Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Beberapa hari sudah suami beli keledek oren menggantikan keledek Ungu (keledek Jepun Manis) yang diminta anak bujang. 

Terpengaruh lepas tengok rancangan Running Man dekat tv, ada adegan Kwangsoo makan keledek Jepun tu. Sedapnya tengok sambil tertelan air liur.

Memang sebelum ni aku pernah beli keledek Ungu tu sebab suka rasa dia yang manis berlemak. Kalau makan memang tak ingat, sedar-sedar dah habis. 

Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Bila rebus, Ikhwan lah yang paling banyak makan. kena betul dengan selera dia. Oleh sebab keledek Jepun tu tiada stok maka suami beli keledek warna oren. 

Tapi budak-budak dekat rumah ni tak minat sangat kalau aku buat keledek goreng garing macam tu. Kalau aku dan suami laju je makan colek dengan sambal kicap atau sos cili. Hoi sedap.



Jadi untuk memenuhi selera dan memastikan semua orang makan keledek oren ni maka aku ubah menjadi bebola keledek yang garing diluar dan lembut di dalam. 

Sengaja aku tambahkan parutan cheese. Bila makan dengan keledek yang manis tu memang kena sangat dengan masin cheese.

Hasil cuba-cuba aku masak Corndog Viral 

Resepi Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam Dengan Cheese

Sebelum ni aku pernah buat bebola keledek tapi menggunakan tepung gandum dan hasil dia tak seperti yang aku harapkan. 

Masa tu kecewa jugalah sebab tak sama pun macam yang dijual di kedai, keras pula tu. Serik juga nak buat.

Resepi keledek kali ni aku rujuk dari Youtube, aku tengok beberapa resepi yang dikongsi dan aku ubah suai ikut bahan sedia ada dekat dapur. 

Nak buat pun mudah sangat maka terhasilah bebola keledek oren garing yang lembut di dalam. Cara-cara membuat Bebola Keledek Oren Garing Diluar Lembut Didalam adalah seperti berikut:

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap




Bahan-bahan

400gram Keledek Oren yang telah direbus/stim dan dilenyekkan
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung pulut (aku ganti tepung jagung)
1sk Baking Powder
1 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cheese untuk diparut adalah optional

Cara-caranya ialah:

1. Rebus/stim keledek oren sehingga empuk dan lenyekkan. Biarkan keledek sejuk. Kemudian masukkan tepung beras, tepung pulut (dekat rumah ada tepung jagung je jadi aku guna ganti tepung pulut), baking powder, gula dan sedikit garam.

2. Gaul kesemua bahan dan uli sehingga sebati. Masa masukkan tepung jagung korang agak-agak la supaya doh tidak menjadi terlalu keras. Lebihan tepung boleh akibatkan keledek menjadi bola sepak yang keras. Lol.

3. Selepas puas hati dengan doh, aku tutup dan biarkan doh direhatkan selama 10-15 minit. Setelah direhatkan aku canai doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Kalau korang suka makan bebola bersaiz besar, canailah ikut saiz kesukaan masing-masing.

4. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Tips penting semasa menggoreng adalah korang kena selalu golekkan bebola di dalam kuali sehingga masak. Itu yang memastikan bentuk bebola menjadi bulat dan buat bebola keledek menjadi garing diluar dan lembut di dalam.

5. Parut Cheese dan letak di atas bebola. Terpulang nak letak atau tak. Kalau tabur gula kastor pun dah cukup sedap bagi aku. 




Lepas beberapa kali percubaan baru aku berjaya masak bebola keledek yang rangup dan lembut di dalam. Gembira sangat aku tak putus asa dan nak belajar. 

Apa yang aku cuba kaitkan dengan kehidupan ialah, jangan cepat putus asa kalau menemui kegagalan. Kalau kita berusaha pasti akan ada jalannya.

Tadi nak cerita pasal resepi je kan? dah melalut masuk bab lain. Ok korang selamat mencuba ok. Jumpa lagi di lain entri masak-masak. 

Ulasan

  1. banyak resepi2 baru sekarang ni ya hehe ni first time nampak

    BalasPadam
  2. sedap ni. lagi lagi kalau letak cheese. cicah pulak dengan sos. boleh buat snek waktu petang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.