Beberapa hari lepas aku berpeluang ke Toscana Medi Clinic (TMC) yang terletak di Publika, Hartamas untuk mengetahui tentang rawatan kecantikan menggunakan mesin Fotona Laser yang tengah trending sekarang ni.
Pengalaman pertama aku ke sini dan serius aku jatuh cinta. Mana tidaknya, lepas tengok hasil demonstrasi menggunakan mesin Fotona memang aku teruja nak cuba rawatan yang ada di TMC.
Rawatan Fotona Lasers di Toscana Medi Clinic Pakar Perubatan Kecantikan
Kalau nak tahu jenama Fotona
merupakan salah satu pemaju sistem laser berteknologi tinggi yang paling
berpengalaman, diiktiraf reka bentuk, pembuatan, dan sokongan sistem laser yang
digunakan dalam bidang perubatan (estetika, pembedahan, ginekologi), pergigian,
industri & pertahanan).
Aku teruja nak cantik sebab
rawatan menggunakan Fotona laser diakui berkesan dan tidak menyakitkan.
Woah. Aku tengok dengan mata sendiri perubahan sebelum dan selepas rawatan
memang kagum weh.
Semasa sesi penerangan dan soal
jawab bersama Dr. Lashela Dharmadass
MD (UGM) Dip Fam Med (AFPM) Dip Aes Med (AS); Aesthetic Practitioner &
Director of Toscana Medi Clinic & Toscana Beauty & MediSpa, menegaskan “beauty is not only by its outer look, but
also by having a healthy body and healthy life”. Nak cantik kena lah
seimbang, buat rawatan dan juga jaga kesihatan.
Doktor juga kongsikan ramai pelanggan
klinik beliau adalah dari kaum Adam. Doktor Lashela mempunyai 8 tahun pengalaman bidang perubatan dan
pengetahuan meluas terutama melibatkan botox, fillers, threadlifts, laser, dermatology
& wellness.
Senarai Rawatan Kecantikan Fotona Laser Di TMC
- Laser & Acne (Acne Scar Treatment)
- Skin Resurfacing
- Skin Rejuvenation
- Scar Revision
- Wrinkle Reduction
- Skin Tightening
- Laser Hair Removal
- Veins & Broken
- Capillaries Removal
- Stretch Marks Reduction
- Snoring & Sleep Apnea Treatment
- Laser Vaginal Tightening
- Stress Urinary Incontinence
Kaedah Rawatan Fotona Laser
Sebelum aku bercerita lebih
lanjut tentang rawatan Kecantikan yang menggunakan mesin Fotona laser, mari aku
terangkan lebih sikit tentang kaedah rawatan Fotona laser.
Untuk pengetahuan, Fotona
mengeluarkan sistem laser estetik multi-aplikasi yang paling maju (SP Dynamis)
dan laser suis Q tenaga nadi tunggal tertinggi di pasaran estetik (StarWalker).
Fotona merupakan pengeluar
pertama yang memperkenalkan dua gelombang laser pelengkap (Er: YAG dan Nd: YAG)
dalam satu sistem (Skinlight, 1994). Dengan gabungan dua gelombang laser dalam
satu rawatan membolehkan penghasilan klinikal yang unggul.
Fotona merupakan penyelesaian pelbagai
rawatan estetik, termasuk penyegaran semula kulit & peremajaan, luka urat
dan vaskular, luka berpigmen & penyingkiran tatu, pengurangan rambut kekal,
dan banyak lagi.
Nd: YAG Laser - Untuk Rawatan
Kulit Lebih Dalam
Nd: YAG sinar laser menembusi
kulit yang lebih dalam secara selektif menumpukan kepada struktur kulit yang
paling dalam seperti urat dalam dan folikel rambut.
Tenaga termal laser
memanaskannya ke titik di mana kesan yang diinginkan dicapai.
Dengan teknologi Q-switched
Fotona, tidak panas, cahaya laser diubah menjadi gelombang fotoakustik yang
secara mekanikal memecah zarah-zarah yang tidak diingini, seperti pigmen,
sehingga sistem kekebalan tubuh sendiri dapat menghilangkannya.
Er: YAG Laser - Untuk Rawatan
Lapisan Kulit Paling Atas
Er: YAG mensasarkan lapisan kulit
paling atas, yang memungkinkan pelepasan lapisan demi lapisan mikron yang
sangat tepat dari epidermis. Tenaga laser diserap oleh kandungan air dalam sel
kulit dan tisu dapat diuapkan.
