Shopping Dan Menang Gold Bar Dari CMASA.my
Hanya dengan beli barang secara
online je korang boleh menang emas. Ini tak tipu tau, ini serius betul. Shopping
dan mana tahu rezeki korang boleh menang gold bar. Untuk entri kali ni aku nak
kongsikan cara mudah untuk untuk korang menang emas hanya dengan shopping
secara online. Mudah yakmat weh.
Untuk pengetahuan korang,
sekarang berlangsungnya peraduan “Share & Menang Gold Bar” anjuran CMASA.my
Banyak hadiah menarik ditawarkan yang korang patut rebut. Sebelum aku cerita
lanjut tentang peraduan “Share & Menang Gold Bar”, izinkan aku terangkan
sedikit tentang CMASA ni.
Aku secara tak sengaja tahu
tentang kewujudan CMASA melalui peraduan ini lah, aku pun nak menang emas juga.
Pertama kali melayari laman web CMASA dan aku kagum sebab banyak barang-barang
Bumiputera di jual dekat situ.
CMASA.my – Beli Belah Secara Online
Rupa-rupanya CMASA.my ialah
platform jual beli yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) bagi memudahkan mereka yang berminat terutamanya ahli Kelab
Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA) untuk berjual beli secara atas talian
(online).
Ini merupakan usaha mewujudkan
komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran
mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya
berusaha memajukan diri dan keluarga.
Jadi fokus YaPEIM adalah untuk
membantu usahawan-usahawan CMASA memasarkan produk mereka seterusnya memberi
peluang berniaga secara online. Inisiatif yang bagus dalam memberi pilhan
kepada masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diyakini serta
berkualiti.
Antara jenis barangan yang
ditawarkan ialah seperti berikut:
- Makanan dan minuman
- Barangan bayi dan kanak-kanak
- Barangan kecantikan dan kesihatan
- Barangan keperluan rumah
- Barangan Haji dan Umrah
- Konsultasi perniagaan
Cara Sertai Peraduan Share & Menang
Cara nak sertai peraduan ni pun senang,
hanya buat tiga langkah mudah dan korang dah selangkah ke depan untuk jadi 6
pemenang emas yang bertuah.
1. Beli minimum 1 produk dari
website e-commerce kami di https://CMASA.my/
2. Hantarkan resit (Private
Message) di Facebook Page rasmi CMASA sebagai bukti pembelian.
3. Muat naik foto anda dan lengkapkan
slogan yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" mengikut
kreativiti dan juga pengalaman membeli belah di laman web CMASA.
Jangan lupa untuk sertakan #cmasa
di dalam slogan & pastikan status public supaya memudahkan pencarian
kami.
Hadiah & Tarikh Tutup Pertandingan
6 pemenang bertuah yang dipilih
adalah berdasarkan LIKE, COMMENT & SHARE yang paling banyak.Berita baik, jika anda tidak
tersenarai sebagai 6 orang yang bertuah, jangan bimbang, CMASA bermurah hati
menyediakan 10 hadiah saguhati untuk korang! Kena bertindak cepat tau kerana
tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 JUN 2020.
Ha kalau masih ada soalan dan
kurang faham boleh lah hantar mesej ke facebook Page CMASA kerana mereka sedia
membantu.
Jom la ramai-ramai memeriahkan
pertandingan dan mana tahu kalau rezeki kan? Kita membeli sambil menyokong
produk tempatan yang semestinya Halal, berkualiti serta harga yang berpatutan. Untuk
maklumat lanjut tentang cmasa.my, boleh layari laman web dan media sosial mereka
seperti di bawah:
Laman Web CMASA
Facebook
Mudah2an ada rezekinya
BalasPadam