Cara Masak Sup Ayam Sihat Menggunakan Pressure Cooker
Menu sup ayam adalah menu wajib
untuk keluarga aku. Mesti akan masak sekali seminggu terutama bila ada yang
kurang sihat dekat rumah. Perasaan bila dapat hirup sup ayam terus rasa macam
segar dan sejuk je badan.
Sebelum ni kalau masak sup ayam
aku akan reneh lama atas dapur gas sebab bila semakin lama direneh sup jadi
semakin sedap. Itu pendapat aku lah. Tapi bila dah ada pressure cooker kerja mereneh
tu jadi mudah sangat. serius semua orang wajib beli pressure cooker, satu rumah
satu. Ok over.
Aku bukan duta pressure cooker
mana-mana brand tapi aku sangat menghargai jasa pressure cooker yang berkhidmat
dekat rumah aku sekarang. Dah hampir setahun rasanya aku guna Pressure Cooker
Giselle, dan setakat ni performance dia tak pernah kecewakan aku. Harapnya dia
terus ok sampai bila-bila.
Resepi Sup Ayam Sihat Guna Pressure Cooker Giselle
Pertama sekali aku nak kongsikan
yang rasa sup yang dimasak menggunakan pressure cooker dan sup yang direneh
atas dapur gas adalah tidak sama. Beza sup yang dimasak guna pressure cooker
lebih sedap ikut tekak aku sebab apa tau, fungsi pressure cooker adalah
melembutkan ayam tu jadi memang habis keluar semua jus ayam dan sebati jadi
sup.
Jom aku kongsikan resepi sup ayam
menggunakan pressure cooker Giselle cara aku. Resepi lebih kurang dengan korang
rasanya cuma aku olah ikut rasa dan tekak aku. Sejak turun temurun mak aku ajar
tumis bahan-bahan yang telah di blend bersama rempah dan sup bunjut di dalam
kuali, kemudian masukkan ayam dan air dan masak sehingga ayam empuk.
Bila masak menggunakan pressure
cooker bahan-bahan yang aku selalu guna aku kekalkan cuma aku adjust cara
memasak.
Bahan-bahan
- Setengah ekor ayam yang dibuang kulit.
- 3 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 1 inci halia
- Bunga lawang
- Kulit kayu manis
- Sup bunjut
- Kentang
- Daun sup
- Minyak untuk menumis
Cara-cara untuk masak ialah:
Bersihkan ayam dan buang lemak
serta kulit. Masukkan ke dalam pressure cooker dan isi air sehingga ayam
tenggelam. Set kan pressure cooker 15 minit, selalu aku guna fungsi ‘meat’
untuk Pressure Cooker Giselle.
Aku akan rebus ayam tanpa bahan
lain (kecuali kentang) sebab kehadiran bahan-bahan lain seperti rempah akan
kacau rasa sup ayam. Aku tak suka. Sup juga akan ada perbezaan kalau guna
bahagian isi sahaja, tulang sahaja atau campuran isi dan tulang.
Sambil tunggu ayam dimasak di
dalam pressure cooker, dalam kuali lain aku akan tumis semua bahan-bahan lain
di dalam kuali sehingga naik bau. Aku kisar bawang dan halia sehingga hancur.
Kemudian aku akan masukkan rebusan ayam tadi kedalam kuali. Perasakan dengan
garam dan taburkan daun sup. Nak lagi sedap masukkan bawang goreng.
Boleh cuba resepi ayam masak asam pedas
Boleh cuba resepi ayam masak asam pedas
Ikut mood kadang-kadang aku tak
masukkan kentang sebab ia bantu pekatkan kuah, aku suka hirup sup kosong. Kalau
bosan guna bahagian isi aku suka tukar dengan kaki ayam. Serius sedap sebab
kaki ayam memang mudah relai. Mak aku memang suka sup kaki ayam guna pressure
cooker.
Sekian saja perkongsian resepi
kali ni, rasanya banyak juga tips aku kongsikan masak sup ayam sihat
menggunakan pressure cooker. Untuk korang yang belum pernah cuba, silakan cuba
mesti akan suka. Jumpa lagi di lain resepi.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.