Sebenarnya tak rancang pun nak sambut hari bapa dan memang sejak dari arwah abah masih ada lagi mana pernah sambut weh.
Tapi bila dah berkahwin, setiap kali hari bapa aku tak ketinggalan wish untuk suami. Sekadar menunjukkan penghargaan dan biar bapa kepada anak-anak aku rasa dihargai gitu.
Kebetulan minggu lepas, masa hari bapa (Ahad) aku berada di kampung. Kebetulan juga kawan sekolah aku yang kini bergelar usahawan berjaya buat promosi kek khas sempena Father’s Day.
Celebrate Hari Bapa Di Kampung
Dah alang-alang
tu aku buat tempahan sebab aku yang nak makan kek. Lol.
Kalau diikutkan hari-hari kena
tunjukkan penghargaan, tunjuk rasa sayang dan tiada hari khusus untuk kenang
jasa bapa.
Mana boleh satu hari je kan? Dijadikan cerita bertambah meriah bila
abang sulong aku pun balik kampung hari yang sama. Memang meriah la kami potong
kek. Semestinya anak-anak paling gembira.
Kek Hari Bapa Dari Fitri Bakery (Bampizza)
Fitri ni kawan sekolah menengah
aku dekat kampung. Dia kelas sebelah satu kelas dengan best friend aku. Tak
sangka dia menceburkan diri dalam dunia baking.
Berjaya pula tu. Seronok tengok
dia berniaga di kampung. Selain berbakat buat dan hias kek, dia terkenal dengan
pizza dia yang sedap.
Sempena hari bapa lepas dia buat
promosi sebiji kek Laici saiz mini untuk 2-4 orang makan dan pizza saiz
sederhana berharga RM35. Murah lah kan? Dapat makan kek dan pizza. Serius weh
kek dia sedap.
Bagi aku kalau buat kek perisa laici agak mencabar sebab bau
Laici kan lembut je. Bila makan kek Fitri ni terasa la Laici dan bau tu ada.
Cukup rasa la bagi aku, lembut pula tu. Kek dia tak mengeras walaupun diletak
dalam fridge. Kagum aku.
Oleh sebab abang sulong aku balik
mengejut, jadi terpaksa ubah rancangan dan tambah sebiji lagi kek dan dua
keping pizza.
Jadi total 4 keping pizza saiz sederhana dan dua biji kek. Kek
kedua memang aku beli saiz besar perisa oren coklat. Baru puas hati makan.
Hukum Sambut Hari Bapa
Rasanya setiap tahun aka nada je orang bertanya tentang hukum sambut hari ibu, hari bapa dan seangkatan.
Korang yang was-was boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan yang beri penerangan mendalam tentang sambutan ni ok.
Tapi secara rumusannya, sambutan Hari Bapa mahupun sambutan Hari Ibu dibolehkan berdasarkan dua point dibawah:
- Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
- Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Hargai Sementara Masih Ada
Sedikit pesanan dari aku yang dah
kehilangan seorang abah, jaga la mak ayah sebaik mungkin. Hargai dan sayangi
mereka. Betul orang cakap, hilang mak atau ayah seakan hilang separuh nyawa
kita.
Aku hilang arwah abah masa tahun aku di ijab Kabul. Masa tu aku
mengandung anak pertama, orang cakap ganti ahli keluarga. Entahla. Arwah abah
mana boleh ganti kan?
Kenangan paling aku ingat tentang
arwah abah ialah cara didikan abah yang memang garang dan semestinya ada sisi
lembut terutama bila berkaitan dengan binatang peliharaan. Kami satu keluarga
suka kucing.
Memang dari kecik ada je kucing datang singgah rumah, kucing liar.
Mak dengan abah akan beri makan, tak kurung pun. Lama-lama kucing tu selesa
tinggal dengan kami terus jadi kucing angkat.
Sampailah aku sambung belajar di
UiTM kadang-kadang akan dapat panggilan mengejut daripada abah.
Sebagai mukadimah
abah akan ingatkan supaya dengar elok-elok dan tak sedih, memang suspens teruk.
Lepas tu baru abah akan beritahu, “Grey dah mati, dia sakit tua. Terlantar
dekat bilik air”.
Bukan aku seorang je abah
telefon, semua adik beradik perempuan akan terima berita yang sama. Kelakar pun
ada tapi dalam masa yang sama sedih sebab kucing kesayangan mati.
Bukan setakat
hal kucing je, macam-macam lagi la abah akan update.
Banyak juga perangai arwah abah
turun dekat aku. Aku suka silat, arwah abah Guru Silat. Dulu selalu turun
gelanggang bila anak buah minta abah rasmikan pembukaan gelanggang.
Rupa paras
pun banyak aku mengikut arwah.
Kening tebal, bibir tebal dan aku garang macam
abah. Rindunya dekat abah. Semoga abah dikurniakan syurga tanpa hisab. Aamiin.
Terima kasih abah. Segala jasa,
keringat, tenaga, kasih sayang, teguran yang abah curah kepada keluarga akan
dibalas oleh Tuhan. Moga satu hari nanti kita bakal berkumpul juga.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.