Perempuan Punca Masalah Rogol? Memancing Nafsu Lelaki
Baru habis mendengar videoreaction dari Hazeman Huzir berkenaan isu perempuan adalah punca masalah rogol
yang berlaku. Rasanya dah boleh agak isu yang aku tulis ni sebab ramai turut
memberi pendapat masing-masing tentang perdebatan isu yang asalnya telah
dibincangkan oleh Fynn Jamal, Caprice dan juga Wardina.
Aku bukanlah orang yang layak
untuk memberi pendapat dalam bidang ni sebab ilmu agama bukan kepakaran aku
tapi aku terpanggil nak menulis sekadar tak lebih nak ingatkan diri tentang
betapa penting untuk faham apa tugas kita, bagaimana kata-kata kita boleh
memberi kesan kepada orang lain serta adap dalam berdakwah.
Lagi kecoh keadaan bila semakin
ramai ulas topik ni dan menimbulkan kemarahan masyarakat. Aku baru dengar
pendapat cikgu MRSM di Twitter, dalam video dia ulas isu perogol yang mana aku
rasa dia memang menyalahkan perempuan 100%. Jangan hanya ulas dari satu sudut pandangan. Itu
aku rasa tak adil. Sedih.
Kita Duta Agama & Bangsa
Setiap kita ini merupakan duta
untuk bangsa dan juga agama yang kita anuti. Tak kira apa jua pegangan kita,
bila kita lakukan kebaikan mahupun benda tidak senonoh orang akan memandang
siapa kita, berdasarkan apa yang kita percaya dan dari mana akar umbi kita.
Jadi, kita kena ingat “kita
adalah duta agama dan bangsa kita”.
Dalam perdebatan Fynn vs Caprice
vs Wardina masing-masing ada pendapat tersendiri. Tidaklah aku hendak menangkan
mana-mana pihak. Lebih selesa ambil point yang mereka keluarkan dan ambil yang
berguna. Cuma aku pelik, kenapa isu berat macam ni dibincangkan oleh artis? Influencer?
Kalau ya pun mahu tarik orang
ramai, mahu berdakwah kenapa tak dijemput panel yang ada ilmu pengetahuan duduk
bersama. Baru sedap nak dibincangkan, baru orang tak salah faham. Jadi kecoh
bila ada yang tak dapat terima pendapat, dan ada yang fikir apa mereka-mereka
cakap ini adalah fakta dan benar?
Kenapa? Sebab kita dah terbiasa
menerima apa sahaja yang tersebar di Internet itu adalah benar. Walhal jauh
panggang dari api. Memang sepatutnya kita berlapang dada bila ada percanggahan
pendapat tapi itulah, bukan mudah ya.
Rujuk Pihak Lebih Arif dan Berilmu
Pihak yang berdebat, keluarkan
pendapat tapi betul ke apa yang disampaikan? Siapa boleh sahkan apa mereka
kongsi adalah benar? Ada sesetengah orang memang ada cukup ilmu tahu betul
salah, ada sesetengah orang terima apa mereka cakap jika sama arah pandangan,
dan ada yang terima bulat-bulat tanpa selidik betul atau pun salah.
Bila jadi kes seperti ini, malah
kes lain juga yang berlaku di alam realiti aku selalu ingatkan diri yang aku
ada anak lelaki dan perempuan, aku ada ahli keluarga yang masih hidup. Tak
mustahil jika hari ni aku Ujub, benda-benda yang aku cakap akan berpatah balik
kepada diri aku. Cuma Tuhan masih simpan aib aku.
Tidak salah kita memberikan
pendapat, tetapi sewajarnya pendapat datang berserta ilmu. Bukan sekadar tin
kosong. Kena ingatkan diri, sekarang giliran orang, masa depan kita tak tahu
bagaimana. Sebab itu aku suka penerangan dari Youtuber Malaysia, Hazeman Huzir
ada mentioned tentang cara atasi masalah rogol instead of tunding jari siapa
lagi banyak buat silap.
Betullah kata pujangga, bila kita
marah kita bukan mendengar untuk kebaikan tapi kita mendengar untuk melawan
kembali hujah pihak lawan. Sadis. Biasanya orang awam yang ulas isu ni
melontarkan pendapat berdasarkan emosi, apa dia rasa. Sedangkan ia perlu lebih
dari itu.
Kesimpulan
Dalam bab agama, segala
persoalan, tafsir, hukum sebagainya elok sangat kita merujuk pada alim ulama.
Tak salah ada perdebatan secara langsung tetapi haruslah dikawal untuk elak
perdebatan menjadi sia-sia. Mana tahu apa yang berlaku hari ni merupakan
permulaan cabang dakwah paling berjaya.
Salah satu daripada 1001 punca kepada permasalahan tersebut
BalasPadamSetuju. Isu ini perlu dirungkai oleh orang yang lebih arif supaya tidak disalah tafsir oleh agama lain :)
BalasPadam