Perempuan Punca Masalah Rogol? Memancing Nafsu Lelaki


Perempuan Punca Masalah Rogol? Memancing Nafsu Lelaki

Baru habis mendengar videoreaction dari Hazeman Huzir berkenaan isu perempuan adalah punca masalah rogol yang berlaku. Rasanya dah boleh agak isu yang aku tulis ni sebab ramai turut memberi pendapat masing-masing tentang perdebatan isu yang asalnya telah dibincangkan oleh Fynn Jamal, Caprice dan juga Wardina.

Aku bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat dalam bidang ni sebab ilmu agama bukan kepakaran aku tapi aku terpanggil nak menulis sekadar tak lebih nak ingatkan diri tentang betapa penting untuk faham apa tugas kita, bagaimana kata-kata kita boleh memberi kesan kepada orang lain serta adap dalam berdakwah.

Lagi kecoh keadaan bila semakin ramai ulas topik ni dan menimbulkan kemarahan masyarakat. Aku baru dengar pendapat cikgu MRSM di Twitter, dalam video dia ulas isu perogol yang mana aku rasa dia memang menyalahkan perempuan 100%.  Jangan hanya ulas dari satu sudut pandangan. Itu aku rasa tak adil. Sedih.



Kita Duta Agama & Bangsa

Setiap kita ini merupakan duta untuk bangsa dan juga agama yang kita anuti. Tak kira apa jua pegangan kita, bila kita lakukan kebaikan mahupun benda tidak senonoh orang akan memandang siapa kita, berdasarkan apa yang kita percaya dan dari mana akar umbi kita.

Jadi, kita kena ingat “kita adalah duta agama dan bangsa kita”.

Dalam perdebatan Fynn vs Caprice vs Wardina masing-masing ada pendapat tersendiri. Tidaklah aku hendak menangkan mana-mana pihak. Lebih selesa ambil point yang mereka keluarkan dan ambil yang berguna. Cuma aku pelik, kenapa isu berat macam ni dibincangkan oleh artis? Influencer?

Kalau ya pun mahu tarik orang ramai, mahu berdakwah kenapa tak dijemput panel yang ada ilmu pengetahuan duduk bersama. Baru sedap nak dibincangkan, baru orang tak salah faham. Jadi kecoh bila ada yang tak dapat terima pendapat, dan ada yang fikir apa mereka-mereka cakap ini adalah fakta dan benar?

Kenapa? Sebab kita dah terbiasa menerima apa sahaja yang tersebar di Internet itu adalah benar. Walhal jauh panggang dari api. Memang sepatutnya kita berlapang dada bila ada percanggahan pendapat tapi itulah, bukan mudah ya.


Rujuk Pihak Lebih Arif dan Berilmu

Pihak yang berdebat, keluarkan pendapat tapi betul ke apa yang disampaikan? Siapa boleh sahkan apa mereka kongsi adalah benar? Ada sesetengah orang memang ada cukup ilmu tahu betul salah, ada sesetengah orang terima apa mereka cakap jika sama arah pandangan, dan ada yang terima bulat-bulat tanpa selidik betul atau pun salah.

Bila jadi kes seperti ini, malah kes lain juga yang berlaku di alam realiti aku selalu ingatkan diri yang aku ada anak lelaki dan perempuan, aku ada ahli keluarga yang masih hidup. Tak mustahil jika hari ni aku Ujub, benda-benda yang aku cakap akan berpatah balik kepada diri aku. Cuma Tuhan masih simpan aib aku.

Tidak salah kita memberikan pendapat, tetapi sewajarnya pendapat datang berserta ilmu. Bukan sekadar tin kosong. Kena ingatkan diri, sekarang giliran orang, masa depan kita tak tahu bagaimana. Sebab itu aku suka penerangan dari Youtuber Malaysia, Hazeman Huzir ada mentioned tentang cara atasi masalah rogol instead of tunding jari siapa lagi banyak buat silap.

Betullah kata pujangga, bila kita marah kita bukan mendengar untuk kebaikan tapi kita mendengar untuk melawan kembali hujah pihak lawan. Sadis. Biasanya orang awam yang ulas isu ni melontarkan pendapat berdasarkan emosi, apa dia rasa. Sedangkan ia perlu lebih dari itu.

Kesimpulan

Dalam bab agama, segala persoalan, tafsir, hukum sebagainya elok sangat kita merujuk pada alim ulama. Tak salah ada perdebatan secara langsung tetapi haruslah dikawal untuk elak perdebatan menjadi sia-sia. Mana tahu apa yang berlaku hari ni merupakan permulaan cabang dakwah paling berjaya.


Ulasan

  1. Salah satu daripada 1001 punca kepada permasalahan tersebut

    BalasPadam
  2. Setuju. Isu ini perlu dirungkai oleh orang yang lebih arif supaya tidak disalah tafsir oleh agama lain :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.