Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa
Walaupun dah agak lambat untuk
kongsikan sambutan birthday anak kedua aku, Raudah Sakinah tapi masih gigih nak
kongsi juga supaya ada kenangan sambutan ulangtahun yang boleh dikenang di masa
hadapan. Kali ni sambutan birthday adalah masa bulan puasa ditambah PKP.
Wehuuuu.
Anak kedua aku anak yang unik,
wah begitu. Kenapa unik? Entahlah perangai sedikit sukar aku nak baca. Tapi aku
tetap mencuba beri yang terbaik dan sentiasa lapang dada nak belajar tentang
perangai dia. Sumpah perangai dia lain.
Kalau throwback semula, Raudah Sakinah
dilahirkan pada 20 Mei 2016 di Gombak Medical Centre, Selangor dan disambut
oleh doktor kesukaan aku; Doktor Zana Zalinda. Tahun 2020, maka genaplah umur
dia 4 tahun. Alahai cepat sungguh waktu berlalu.
Banyak kenangan yang tercipta
selepas kelahiran dia ke muka bumi ni. Kisah bersalin anak kedua ada akukongsikan di entri ini dan syukur pengalaman melahirkan Raudah tidaklah sepahit
mana. Rezeki aku lahirkan dia secara normal. Cabaran waktu berpantang pun
biasa-biasa sahaja.
Sambutan Hari Lahir Simple Tapi Bermakna
Oleh sebab Raudah sangat-sangat
sukakan watak Elsa dalam cerita Frozen maka aku belikan dia kek Elsa dan juga
hadiahkan baju kartun Frozen. Dia selalu perasan dia ialah Princess.
Kuat
melawa, nak rambut panjang supaya mudah nak gayakan macam princess, menangis
kalau sebut nak potong rambut dia, tak suka bau busuk dan sedikit diva perangai
dia ya.
Pendek kata dia sangat berlawanan
sifat dengan aku. Aku sedikit boyish tapi bukanlah Sajat manakala Raudah nak
jadi girl yang tulen. Adoyai. Kekok mama nak layan kau main Princess nak.
Bila aku belikan dia kek Elsa,
dan hadiahkan baju gaun elsa Frozen tu memang dia melompat kegembiraan. Banyak
kali dia ucap terima kasih dan macam biasa adik dia akan buat drama supaya dia
pon dapat layanan sama.
Fuh layan dua anak perempuan ibarat..hah sambung
sendiri jelah.
Urusan pembelian dan penghantaran
kek birthday sangat smooth tapi kek sampai awal sekitar jam 2 petang. Puasa pula
tu. Memang kebas mulut aku nak menjawab soalan dia bila nak potong kek kakak.
Sempat la kami berbuka dahulu dan lepas Isyak baru ajak dia potong kek.
Alhamdulillah dia mampu untuk sabar.
Masa sesi potong kek, birthday
girl kemain gembira bila kami nyanyikan lagu birthday tapi dalam masa yang sama
adik dia buat onar. Melalak nak potong ke, nak pegang handphone, nak duduk
depan handphone dan buat segala benda yang dapat rosakkan mood.
Kenangan Tertukar Anak
Sebenarnya sampai sekarang aku
masih ingat kenangan berada di hospital selapas lahirkan dia. Bila ingat balik
dengan suami memang kami akan gelak sampai keluar air mata. Kisahnya begini,
selepas selesai urusan bersalin aku ditolak masuk ke wad.
Sementara tunggu
nurse bawa anak untuk disusukan, aku cuba untuk tidur dan rehat tapi tak
berjaya sebab perasaan teruja nak peluk dan cium anak aku berkobar-kobar.
Elok je aku nak lelapkan mata,
nurse ketuk pintu bilik dan serahkan baby. Masa ni suami ada di sisi teman aku.
Tanpa berlengah memang aku sambut dan terus cium-cium anak aku. Nurse tidak lah
tunggu dia terus keluar dari bilik.
