Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Akhirnya aku beranikan diri masak Corn dog Tepung Bestari yang pernah viral satu masa dulu. Sekarang masih mendapat sambutan ke? Entahlah tak pasti tapi aku selalu terliur kalau nampak orang makan Corn dog ni.  

Sebenarnya aku dah beli lama dah pun bahan-bahan yang diperlukan macam mozzarella` cheese, lidi sate, tepung memang ada dekat rumah dan bahan terakhir yang diperlukan. 

Breadcrumb pun suami baru beli. Jadi, buka puasa yang lepas aku pun rajinkan diri buat. Lah senang sangat rupanya.

Salah satu sebab aku lambat nak cuba adalah aku bayangkan Corn dog ni menyerap minyak macam kita goreng roti sardine tu. 

Rupa-rupanya tidak ya. Kira makan ok lah tak rasa berminyak sangat. Apa yang penting kena makan waktu dia masih panas supaya cheese masih bertali bila ditarik.

Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Ikut resepi banyak orang kongsi, mereka guna tepung Cucur segera Adabi perisa Udang. Aku prefer untuk buat sendiri tepung sadur dia tu. 

Aku guna campuran tepung Bestari Spicy, Tepung Bestari Original dan juga tepung Gandum. Aku tak letak garam sebab tepung Bestari dah masin. Lepas tu letak baking powder dan soda bikarbonat.




Oleh sebab aku nak makan semasa berbuka jadi aku goreng di saat-saat terakhir sebelum berbuka puasa untuk pastikan ianya masih panas. Tak lama la masa nak goreng, so senang. Jom tengok cara-cara untuk sediakan Corn dog.

Resepi Corn Dog Tepung Bestari Bertali

Bahan-Bahan
  • Sosej Ayam
  • Mozarella Cheese
  • 2 Sudu Tepung Tepung Bestari Spicy
  • 1 Sudu Tepung Bestari Original
  • 3 Sudu Tepung Gandum
  • 1 sk Baking Powder
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • Breadcrump
  • Sedikit Air
  • Lidi sate
  • Minyak Untuk Menggoreng


Sebenarnya untuk semua bahan-bahan di atas aku agak-agak sahaja. Aku buat untuk lima cucuk Corn dog.

Cara-cara untuk membuatnya:
  • Satukan segala tepung, baking powder & soda bikarbonat dan bancuh dengan air sehingga menjadi adunan sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air dan jangan terlalu cair.
  • Agak-agak adunan boleh melekat bila salut sosej kira ok la. Tekstur adunan lebih pekat daripada adunan cekodok. Ha begitu perbandingan.
  • Potong sosej dan juga mozzarella cheese menjadi kiub dan saiz tu terpulang ikut kehendak masing-masing.
  • Cucuk sosej dan Mozarella secara selang seli.
  • Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak kena betul-betul panas ya.
  • Celupkan sosej dan mozzarella ke dalam bancuhan tepung dan salut dengan breadcrump kemudian goreng sehingga masak.
  • Satu minit setiap bahagian. Siap.



Sedikit tips yang aku boleh kongsi ialah, tepung salutan pastikan tidak terlalu cair dan harus melitupi sosej dan cheese. 

Untuk mudahkan kerja mencelup boleh letak di dalam gelas yang tinggi. Goreng api sederhana dalam minyak yang panas sebab bredcrumb cepat hangus.

Nak makan corn dog sedap boleh cuba makan di Restoren Korean Halal. Resepi ni berjaya membuatkan anak aku pandang tinggi terhadap aku. ceh poyo kan? 

Realitinya bila libatkan makanan orang putih ni sedikit sebanyak akan timbulkan rasa kagum, macam hebat sangat padahal resepi orang Melayu lagi susah nak buat.

Selamat mencuba.

Ulasan

  1. nak try buat jugak la.. nampak macam sedap. anam2 biasanye nmpk bnda baru ni diorg excited nak cuba.. huhu

    BalasPadam
  2. wah sedappp

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. menarik dan nampak mudah dibuat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.