Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Dari TNB
Aku terima notis dari TNB yang mengatakan aku bakal menerima
bil Elektrik bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik
(BPE) yang akan dihantar kepada aku melalui pos dalam tempoh tujuh hari.
Rumah aku ni dikategorikan sebagai pelanggan kediaman, dan automatik
aku layak menikmati manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada
Kerajaan Malaysia. Butiran bantuan dapat dilihat di dalam bil elektrik nanti. Wah
bunyi macam indah sangat kan?
Macam aku yang dah sign up di portal TNB dan download aplikasi
myTNB app boleh rujuk untuk tengok bil terkini dan penyata selepas 48 jam. Itu penerangan
yang diberikan TNB. Sebelum ni kecoh kan rakyat tidak berpuas hati dengan cara
pengiraan bil elektrik yang dikenakan oleh TNB sepanjang tempoh PKP.
Apa dia Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan tu?
BPE adalah pakej bantuan tambahan
yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan
domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77
sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3
bulan pelaksanaan PKP (April, Mei, Jun).
Di samping itu, bagi pengguna
domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan
menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar
diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.
Pendek kata, BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan. Ha gitu.
Bawah ni ada TNB explain tentang kenaikan bil elektrik sepanjang tempoh PKP bermula April sehingga bulan Julai.
Cara Mohon & Semak Penerima BPE
Seperti yang dinyatakan di atas,
semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan
secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020. Jadi memang tak perlu untuk
mohon mahupun buat semakan ya.
Oleh sebab aku buat bayaran untuk bulan lepas jadi amount aku dikira terlebih bayar.
Untuk korang yang ada pertanyaan
lanjut boleh melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau menghubungi
TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 dan kalau nak bertentang mata untuk
dapatkan maklumat boleh la mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.
Semoga Bantuan Prihatin Elektrik
Tambahan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia dan
terima kaish Kerajaan kerana prihatin dengan suara rakyat.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.