Tapi..masa ni aku dah mula rasa pelik. Aku
perhati je anak yang aku pangku sambil aku tertanya-tanya kenapa anak aku banyak
bulu di tangan dan muka sedangkan aku dan suami bulu kami sedang-sedang je.
Sambil
nak tergelak aku gomol-gomol anak aku.
Weh serius masa ni gelak lagi.
Aku siap berdialog dengan baby, aku cakap “hey awak anak siapa ye?”..masa ni
aku macam bergurau manja dengan anak la.
Berbulu atau apa je keadaan anak aku
semestinya aku terima saja sebab sayang weh. Suami pun sempat peluk cium, usap,
belek jari,kaki semua lah.
Tak sampai sepuluh minit macam
tu, pintu bilik diketuk sekali lagi oleh nurse yang sama. Tiba-tiba nurse tu
bersuara, “maaf ye puan, saya nak ambil baby tu semula. Kami tertukar anak
puan.”
Lol masa ni terlepas juga suara aku gelak dalam keadaan terkejut.
Biar betul ni nurse, macamana
boleh tertukar? Habis tu mana anak aku. Panik terus.
Masa tu lah kami baru perasan
yang “anak” tu pakai baju baby lain. Suami serahkan baju belang-belang Zebra
hitam putih kepada nurse untuk dipakaikan lepas baby lahir.
Nurse minta maaf
banyak-banyak sebab tersalah serahkan anak. Dengan perasaan confused aku
serahkan semula anak tu. Anak aku masih lagi berada di bilik bayi weh. Alahai
sian kau wahai anak.
Elok je nurse keluar dari bilik,
kami suami isteri pandang satu sama lain. Gelak besar weh kami berdua. Kalau
lepas ni anak kami tertukar lagi macamana?
Betul ke yang nurse bakal bawa ni
anak aku? ah sudah.
Rupa-rupanya nurse tersalah ambil
anak orang lain, mak baby tu masih belum sedar lepas Caeser. Kebetulan waktu
kami melahirkan anak agak dekat tu yang jadi confuse.
Lepas dapat anak kami
yang sebenar baru lega. Perasaan tu Allah je yang tahu. Sebelum keluar hospital
pun sempat aku tanya soalan tak salah beri anak. Takut weh.
Ekzema dan Raudah Sakinah
Keperitan dan dugaan membesarkan Raudah
bermula bila dia berusia 5 bulan. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan
di tengah hari babe. Masuk umur 5 bulan lepas dapat suntikan vaksin wajib, dia
kena Ekzema.
Baca tentang kisah dia kena Ekzema ~ Sini
Mild ekzema kot, entah. Tapi dia sampai tahap garu berdarah, melalak setiap masa, tak boleh panas, tak boleh aircond terlalu lama, kena ada mandian khas dan tak boleh pakai bedak mahupun lotion. Kulit dia ewwww.
Baca tentang kisah dia kena Ekzema ~ Sini
Mild ekzema kot, entah. Tapi dia sampai tahap garu berdarah, melalak setiap masa, tak boleh panas, tak boleh aircond terlalu lama, kena ada mandian khas dan tak boleh pakai bedak mahupun lotion. Kulit dia ewwww.
Rasanya kos perubatan dia paling
mahal jika dibandingkan dengan adik beradik dia. Yelah, abang dan adik dia aku
bersyukur tak kena sakit apa-apa. Nauzubillah minta jauh la sebarang penyakit.
Raudah
paling banyak kenangan pahit dengan doktor, pernah buat aku panik dan menangis
masa tidurkan dia dalam buaian sambil tengok darah dia muka dia meleleh. Syahdu
bila kenang semula.
Apa pun mama doakan Raudah Sakinah
menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik,
berjaya capai apa yang di ingini. Maaf atas segala kekurangan mama dalam
mendidik kamu.
selamat hari lahir ke-4 tahun
BalasPadam