Cream-O seru rakyat Malaysia untuk sama-sama mengenang jasa pejuang barisan hadapan yang ‘Ekstra O-Some’
Bersempena sambutan Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O memeriahkan
sambutan kali ini dengan menzahirkan
penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ‘Ekstra O-Some’, iaitu
pejuang barisan hadapan kita.
Sebagai pembuka tirai kepada
sambutan ini, JACK 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa
untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Awal minggu ini, apa yang sepatutnya
tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar luar biasa buat
seramai 100 penunggang foodpanda.
Setibanya di lokasi masing-masing, mereka terkaget apabila mendapati makanan
yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka!
Kejutan Hadiah Kit Terima Kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’
Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.
Sambutan mengenang jasa Cream-O
‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video
penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu
terkemuka, Ismail Izzani.
Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n
JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan
kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama
nota terima kasih dalam apa jua bahasa.
Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video
penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020.
Kesemua penyertaan
yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan
ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.
“Sejak beberapa bulan
kebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia
menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah
satu cabaran terbesar dalam hidup kita.
Pejuang barisan hadapan kami
telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang
telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami
diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka.
Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’
adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita
yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah
mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk
sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian.
“Kami berharap orang
ramai akan turut serta bersama Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati
negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,”
Emmanuel B. Puno, Naib
Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan
Singapura.
Biskut sandwic Cream-O adalah
pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make
Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap
gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari
anda lebih meriah.
Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia,
pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut
percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.
Untuk maklumat lanjut, silar
layari Facebook Cream-O Malaysia
Cara Penyertaan Zahirkan Penghargaan Kepada Pejuang Barisan Hadapan
Sertai Jack ‘N Jill Cream-O Dan
Zahirkan Penghargaan Anda Kepada Pejuang Barisan Hadapan
Rebutlah peluang untuk karya anda
dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi
sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, serta
memorabilia bertandatangan:
Langkah 1
Beli JACK ‘n JILL Cream-O
dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah
hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Langkah 2
WhatsApp resit, ,
dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’
Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke
+6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi –
Ya/Tidak?”
Mudah je kan? Selamat Mencuba.
Mudah je kan? Selamat Mencuba.
1 Ulasan
wahh bagus ni..
BalasPadambanyak rupanya snack keluar URC tu ya
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.