Puding Kastard Buah Naga Berkuah

Pejam celik dan seminggu kita berpuasa. Cepat je masa berlalu sampai lupa hari apa. Soalan kami anak beranak setiap hari bulan puasa ni nak masak apa. 

Walaupun dah ada senarai menu cadangan tapi selalunya akan berubah di saat-saat akhir ikut perubahan cuaca dan selera. Gitu.

Seminggu sebelum puasa suami ada request buat kuih kastard. Request je tapi bila tanya detail kejadian bentuk kuih tu macamana dia bagi jawapan yang tak memberansangkan. 


Puding Kastard Buah Naga Berkuah 

Pening la sekejap kepala otak fikir kuih apa yang sebenarnya dia nak. Dalam otak fikir dia teringin kuih puding jagung kot, tapi bukan kata dia. 

Lepas google dan tengok Youtube rupanya dia nak makan puding kastard. Choi. 

Mestilah isteri dia tak reti buat, jadi gigihlah study cara nak buat. Oleh sebab bahan-bahan semua ada maka beranikan diri cuba buat. Tak jadi nasiblah.




Aku buat Puding kastard Buah Naga Berkuah ni masa hari ke 4 berpuasa. Alhamdulillah menjadi. 

Resepi asal sepatutnya Puding Koktail tapi oleh sebab koktail tidak dijumpai di pasaraya kita olah letak buah naga. Ni anak bujang request. Kita turutkan sahaja.


Resepi Puding kastard Buah Naga Berkuah

Untuk yang pertama kali mencuba jangan risau sebab resepi ni simple je. Peratusan gagal tu amatlah tipis. Jadi sila lah cuba. 

Cuma sila guna kuali non-stick masa masak puding dan buat awal supaya kastard dan kuah dia sejuk. Makan sejuk-sejuk memang power.


Bahan Untuk Kastard

1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3/4 cawan gula

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat.
Angkat dan masukkan ke dalam acuan pilihan
Sejukkan hingga keras

Baca Sini ~ Resepi Agar-Agar Sumi Mudah & Sedap 






Bahan Untuk Kuah

1 tin susu cair
4 cawan air
3/4 cawan gula
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
1 biji buah Naga - untuk hiasan

Satukan semua bahan dlm periuk kecuali buah naga. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga timbul buih kecil dan dan menjadi sedikit pekat.




Cadangan hidangan:

Masukkan kastard, dan buah Naga yang dipotong kecil ke dalam mangkuk, kemudian curahkan kuah dan tambah ais.
Siap untuk dimakan


Selamat mencuba.

Ulasan

  1. perghh sedap dan sejuk jer masuk ke perut waktu berbuka ni

    BalasPadam
  2. Wah2.. idea jugak nie puding kastard.. buah tu boleh tukar lain kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.