Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack ‘N Jill Calbee!
Peluang untuk Para Penggemar Snek
Meraih Hadiah Hebat.
Tentunya tiada apa yang lebih
menyenangkan hati seseorang itu daripada dapat bersantai di sofa sambil
menonton filem, melayan drama bersiri secara terus-menerus mahupun melayari
internet di komputer riba bersama sepaket JACK ‘n JILL Calbee di sisinya.
Keadaan baru-baru ini telah
mendorong rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan norma baharu, iaitu
duduk di rumah. Ia memanglah agak menjemukan, namun JACK 'n JILL Calbee sedia
menceriakan rutin seharian anda dengan pengalaman menikmati snek di rumah yang
menghiburkan.
Pada Julai ini, jenama ini akan
memberi nilai tambah kepada setiap kunyahan kerepek kentang kegemaran anda,
dengan peraduan “JACK ‘n JILL Calbee Elevate Your Snacking Experience at Home
Contest 2020”
JACK ‘n JILL Calbee telah
dilancarkan pada Januari 2019 hasil usaha sama URC Snack Foods Malaysia, yang
terkenal dengan jenama warisannya JACK' n JILL, dengan Calbee, yang merupakan
pengeluar kerepek kentang terkemuka di Jepun.
Sejak dilancarkan, JACK 'n JILL
Calbee, yang menawarkan tiga perisa iaitu Classic
Salted, Smokey BBQ and Flamin’ Chilli, telah menambat hati para penggemar
snek dan dijadikan snek kegemaran mereka.
Untuk Kaki wayang
Untuk Kaki wayang
“Norma baharu duduk di rumah dan
penjarakan sosial telah menjadikan orang ramai lebih menghargai masa bersama
orang tersayang, sekaligus dapat juga mencetuskan nostalgia.
Daripada
meningkatkan kemahiran memasak sehinggalah idea penambahbaikan kediaman, orang
ramai sentiasa mencari jalan untuk menjadikan waktu yang dihabiskan di rumah
lebih menyeronokkan dan bermakna,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan
URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.
“Sebagai satu jenama yang
sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan, JACK ‘n JILL Calbee kini
memperkenalkan satu cara untuk mengganjari pelanggan kami sambil bersantai dan
menikmati snek di rumah.
Mulai 1hb Julai 2020 hingga 15hb Ogos 2020, semua peminat snek di seluruh negara dijemput untuk menyertai peraduan ini bagi meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan khusus untuk menambahkan keseronokan menikmati snek di rumah.
Para pelanggan JACK ‘n JILL
Calbee yang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah iPad Pro 11, untuk tontonan skrin persendirian yang berkualiti, sebuah
TV Sony 65” untuk pengalaman tontonan ala-panggung wayang dalam keselesaan
kediaman sendiri, serta pas percuma untuk melayan filem atau drama bersiri di
Netflix!
JACK ‘N JILL CALBEE KINI KEMBALI
LAGI UNTUK MENINGKATKAN KEPUASAN MENIKMATI SNEK ANDA, KALI INI DI RUMAH JE!
Sertai sekarang untuk peluang
memenangi hadiah-hadiah hebat dengan 2 langkah mudah seperti berikut:
Langkah 1
Beli produk JACK ‘n JILL Calbee
berjumlah RM 8 dan ke atas di dalam satu resit.
Langkah 2
Hantarkan gambar resit pembelian
menerusi WhatsApp, sertakan anda dan kepada
+6011-1081 1878
Jawab (Y/N) (Y untuk Ya atau N
untuk tidak) untuk soalan ini: “Adakah JACK ‘n JILL Calbee ditawarkan dalam
tiga perisa?”
Ganjaran Hebat Yang Menanti Anda
HADIAH UTAMA X 1
Sebuah iPad Pro 11
HADIAH KEDUA X 1
Sebuah TV Sony 65”
HADIAH KETIGA X 50
Kad Hadiah Netflix bernilai RM100
Kesemua 52 pemenang juga akan
menerima hadiah berupa satu set ‘JACK ‘n JILL Calbee Home Elevation Kit’ yang
mengandungi tiga paket JACK ‘n JILL Calbee, satu mangkuk JACK ‘n JILL Calbee
dan satu cawan JACK ‘n JILL Calbee.
Untuk maklumat lanjut berhubung
cara menyertai peraduan ini, sila layari laman Facebook kami atau Instagram untuk perkembangan
terkini.
#JacknJillCalbee
#ElevateYourSnackingExperience
#ElevateYourSnackingExperienceAtHome
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.