Duit Pengeluaran i-Lestari Dah Masuk
Syukur Alhamdulillah, pengeluaran duit i-Lestari yang aku mohon bulan lepas dah masuk. Masa kerajaan umumkan tentang permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP aku antara rakyat yang turut ambil bahagian untuk keluarkan duit dari akaun 2 KWSP. Sebelum mohon pengeluaran ada juga bincang dengan suami dan tanya kawan-kawan sama ada wajar atau tidak nak mohon?
Setakat ni kedudukan kewangan masih lagi cukup-cukup makan dengan syarat tidak berbelanja mewah, tapi bila fikirkan jangka masa panjang dengan keadaan ekonomi yang tak menentu akhirnya aku ambil keputusan untuk buat permohonan pengeluaran i-Lestari sebagai back up in case of emergency.
Risau juga kalau tiba-tiba syarikat tempat suami bekerja berubah angin. Dah la aku ni suri rumah sepenuh masa. Seram bila fikirkan hutang bulanan. Selalu sejukkan hati bila fikir, kalau aku susah masih ada ramai lagi yang lagi susah dari aku. sekurang-kurangnya aku masih ada makanan dan tempat berlindung. Ha sampai begitu sekali aku positifkan diri.
Proses Permohonan Pengeluaran i-Lestari – Terima Duit
Kalau ikut pengiraan, anggaran tempoh makan masa sebulan untuk KWSP daftar dan luluskan permohonan aku. Mengikut rekod yang masih aku ingat, aku buat permohonan pengeluaran i-Lestari pada 9 April 2020 dan kemudian KWSP mula memproses dan daftar permohonan aku pada 14 May 2020.
Setelah diproses, akhirnya permohonan pengeluaran i-Lestari aku diluluskan pada 15 April 2020. Ikut semakan bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank yang aku pilih pada 6 Mei 2020. Aku dapat tahu duit telah dikreditkan ke akuan bank setelah terima SMS dari pihak bank.
Mohon 9 April 2020
Proses & Daftar 14 May 2020
Lulus 15 April 2020
Terima Duit pada 6 Mei 2020
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari
Menurut KWSP semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat. Langkah-langkah untuk membuat semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://i-Lestari.kwsp.gov.my
- Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Kemudian masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan SEMAK.
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari
Untuk korang yang masih belum
memohon, masih belum terlambat untuk memohon kerana Pengeluaran i-Lestari
adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Ahli boleh
menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dan hendaklah diterima oleh
KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021.
Maklumat yang perlu korang tahu
apabila membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari ialah:
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
- Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Cara-Cara Permohonan i-Lestari
- Layari Layari https://i-Lestari.kwsp.gov.my
- Pilih PERMOHONAN BAHARU
- Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
- Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
- Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
- Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR
- Status permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar akan dipaparkan
- Boleh semak status permohonan selepas dua hari dihantar.
Kesimpulan
Aku bersyukur sangat di saat
genting macam ni sekurang-kurangnya kerajaan memberi kelonggaran untuk
keluarkan wang simpanan KWSP. Boleh tarik nafas lega buat seketika. Aku dah
kongsikan dalam artikel di atas tentang Proses Permohonan Pengeluaran
i-Lestari, cara memohon serta Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran
i-Lestari. Harapnya sedikit sebanyak maklumat yang aku kongsi ini bermanfaat
untuk korang.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.