Semakin menjadi-jadi pula kes
keganasan rumah tangga semenjak dua menjak ni. Ramai tertekan dengan keadaan
ekonomi dan masing-masing gagal nak kawal emosi.
Terperanjat bila terbaca
berita tentang selebriti Youtuber masakan Malaysia yang terkenal juga menjadi
mangsa keganasan rumah tangga.
Mungkin bagi dia itu hanya
perselisihan faham dalam perkahwinan sebab khabarnya laporan polis terhadap
suami dia telah pun ditarik balik. Kita doakan yang terbaik sahaja.
Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga
Pagi ini
aku terbaca lagi, tentang keganasan rumah tangga melalui status Facebook Uncle
Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) yang sangat aktif dalam melakukan kerja amal.
Seperti biasa, wanita dipukul suami dan lebih perit disaksikan oleh anak-anak. Setelah lebih 14 tahun bertahan dipukul suami dan mendatangkan kecederaan kepada diri akhirnya wanita ini lari bersama empat orang anaknya.
Hancur luluh aku baca kisah macam ni. Wanita terbabit dibelasah sehingga pipi pecah sehingga perlu di jahit dan kaki kanan patah. Anak-anak juga jadi mangsa dan dipukul. Bayangkan kudrat orang lelaki memukul wanita dan anak kecil. Kejam betul manusia.
Kalau ikut perkongsian Uncle Kentang, lelaki tu sudah ditangkap polis. Masa aku menaip ni darah aku naik sampai ke kepala, aku ketap gigi rapat-rapat. Aku doakan Tuhan saja beri hukuman kepada lelaki tiada otak tu.
Bagaimanakah Caranya Untuk Melaporkan Kes Keganasan Rumahtangga?
Aku kongsikan cara untuk dapatkan
bantuan bagi mangsa keganasan rumah tangga. Kalau bukan korang atau korang
kenal sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tolonglah mereka. Sebarkan maklumat
kepada yang memerlukan. Jasa baik korang hanya Tuhan je dapat membalasnya.
Mangsa keganasan rumahtangga
boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke: Boleh juga rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran.
- Menghubungi Talian Kasih 15999
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan
Contoh-contoh Keganasan Rumah
tangga perlu korang tahu:
- Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
- Mencederakan secara fizikal
- Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
- Mengurung / menahan tanpa kerelaan
- Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.
Kebanyakkan kisah yang aku jumpa
dan banyak ditayangkan dalam drama ialah apabila pasangan terlalu sayang dan
takut untuk bertindak. Wanita biasanya lembut hati dan beri peluang dengan
harapan agar suami akan berubah satu hari nanti.
Hari berganti minggu, bulan
bertukar tahun tapi perangai baran suami masih sama. Ada yang nekad, terus ambil
keputusan untuk hentikan keganasan yang berlaku, tapi ada juga yang ambil masa
untuk kumpul keberanian.
Walau apa jua keputusan aku
doakan supaya urusan mereka yang di uji ni dipermudahkan. Sesetengah wanita
bertahan kerana dalam otak dia mengimpikan keluarga yang bahagia dan sempurna.
Bertahan juga kerana tak mahu anak hidup tanpa kasih sayang seorang bapa, ada
juga yang malu kalau bergelar janda dan ada juga yang tak mahu digelar isteri
derhaka.
Apa jua alasan, apa jua tindakan
banyakkan berdoa, minta nasihat dan bantuan. Langkah pertama adalah rujuk
kepada keluarga terdekat. Kadang kita tak nampak apa yang di depan mata jadi keluarga
lah yang akan bantu kita. Kalau segan boleh juga rujuk ke pejabat agama.
Thanks for sharing. Kesian wanita tu & anak2, mudah2an hidup mrk bertambah baik selepas ini. Kekadang mangsa sdh merujuk dgn keluarga tetapi keluarga pulak yg suruh balik ke pangkuan pengganas tu. Dlm kes ni mangsa dah cedera teruk, jadi semua pihak bertindak dgn tangkas. Kalau penderaan mental, buat laporan polis pun susah sbb x ada bukti fizikal.
BalasPadamThanks sharing!!! Sangat membantu artikel macam nk untuk kita refer bila nak bantu wanita lain yang hadapi krisis takot buka mulut ni..
BalasPadam