Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker

Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker

Menu sup ayam adalah menu wajib untuk keluarga aku. Mesti akan masak sekali seminggu terutama bila ada yang kurang sihat dekat rumah. Perasaan bila dapat hirup sup ayam terus rasa macam segar dan sejuk je badan.

Sebelum ni kalau masak sup ayam aku akan reneh lama atas dapur gas sebab bila semakin lama direneh sup jadi semakin sedap. Itu pendapat aku lah. Tapi bila dah ada pressure cooker kerja mereneh tu jadi mudah sangat. serius semua orang wajib beli pressure cooker, satu rumah satu. Ok over.

Aku bukan duta pressure cooker mana-mana brand tapi aku sangat menghargai jasa pressure cooker yang berkhidmat dekat rumah aku sekarang. Dah hampir setahun rasanya aku guna Pressure Cooker Giselle, dan setakat ni performance dia tak pernah kecewakan aku. Harapnya dia terus ok sampai bila-bila.

Resepi Sup Ayam Sihat Guna Pressure Cooker Giselle

Pertama sekali aku nak kongsikan yang rasa sup yang dimasak menggunakan pressure cooker dan sup yang direneh atas dapur gas adalah tidak sama. Beza sup yang dimasak guna pressure cooker lebih sedap ikut tekak aku sebab apa tau, fungsi pressure cooker adalah melembutkan ayam tu jadi memang habis keluar semua jus ayam dan sebati jadi sup.

Jom aku kongsikan resepi sup ayam menggunakan pressure cooker Giselle cara aku. Resepi lebih kurang dengan korang rasanya cuma aku olah ikut rasa dan tekak aku. Sejak turun temurun mak aku ajar tumis bahan-bahan yang telah di blend bersama rempah dan sup bunjut di dalam kuali, kemudian masukkan ayam dan air dan masak sehingga ayam empuk.



Bila masak menggunakan pressure cooker bahan-bahan yang aku selalu guna aku kekalkan cuma aku adjust cara memasak.

Bahan-bahan

  • Setengah ekor ayam yang dibuang kulit.
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Sup bunjut
  • Kentang
  • Daun sup
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara untuk masak ialah:

Bersihkan ayam dan buang lemak serta kulit. Masukkan ke dalam pressure cooker dan isi air sehingga ayam tenggelam. Set kan pressure cooker 15 minit, selalu aku guna fungsi ‘meat’ untuk Pressure Cooker Giselle.

Aku akan rebus ayam tanpa bahan lain (kecuali kentang) sebab kehadiran bahan-bahan lain seperti rempah akan kacau rasa sup ayam. Aku tak suka. Sup juga akan ada perbezaan kalau guna bahagian isi sahaja, tulang sahaja atau campuran isi dan tulang.

Sambil tunggu ayam dimasak di dalam pressure cooker, dalam kuali lain aku akan tumis semua bahan-bahan lain di dalam kuali sehingga naik bau. Aku kisar bawang dan halia sehingga hancur. Kemudian aku akan masukkan rebusan ayam tadi kedalam kuali. Perasakan dengan garam dan taburkan daun sup. Nak lagi sedap masukkan bawang goreng.

Boleh cuba resepi ayam masak asam pedas


Ikut mood kadang-kadang aku tak masukkan kentang sebab ia bantu pekatkan kuah, aku suka hirup sup kosong. Kalau bosan guna bahagian isi aku suka tukar dengan kaki ayam. Serius sedap sebab kaki ayam memang mudah relai. Mak aku memang suka sup kaki ayam guna pressure cooker.

Sekian saja perkongsian resepi kali ni, rasanya banyak juga tips aku kongsikan masak sup ayam sihat menggunakan pressure cooker. Untuk korang yang belum pernah cuba, silakan cuba mesti akan suka. Jumpa lagi di lain resepi. 

Ulasan