Semenjak PKP lagi ramai sungguh rakyat Malaysia yang terjebak dengan shopping online. Aku pun tak terkecuali.
Bila kerajaan mula kawal pergerakan rakyat akibat COVID ni jadi nak shopping macam kebiasaan tu agak terhad.
Kalau korang kaki shopping dan suka membeli belah secara dalam talian, meh aku nak kongsikan satu platform online yang menawarkan pelbagai barangan keperluan iaitu PG Mall.
PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online
Aku pun tahu tentang PG Mall ni
lepas tengok kawan-kawan update status shopping online di sana. Tak mahu
ketinggalan aku pun buat sedikit research tentang PG Mall.
Kena la jadi
pengguna yang bijak, buat perbandingan harga dan tengok diskaun yang
ditawarkan.
Apa PG Mall tu?
PG Mall ni merupakan platform
beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (836625-K) dan
disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd.
PG Mall merupakan platform
e-dagang Msia No.1 yang ditubuhkan sejak 2017 dan satu-satunya platform
e-dagang tempatan di Malaysia. Jadi ayuh tunjuk semangat sokong syarikat
tempatan okeh.
PG Mall juga disenaraikan sebagai laman web e-dagang 3 teratas
di laporan wawasan Iprice
Antara barangan yang terdapat di
PG Mall ialah seperti Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan
& Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan &
Kecantikan, Automatif dan E-Baucer.
Untuk pembayaran pula, PG Mall menerima e-wallet
dan payment gateway.
Pendek kata semua yang korang perlukan ada di PG Mall. Harga pun mampu beli. Barangan yang menarik perhatian aku adalah emas.
Weh korang boleh beli emas secara online di PG Mall dan tunggu je emas sampai depan pintu rumah. Bab keselamatan pula jangan risau warranty serta terma dan syarat ada jika berlaku apa-apa yang tidak dingini.
Jualan Mega 8.8 Pre Sale Sempena Bulan Kemerdekaan
Bulan Ogos merupakan bulan
istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan untuk menyemarakkan
lagi semangat kemerdekaan, PG Mall berbesar hati melancarkan Jualan Mega 8.8 Pre Sale bermula
3 sehingga 7 Ogos 2020.
Jualan Mega 8.8 – Pre Sale menawarkan Daily Flash Deals
serendah RM8 dan menawarkan diskaun menarik khas untuk pelanggan baru dan pelanggan
setia PG Mall.
PG Mall menawarkan RM5 off dengan
pembelian minimum RM38 untuk pengguna baru sahaja. Dan RM15 off dengan minimum
pembelian RM88 untuk semua pengguna PG Mall.
Jualan Mega 8.8 PG Mall
Khas sempena Jualan Mega 8.8, PG
Mall menawarkan diskaun 8% untuk barangan terpilih dan korang boleh jimat
dengan diskaun sehingga RM88 dengan pembelian minimum sebanyak RM188.
Untuk pengguna baru boleh nikmati diskaun RM 5 dengan perbelanjaan
pembelian minimum RM38.
Manakala untuk semua pengguna (baru & lama) boleh
nikmati tawaran diskaun diskaun Rm15
dengan perbelanjaan pembelian minimum RM 88.
Tawaran Untuk Pelanggan Maybank
QRPay
Khas untuk pelanggan Maybank,
korang boleh menikmati penjimatan hebat secara eksklusif dengan Maybank QRPay
bila buat bayaran.
Dapatkan DISKAUN RM5 apabila anda membeli-belah di PGMall
atau MAE sah sehingga 31 Julai 2020. Gunakan kod promo: FLASH
Selain menawarkan barang-barang
berkualiti dan pelbagai kepada pengguna, PG Mall juga bermatlamat untuk
menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan
portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.
PG Mall mengalu-alukan peniaga
baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai mereka dalam usaha
merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian
di Malaysia.
Jadi tunggu apa lagi. Dah boleh
survey dan rancang apa nak beli sempena jualan Mega 8.8 yang akan datang ni. Selamat
membeli belah.
Untuk tahu lebih lanjut dan tahu promosi yang sedang berlangsung
boleh follow laman sosial PG Mall seperti di bawah:
Haa baru tahu PG Mall syok juga kan.. Jom shopping 🛒
BalasPadam