Rumusan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP
Lepas dengar pengumuman PM tadi
mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal dilaksanakan
bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 rata-rata rakyat Malaysia semua
melahirkan perasaan syukur.
Semestinya gembira setelah sekian lama berjuang
menentang COVID akhirnya membuahkan hasil bila kes-kes semakin berkurangan.
Jadi trending di media sosial
tanda pangkah #balikkampung sebab rentas negeri sudah pun dibenarkan. Aku dah
dapat bayangkan lebuhraya Pantai Timur confirm sesak hujung minggu ni. Tengok keadaan
dulu macamana baru rancang balik kampung.
Dalam sibuk kita meraikan
kebebasan yang sementara di beri oleh PM ni minta semua berhati-hati. Kita dah
ada norma baharu. Amalkan dan sentiasa jaga kebersihan. Mana boleh elak kita
elak sebelum timbul kes lain.
Ingat, jika ibu bapa kita adalah
warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.
Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita
ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.
Senarai Perkara Yang Dibenarkan Sepanjang PKPP
Sayu hati bila fikir kita dah
berjaya harungi PKP, PKPB dan sekarang PKPP. Harapnya apa sahaja perintah
pergerakan di masa hadapan akan memudahkan urusan semua pihak.
Perdana Menteri
Malaysia dah pun umumkan, mulai 10 Jun perjalanan rentas negeri dibenarkan
kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD).
Selain itu antara perkara lain
yang turut dibenarkan dan diberi kelonggaran sepanjang PKPP ialah seperti
berikut:
2. Perkhidmatan gunting rambut dan
salun akan dibenarkan.
3. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan.
4. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.
5.Mesyuarat dan bengkel juga
dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan
mengoptimumkan ruang.
6. Beberapa jenis sukan dan rekreasi
akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan
pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan. Antara contoh sukan yang dibenarkan ialah seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
7. Yang masih tidak dibenarkan ialah
pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau
penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan
sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan
hoki.
9. Sempadan negara masih ditutup.
10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan
ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
11. Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
12. Sekolah akan dibuka secara
berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada
Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman
terperinci mengenainya sedikit masa lagi.
13. Waktu operasi perniagaan akan
kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan
premis & pelanggan. Rindu nak makan Makanan Korea Halal
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan,
pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah
yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang
melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga
menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.masih belum
dibenarkan.
Untuk pengetahuan, kerajaan akan
melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:
- Pengukuhan Kesihatan Awam;
- Perundangan dan Penguatkuasaan;
- Pengukuhan Kawalan Sempadan;
- Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi;
- Pembudayaan Kebiasaan Baharu;
- Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti; dan
- Perlindungan Golongan Berisiko.
Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarakan dan yang tidak dibenarkan,
saudara-saudari bolehlah layari laman web Majlis Keselamatan Negara.
Apa pun tahniah semua rakyat
Malaysia. Kita buktikan kita mampu kawal dan ubah. Terima pembaharuan walaupun
agak payah pada awalnya. Banyak betul perkara kita belajar sejak PKP
dilaksanakan.
Secara peribadi PKP banyak ajar aku
tentang konsep syukur dan sikap menghargai. In sha Allah sentiasa percaya
dengan apa yang berlaku pada hari ini pasti ada hikmahnya yang Tuhan dah
tetapkan.
Alhamdulillah dah boleh rentas negeri.
BalasPadamBolehlah anak cucu balik kampung minggu depan
Semoga ekonomi kita kembalik pulih, dan semoga semua rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati, follow s.o.p sampai virus ni lenyap dr Malaysia
BalasPadam