Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh.
Pantri Komuniti AyamBersamaMu Kini Tular di Selangor!
Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian
seperti bekalan produk Ayam Brand.
Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk
membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.
Para petugas dan penduduk
setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan
komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah
menularkan inisiatif ini.
Aku pernah kongsi tentang Pantri Ayam Brand sebelum ni.
Usaha Membantu Membuahkan Hasil
Para sukarelawan membalas jasa
baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan
produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala
dengan kari sardin dan salad buah makaroni!
Shuhaida Kabdy turut menawarkan
diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri
komuniti tersebut.
“Terdapat banyak mesej dalam
aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri
makanan tersebut dan barangan yang diperlukan.
Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah
telah banyak membantu penduduk di sini.
Menyediakan hidangan ala rumah
terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang
terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand menjadikan
penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Kacang,” jelas
Shuhaida.
“Saya berbangga dapat menyumbang
terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah
membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.
Desas-desus mengenai pantri
komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Nurul
Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih
banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan
tersebut.
“Komuniti kami berpakat untuk
menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu
yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib
baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini.
Ramai juga yang menyumbang
barang. Sukarelawan seperti Shuhaida menyediakan hidangan lazat buat
kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas
baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan
yang berkekalan.
Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk
memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih
Nurul Hasanah, Puan Shidah.
Sehingga kini lebih 5,000 produk
Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan
barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu
mereka yang dalam kesusahan.
“Orang ramai memberi reaksi
berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam
kerana berasa segan atau malu.
Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan
ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi.
Ada juga penderma rahsia yang
meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan
mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak
lain.
Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa
menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai
semuanya,” tambah beliau.
Projek pantri komuniti
AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk
memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre,
Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
“Respons terhadap pantri komuniti
ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini
dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih
ramai menyumbang.
Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’
ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah
menyertai kami dalam inisiatif ini.
Kami berharap jenama lain akan turut serta
momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.
Menerusi program Tanggungjawab
Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah
menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan
makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO
amal sejak 13 tahun lalu.
Jadi sebahagian daripada gerakan
untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini.
Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
📌 KUALA LUMPUR: Anjung
Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
📌 PAHANG: Rumah Anak
Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah,
Kuantan
📌 TERENGGANU: Rumah
Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000
Kemaman
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan
Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar,
15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan
Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100
Ipoh
📌 PENANG: The Children's
Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan
Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan
Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan
Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN:
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan
TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban
📌 JOHOR: Pertubuhan
Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200
Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan
Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000
Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan
Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman
Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak
Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100
Kota Kinabalu
Untuk maklumat lebih lanjut
mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari:
https://www.ayambrand.com.my
Program yang bermanfaat
BalasPadam