
Kalau korang sejenis suka membaca
buku tak kira genre buku, aku nak cadangkan sebuah buku yang sesuai untuk
dibaca oleh semua peringkat umur.
Buku terbitan KADOKKAWA GEMPAK STARZ, hasil
tulisan oleh Jane, Adda dan juga HK.L atau lebih dikenali dengan nama pena
SisYoujae.
Buku ni bukan komik mahupun novel ya, buku yang bertajuk “Dajal
Dalam Diri”. Kalau nak tahu buku ni adalah
buku motivasi, development psychology, & personality and motivation.
Dalam
buku ini juga dikongsikan 30 sifat keji yang ada dalam diri manusia dan bantuan
tips serta bimbingan cara cegah dan hindar agar kita tak terus menerus
terjerumus menjadi dajal.
Bila sebut perkaatan Dajal,
memang sinonim kita akan sebut makhluk bermata satu yang akan merosakan iman
manusia.
Dajal akan tiba satu masa nanti dan akan menggoda manusia agar menjadi
pengikut dia.
Penulis-penulis menggunakan
kiasan dajal yang sebenarnya merupakan sifat keji yang tertanam dalam diri kita
secara sedar mahupun tidak.
Kupasan penulis yang ringkas, penggunaan bahasa
moden dan mudah difahami menyebabkan aku beli buku ni.
Apa yang buat aku tertarik nak
beli buku ini selain daripada isu buku yang menarik adalah disebabkan cover
buku ni sendiri.
Penggunaan warna, tulisan serta imej yang dipilih cukup buat
mata aku terpegun dan seterusnya untuk membaca.
Bak lirik laju tujuh nasihat,
orang dulu kata kerana mulut badan binasa sekarang kerana mata jari berbicara
maka terhasillah review ikhlas tentang buku Dajal Dalam Diri.
Dekat Mana Nak Beli?
Aku beli buku di MPH Mid Valley
kebetulan masa tu aku mencari komik Boboiboy untuk anak sulong aku. Terlajak
masuk dan terlajak beli buku ini.
Korang boleh beli juga secara online di laman
web INI dan tunggu buku sampai depan rumah. Tersangat lah mudah beli belah
secara online ye kawan-kawan.
Harga buku ni RM20 sahaja. Aku
pernah beli buku dari Shopee (MPH store) dan aku chat mereka untuk tanya stok
buku yang ada, korang juga boleh buat perkara yang sama asalkan korang tahu
judul buku yang korang nak beli.
Kalau korang sejenis yang perlu
pegang buku dan lihat sendiri dengan mata maka korang wajiblah ke
cawangan-cawangan MPH berdekatan.
Kedai buku lain tak pasti ya, mungkin ada.
Nak mudah korang simpan je gambar buku aku kongsi ni dan tunjukkan masa book
hunting nanti.
Selain conteng buku dengan higlighter warna warni, aku suka letak sticker note bagi memudahkan aku rujuk nota yang aku buat. Senang sikit.
Buku Peluang Kedua pun best juga.
Kesimpulan
Seperti yang aku terangkan dekat
atas, buku Buku Motivasi, Dajal Dalam Diri Kadokawa Gempak Starz amat berbaloi untuk dimiliki.
Secara peribadinya aku rujuk buku
ini untuk aku lebih kenal diri sendiri. Banyak sangat perkara yang boleh aku
improve dan kalau perkara buruk tu semestinya aku cuba untuk tinggalkan.
Buku
ni juga jadi senarai semak segala ilmu yang aku pegang selama aku bernyawa. Jadi aku memang sarankan untuk korang beli untuk diri sendiri, untuk anak, adik beradik yang baru nak mulakan kehidupan supaya mereka dapat jawapan cara nak hindari sifat keji dalam diri.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.