Setelah lebih empat bulan anak-anak terkurung di rumah disebabkan PKP maka baru-baru ini aku dan suami setuju untuk gembirakan hati anak-anak dan bawa mereka pergi berkelah di Pantai Bagan Lalang.
Setelah lama dikuarantin kerana COVID baru aku ada kekuatan nak bawa anak-anak ke tempat awam. Itupun masih lagi berhati-hati dan amalkan norma baharu seperti pakai mask, elak tempat sesak dan sentiasa sapu hand sanitizer.
Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan atas banyak faktor dan salah satunya lokasi pantai Bagan Lalang agak dekat dengan rumah dan perjalanan ke sana pun kurang sesak.
Kebetulan sangat ada kawan yang mengajak pergi berkelah jadi aku tumpang sekaki.
Pantai Bagan Lalang Destinasi Pilihan Perkelahan Keluarga Selepas PKP
Dalam masa yang singkat dan
perancangan yang sedang-sedang perkelahan kami sangat menyeronokkan sila baca
anak-anak yang paling gembira.
Banyak sangat perubahan yang berlaku di Pantai
Bagan Lalang, dah semakin cantik dan persekitaran agak bersih kecuali di
pesisiran pantai sahaja yang banyak sampah.
Tempat kami berkelah ni betul-betul
di sebelah Hotel dan resort Avani Sepang Goldcoast Resort. Boleh nampak la dari
tempat kami berehat.
Aku pernah main pasir pantai di Pantai Remis
Menggamit Kenangan Pantai Bagan Lalang
Kali terakhir aku ke Pantai Bagan
Lalang adalah masa aku anak satu, sekarang masuk anak ketiga baru dapat jejak
kaki sekali lagi ke situ.
Datang ke Bagan Lalang bermaksud aku mengimbau
kembali zaman percintaan dengan suami.
Okay ini kelakar, dulu waktu bercinta kami
selalu ke sini untuk lihat matahari terbenam sambil makan burger. Masa bercinta
semua seronok dan sedap.
Kalau korang teringin nak datang
sini memang aku alu-alukan sangat, nak berkelah, nak buat BBQ, dan main layang-layang.
Pernah juga orang bertanya, pantai bagan lalang boleh mandi ke? jawapannya
semestinya boleh. Aku dan suami tak mandi, anak-anak sahaja yang ambil peluang
untuk mandi.
Ramai pengunjung yang datang ke sini mesti tak lepaskan peluang
untuk buat BBQ. Kalau aku tahu pasti aku dah siapkan awal-awal kelengkapan BBQ.
Next time la boleh repeat.
Kemudahan tandas dan tempat mandi
juga disediakan. Macam biasa bayaran 0.50 sen untuk buang air kecil dan RM1
untuk mandi. Tak tahu lah sampai bila harga macam ni akan dikekalkan. Bersih
pun bersih.
Aktiviti Menarik Di Pantai Bagan Lalang
Aku juga ada nampak iklan perkhidmatan BBQ digantung dekat pokok-pokok, jadi agak-agak nak buat BBQ boleh hubungi mereka. Ada juga beberapa gerai menjual makanan dan minuman.
Aktiviti yang sesuai dibuat bila
berada di Pantai Bagan Lalang antaranya ialah main layang-layang, main Frisbee
sebab angin yang agak kuat, bakar makanan laut BBQ, mandi manda masih sesuai
jika korang tidak berkulit sensitif.
Bagi aku air dia agak keruh tapi ramai je
yang mandi. Aku lebih enjoy pemandangan sambil menikmati keindahan alam.
Aku bertolak sekitar tujuh pagi
dan singgah beli breakfast untuk makan dekat sana. Kami sampai sekitar 8.30 pagi
dan cuaca sangat baik.
Walaupun awal pagi tapi pengunjung slow-slow sampai. Ada
yang bermalam di pantai, siap pasang khemah.
Kagum la aku. Aku ni penakut,
takut manusia tak bertamadun kacau jadi salute sangat mereka yang berkhemah dan
bermalam di tepi pantai.
Kesimpulan
Jadi untuk korang yang tinggal
berdekatan, Pantai Bagan Lalang adalah antara lokasi yang terbaik untuk korang
bawa anak-anak berkelah dan bercuti.
Nak ke Pantai Port Dickson memang penuh
dengan manusia, kalau Pantai Terengganu, Langkawi dan lain-lain jauh la pula.
Semestinya pilihan aku yang terbaik adalah kena consider jarak perjalanan, kos
dan waktu lapang.
Serius anak-anak puas hati dan
bergembira sepanjang perkelahan, siap tak mahu balik. Paling penting kami satu
keluarga dapat habiskan masa berkualiti bersama-sama.
Aku nak anak-anak aku
akan ingat kenangan perkelahan dia dan keluarga. Korang pula dah bercuti ke
mana?
Kalu sekarang PKPB pantai buka ke?
BalasPadam