Balik Kampung Merentas Negeri Semasa PKPP
Alhamdulillah berjaya juga kami
satu keluarga merentas negeri untuk pulang ke kampung selepas PM kita umumkan
PKPP bermula 10 Jun lepas. Oleh sebab Syawal masih ada jadi kita anggap balik
beraya. Walau dah diberi kelonggaran untuk bergerak merentas negeri tapi kita
masih lagi dalam tempoh berjaga-jaga.
Setakat ni aku dan suami sepakat
yang kami tak akan bawa anak-anak ke tempat terbuka seperti shopping mall dan
juga pasar. Masa perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur ke Melaka pun kami
tidak singgah di mana-mana. Risau dan kebetulan memang tak banyak kedai dan
R&R yang beroperasi, jadi kuranglah sebab untuk kami berhenti.
Syukur perjalanan sangat smooth.
Lebuhraya masih lengang sebab kami balik pada hari Khamis, sengaja elak
bertembung dengan mereka yang nak keluar bercuti waktu hujung minggu. Aku
sangat kagum bila jejak kaki di Melaka. Rata-rata rakyat sangat patuh arahan,
tidak berkumpul dan paling penting anak kecil tidak dibawa keluar di tempat
awam. Kalau ada hanya seoarng dua.
Boleh Ke Bawa Anak-Anak Keluar Waktu PKPP?
Ramai juga ibu bapa yang masih
bingung samaada boleh atau tidak untuk bawa anak-anak keluar di waktu PKPP? Aku
pun tak terkecuali sebenarnya, yelah banyak sangat arahan dan larangan yang
keluar jadi confused. Aku pun baru dapat jawapan lepas baca penerangan KKM di
page Facebook mereka.
KKM menyatakan bahawa tiada
larangan mahupun akta yang melarang ibu bapa untuk bawa anak-anak ke shopping
mall mahupun pasaraya tetapi sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko
jangkitan.
Dalam erti kata lain, kita
janganlah membahayakan kesihatan anak-anak sebab anak-anak merupakan golongan
yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID memandangkan sistem imun mereka
masih belum kuat.
Bagi aku sebagai ibu kepada tiga
cahaya mata, walaupun aku kasihankan anak-anak yang dah lama tak jejak kaki ke
shopping mall aku masih ragu-ragu untuk bawa mereka ke sana. Tapi tidak
bermaksud aku mengutuk ibu bapa yang bawa anak keluar. Pasti ada sebab kenapa
mereka terpaksa bawa keluar kan. Paling penting amalkan norma baharu dan
sentiasa patuh arahan.
Kesimpulan
Apa pun sentiasa beringat. Orang tua
selalu pesan cegah sebelum parah. Dalam bergembira kena sentiasa hati-hati.
Kita ada pilihan jadi kita buat yang terbaik ok. Dikesempatan ni juga aku nak
ucapkan berjuta lemon terima kasih kepada pasukan #frontliners Malaysia tak
kira team Medical, Pertahanan, Keselamatan dan pendek kata semua yang terlibat
memerah keringat memastikan keamanan negara Malaysia terjaga. Sanggup mereka
gadaikan nyawa, masa, tenaga atas dasar tanggungjawab. Terima kasih
banyak-banyak.
Assalamualaikum.. walau apa pun, ikot SOP, beringat-ingat, in shaa Allah selamat.
BalasPadamyang penting kita kena sentiasa berhati-hati dan patuh pada sop
BalasPadamalhamdulillah untuk kelonggaran yang diberikan tapi kena ingat kan sop dan lnagkah berjaga2. ct pun baru skrng ni rentas negeri..
BalasPadam