Ini menyebabkan kulit yang dirawat mengecut, merangsang
pengeluaran kolagen baru di dermis. Hasil keseluruhannya ialah kulit baru
terbentuk lebih halus dan lebih anjal.
Painless Permanent Hair Reduction
Antara salah satu demo yang
sempat doktor tunjukkan ialah rawatan Fotona Hair Reduction iaitu membuang bulu-bulu
yang tidak diingini di seluruh badan.
Memang ada mereka yang mempunyai hormon
berlebihan mengakibatkan bulu tumbuh dengan lebat termasuk bahagian muka,
ketiak, kaki, private area dan tangan.
Fotona hair reduction merupakan rawatan yang tepat untuk penyelesaian jangka panjang dan tidak menyakitkan. Rawatan Hair reduction ni sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk lelaki dan perempuan.
Penyelesaian terbaik untuk korang yang dah bosan mencukur bulu dan nak cerahkan bahagian kulit yang menjadi gelap akibat mencukur.
Teknologi Fotona 4D Facelift
Rawatan Fotona 4D Facelift adalah
rawatan yang tidak melibatkan pembedahan dan berfungsi meremajakan kulit serta
sangat baik untuk membantu kulit untuk:
~ Merangsang penghasilan kolagen
~ Memulihkan fibroblas dalam
struktur kulit.
~ Menganjalkan Kulit
~ Mengurangkan kedutan nasolabial
dan lain-lain
Terapi NightLase® Untuk Merawat
Dengkur
Bila doktor sebut tentang masalah
dengkur yang boleh menyebabkan kematian mengejut semasa tidur terus rasa cuak. Aku
perasan diri sendiri akan berdengkur bila badan terlalu penat atau salah
kedudukan masa tidur.
Terapi NightLase® Fotona adalah
rawatan laser yang mesra pesakit untuk meningkatkan kualiti tidur pesakit.
NightLase mengurangkan kesan apnea tidur dan mengurangkan amplitud berdengkur.
Apa
yang berlaku semasa rawatan ialah, laser akan mengecutkan kolagen pada tisu
mukosa di dalam mulut. Cukup lembut untuk digunakan pada tisu sensitif di dalam
mulut, tetapi cukup kuat untuk memberikan pemanasan yang efektif secara
klinikal. Ianya ringkas, selamat dan berkesan.
Fotona TightSculpting Rawatan
Untuk Lemak Degil
Aku paling tertarik dengan
rawatan Fotona TightSculpting sebab aku rasa menyampah dengan lemak yang memang
degil nak arwah yang payah nak pergi dari pinggang aku. ahaks.
Kalau korang
juga mempunyai lemak degil dan dah bosan ianya tak mahu hilang maka boleh cuba
rawatan TightSculpting ini.
Perasan kan kalau rancangan
turunkan berat badan, bila badan kurus tapi kulit lebihan jadi menggeleber
(faham tak apa tu) pendek kata lebihan kulit la sebab badan dah mengecut.
Dengan
TightSculpting, kepanasan yang lembut bukan sahaja dapat mengurangkan lemak,
tetapi juga meningkatkan keanjalan kulit, semuanya tanpa pembedahan atau
suntikan! Jadi tak akan timbul masalah lebihan kulit.
Selain daripada rawatan
kecantikan luaran, TMC juga membantu wanita yang menghadapi masalah berkaitan
Vagina, rahim dan yang berkaitan.
Boleh cuba rawatan Vaginal Tightening Laser
dan banyak lagi. Apa yang penting jangan malu nak mengaku dan dapatkan rawatan.
Promosi Menarik Toscana Medi
Clinic Dan Toscana Beauty & MediSpa
Sekarang sedang berlangsung
promosi yang berbaloi untuk korang grab sepanjang bulan Julai dan juga Ogos di Toscana
Medi Clinic Dan Toscana Beauty & MediSpa.
Nak kelihatan cantik sebelum Raya
Haji sila hubungi no yang aku sediakan di bawah. Memang berbaloi dengan harga
yang dibayar. Nak tahu promosi terbaru dan info-info lain boleh tengok media
sosial TMC okeh.
Toscana Medi Clinic
No 01 & 02, Level G4,
Block D5, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas (Publika),
50480 Kuala Lumpur
Klinik Buka: Isnin – Sabtu (10:00
pagi hingga 7 malam)
Facebook - https://www.facebook.com/toscanamed/
Instagram - https://www.instagram.com/toscana_mediclinic/
oit wat rawatan ape tu.. cam syok jerk..
BalasPadamGood info to share.:)
BalasPadamRawatan terbaik
BalasPadam