Dah Tak Ada Lagi 100GB Video Walla Percuma Dari Celcom
Wah semenjak dua menjak ni memang
aku asyik bercerita pasal Celcom sahaja kan? Banyak betul isu aku dengan Celcom
ni.
Baru-baru ni aku ada masalah dengan data Video Walla yang ditawarkan oleh
Celcom dan by right aku layak guna 100GB secara percuma. Ya, banyak kan? Tapi
sedih juga kalau data banyak tapi tak boleh guna.
Aku pernah tebus Internet Percuma Celcom 1GB sebelum ni.
Oh ya aku subscribe data Pelan
Celcom Mobile Gold Supreme, yang mana setiap bulan aku harus bayar sebanyak
RM128 dan aku dapat 25GB internet harian dan 25GB Internet mingguan.
Tambahan
aku dapat 100GB video Walla percuma selama 12 bulan serta unlimited data
Whatsapp & Wechat. Untuk detail boleh rujuk Celcom.
Masalah yang aku hadapi sekarang
ialah, bila aku menonton Youtube, data percuma Video Walla tu tidak ditolak
sebaliknya Celcom tolak data harian dan mingguan aku. Memang aku sejenis
manusia yang akan semak penggunaan data internet jadi aku perhati je apa yang
berlaku selama beberapa hari.
Masalahnya isu ni berlaku macam
Chipsmore ya. Ada hari elok je Celcom tolak data yang betul, dan ada hari dia
buat hal habis data mingguan aku ditolak sebab aku tengok cerita Korea di
Youtube. Alahai stress aku tak dapat buat kerja lain, data dah habis.
Aku Pengguna Celcom Yang Setia Tapi Sekarang Tidak Lagi
Oleh sebab aku terlampau marah
akhirnya aku hubungi juga perkhidmatan pelanggan Celcom dan juga naik muat
status tentang Celcom di Twitter. Setakat ni mereka laju response walaupun
ramai sangat pelanggan yang berbahasa kasar sebab marah. Aku faham sebab aku
pun nyaris-nyaris nak terkeluar maki hamun.
Aku dah jadi pengguna Celcom
sejak tamat Degree, kalau tak silap tahun 2008/2009 macam tu. Itu pun sebab aku
rasa teraniaya lepas guna M***s, dengan harapan Celcom melayan aku dengan adil
(tak caj bukan-bukan) dan line internet sekurang-kurangnya lebih laju dari
siput.
Lepas kejadian tersilap caj data
ni aku jadi tawar hati dengan Celcom, rasa kepercayaan tu hilang. Serius lah
kalau benda macam ni dia buat silap tak mustahil benda lain pun dia boleh
tersilap.
Dah lah Celcom dah stop bagi internet 1GB Percuma unlimited
browsing lagi bertambah sedih.
Dua perkara aku buat lepas Celcom
buat hal (salah tolak data internet) ialah:
#1 Hubungi perkhidmatan pelanggan
Celcom di talian 019 6011111 dan pegawai yang incharge dah lodge kes aku dan
dia kata dalam masa 3 hari akan terima SMS daripada team teknikal yang akan
bantu selesaikan masalah aku.
Dia juga buat semakan yang aku masih lagi layak
untuk terima 100GB percuma untuk video Walla sebab belum cukup setahun guna pakej
Gold Supreme.
Update: Selepas beberapa hari aku
terima email CDR data usage for Celcom Video Walla daripada scresolution Celcom
tentang penggunaan terkini data Video Walla yang aku dah guna.
Oleh sebab aku hilang sabar aku
sambung buat report dekat Twitter pula.
#2 Aku muat naik status soalan
dan ketidakpuasan hati aku di Twitter dan tag Celcom dengan pakej aku mesej juga. Dia
reply dan dia ingat aku tak aware tentang percuma selama 12 bulan walhal aku
dah tahu awal.
Jadi dia bantu dengan reset network aku (which is aku tak faham
bab teknikal). Selepas Maghrib baru aku test dan caj data kembali ok.
Untuk korang nak solution lebih
effective ialah buat report di Twitter dan jangan lupa sertakan #celcom atau
tag mereka terus. Lepas Celcom reset network aku baru data di caj dengan betul.
Pakej Baru Celcom 25GB Video Walla Percuma
Lepas kejadian ni baru aku
perasan yang Celcom akhirnya dah tak tawarkan pakej 100GB Video Walla percuma sebaliknya dia gantikan 25GB percuma yang diberikan setiap bulan.
Kiranya kalau tak habis guna dia tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan
harapnya jangan lah bagi setahun je.
Senarai Celcom Video Walla
Partner:
- Iflix
- DimSum
- AstroGo
- YouTube
- Netflix
- Hungama
- Eros Now
- KlikFilm
- Viu
- Alt Balaji
- MuslimKids TV
Nak lagi tepat korang boleh study
dekat laman web Celcom dan sebaiknya bercakap dengan staff, dealer dan dapatkan
keterangan lanjut supaya tidak rasa tertipu. Biasanya benda-benda indah percuma
ni selalu datang dengan terma dan syarat yang harus dipatuhi. Secara logik mana
ada nak beri yang percuma, lama pula tu.
Kesimpulan
Selepas kejadian perit dengan
Celcom ni, (sebelum ni pernah juga berlaku gangguan Internet etc tapi aku pejam
mata la) aku macam tawar hati dan looking forwards mencari pakej Telco yang
mampu aku bayar, line ok, tiada caj tersembunyi dan Internet boleh guna. Masih
lagi mencari dan harap lepas bulan September aku dapat tukar yang lain. Kita
tunggu dan lihat.
saya sejak dari dulu memang pengguna celcom tapi tak alert pulak dengan Walla ni.. ke pakej saya memang tadak walla.. tak pasti pula..
BalasPadamMmg kedekut pait celcom ni..masa sign kontrak takde pun mention free video walla 12 bln je..dah la mahal 50gb RM100+-. Setahun lg baru abis kontrak adoiiii menyesalnyee
BalasPadam