Cara Tebus Internet Percuma Celcom 1GB Sehingga Hujung Tahun


Cara Tebus Internet Percuma Celcom 1GB Sehingga Hujung Tahun 

Akhirnya masanya telah tiba juga, tiada lagi internet 1GB percuma untuk pengguna Celcom sepanjang tempoh PKP & PKPB. Semalam adalah hari terakhir untuk melayari laman sosial tanpa bayaran. Wuuu sedih. Selari dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia dalam Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek Celcom juga turut mengumumkan akan terus menyokong pemberian internet 1GB percuma bermula 10 Jun sehingga diberitahu kelak.

Pemberian yang terbaru ni pun tak tahu sampai bila ya jadi biasakan diri supaya tak mengharap data percuma. Kalau fikir logik, mana ada benda percuma orang nak bagi lama-lama, dia bukan buat charity. Jadi apa beza pemberian internet 1GB percuma Celcom kali ini?

Ha teruskan baca.



Internet Percuma Hanya Untuk Laman Web Pendidikan & Produktiviti

Aku ambil tahu sebab aku antara pengguna Celcom tegar yang bergantung kepada kemudahan internet untuk selesaikan kerja. Kena tukar rutin kerja la pula selepas ni. Kalau sebelum ni, (1 April 2020 sehingga 9 Jun 2020), Celcom tawarkan internet percuma dan pelanggan dapat guna internet 1GB percuma untuk layari laman sosial, main game, tengok Youtube dan lain-lain tapi bermula semalam, internet percuma hanya boleh digunakan untuk laman web dan aplikasi terpilih sahaja.

Sejajar dengan keadaan COVID di Malaysia, walaupun kita masih dalam tempoh berjaga-jaga tapi banyak kedai dah mula dibuka, dah boleh keluar rumah dan boleh rentas negeri jadi Celcom menyokong rancangan pemulihan ekonomi dengan beri Internet 1GB percuma untuk akses perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan dan produktiviti sahaja.

Pengguna Celcom masih boleh menggunakan internet percuma bermula pukul 8.00pagi sehingga 6.00 petang setiap hari dan perlu membuat langganan sebulan sekali di aplikasi Celcom Life. Kalau sebelum ni tak perlu kan? So internet percuma valid mengikut bulanan.


Cara Tebus Internet Percuma Celcom 1GB

Caranya mudah sahaja, apa yang perlu korang buat ialah kena install applikasi Celcom Life dalam telefon bimbit terlebih dahulu.  Buka Aplikasi Celcom Life - Dashboard> MyDeals> Dapatkan 1GB Percuma.

Untuk periksa baki internet pula boleh semak melalui Aplikasi Celcom Life atau dail * 118 # (Pascabayar) & * 118 * 1 * 1 * 2 #

Senarai Aplikasi, Laman Web Yang Tidak Boleh Guna Internet Percuma 1GB

Kalau dulu meriah je kan laman sosial masing-masing dengan update dan juga perkara viral sebab masa tu kita semua terkurung dalam rumah tak dapat keluar, internet pula percuma memang rasa seronok lah. Untuk yang dah biasa layari laman web dan guna aplikasi dibawah diminta bersabar dan sila tabah. Takut dah terbiasa nanti tak cukup data internet sedia ada.

Berikut adalah senarai aplikasi dan laman web yang tidak lagi boleh di akses menggunakan internet percuma dari Celcom:

Game: Arena of Valor, Call of Duty, Free Fire, King of Duty, Legend of Runeterra, Life After, Lords Mobile, Mobile Legends, PUBG Mobile, Rise of Kingdoms.

Music: Apple Music, JOOX, Shazam, Smule, Sound Cloud, Spotify, SYOK, QQ Music, WeSing, YouTube Music

Social: Bigo, Facebook, Instagram, Snapchat, Telegram, TikTok, Tumblr, Twitter, WeChat, YY

Video: Bigo, DailyMotion, FB Live, IGTV, JOOX, Netflix, TikTok, Viu, YouTube, YY

Senarai Aplikasi, Laman Web Yang Boleh Guna Internet Percuma 1GB

#1 Panggilan PERCUMA ke nombor Hotline yang tertera di bawah untuk domestik (di Malaysia)
CPRC (Crisis Preparedness Response Centre) / (Pusat Respons Kesiapsiagaan Krisis)

    03-88810200
    03-88810600
    03-88810700

Movement Control Order Hotline

    03-88882010

Cawangan KKM seluruh Malaysia

#2 Internet Percuma untuk melayari laman web yang tertera di bawah:

- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Pelanggan yang menggunakan Office365 (Microsoft Exchange, Microsoft OneDrive, Microsoft SharePoint & Microsoft Teams)
#3 Semua perkhidmatan WhatsApp termasuk Sembang, Panggilan Suara dan Panggilan Video.


Kalau ada pertanyaan lanjut boleh terus ke laman web Celcom atau dail je #118# di telefon bimbit masing-masing. Selamat menggunakan internet dengan bijak.

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.