Wah kemain nak buat music video (MV) reaction dekat blog, macam bagus je kan nak react. Ececeh. Selalu orang buat reaction dekat Youtube kan?
Ha sebab aku malas nak bercakap, aku taip letak dalam blog la eh. Kasik peluang la kan. Ini kira Video Reaction pertama aku kongsi dekat blog.
Music Video Reaction Lagu Damba CintaMu
Untuk music video pertama aku pilih MV lagu terbaru
kumpulan Raihan berkolaborasi dengan Alif Satar, lagu yang bertajuk Damba
CintaMu.
Lagu ni lagu lama kumpulan Raihan, penyanyi asal ialah Nazrey Johani
dan untuk tahun 2020, kumpulan Raihan ajak Alif Satar menyanyikan semula lagu
Damba CintaMu.
Alif Satar memang jadi penyanyi
favourite aku selain Anuaz Zain sebab suara di tu perghh sangat. Maaflah aku
aku tiada pengetahuan dalam bidang muzik jadi ampunkan aku kalau salah guna
terma muzik okeh.
By the way, reaction to this MV pun sekadar suka-suka, so
jangan serius sangat kalau aku komen yang agak kasar. Tak pasti lepas ni aku
nak teruskan reaction untuk MV lain atau tak.
Vokalis Asal lagu Damba Cintamu
Masa dengar MV ni memang rasa
familiar sangat, rupa-rupanya ini merupakan lagu lama kumpulan Raihan. Kira
macam throwback sajalah.
Vokalis asal yang menyanyikan lagu Damba CintaMu pada
tahun 2017 ialah saudara Nazrey Johani yang sekarang dia tak lagi bersama
kumpulan Raihan.
Suara dia memang tak dinafikan
memang sedap. Suara dia agak ‘keras’ bagi aku tapi masih merdu. Lirik lagu ni
deep, jadi bila penyanyi bersuara ‘tegas dan keras’ yang nyanyi rasa macam
sentap dihati.
Kalau Hang Tuah kekuatan dia terletak pada huruf T, maka
Kekuatan lagu ni aku terletak pada liriknya. Begitu perumpamaan.
Untuk beri kelainan, tahun 2020
Alif Satar pula yang bawa lagu ni. Semestinya suara Alif lain sangat jika
dibandingkan dengan saudara Nazrey Johani.
Suara saudara Nazrey Johani dan Alif
sama-sama sedap tapi mempunyai peminat yang berbeza. Ada yang suka versi asal,
dan ada yang lebih suka versi terbaru. Gitu.
Neelofa dalam MV Damba Cintamu
Aku rasa bagus sangat babak dalam
MV Damba Cintamu ni yang hanya berkisarkan seorang perempuan yang tengah solat
dan memohon ampun kepada Tuhan, serta muhasabah diri atas segala dosa yang
dilakukan sehingga menitis air mata.
Simple je jalan cerita. Kalau nak
tahu kisah sebenar kenapa Neelofa ada dalam MV ni dan kenapa babak dia sahaja
sepanjang MV ni kena tengok IG live dia borak dengan Alif Satar. Ada orang
kongsi di Youtube.
In short, sepatutnya babak yang
libatkan Neelofa hanya 5 minit yang terakhir tapi oleh sebab kekangan PKP dan
faktor lain maka memang babak Neelofa duduk di tikar sejadah sahaja. Korang
tengok sendiri la baru faham apa aku maksud okeh.
Lirik Lagu Damba Cintamu Oleh Raihan Dan Alif Satar
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan
hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan
hambaMu
Bilakah diri ini ‘kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini ‘kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Kau pengasih Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke
nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Mogaku ‘kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat
Pendapat aku Tentang MV Damba Cintamu
Meremang bulu roma masa aku
dengar lagu ni, aku pakai head phone, duduk dalam bilik, waktu malam dan
bersendirian. Tak sedar mata berkaca dan hati jadi sebak.
Sesuai sangat lagu ni
keluar masa bulan suci bulan Ramadan yang mana rata-rata semua manusia cuba nak
jadi baik.
Seperti aku kongsi dekat atas, lirik dia memang menyentuh hati.
Sangat kena dengan diri sendiri yang selalu lupa dekat Pencipta.
Lirik “Bilakah diri ini ‘kan
kembali, Kepada fitrah sebenar, Pagi kuingat petang kualpa, Begitulah silih
berganti” ini berlegar-legar dan tengiang-ngiang di telinga.
Weh kalau bercakap
tentang diri sendiri, tak payah tunggu petang, aku dah alpa selepas setengah
jam. Punya la hina diri ini.
Jadi pendapat aku tentang MV dan
juga lirik lagu ni memang terbaik ah. Susunan muzik, suara penyanyi, MV yang
simple tapi memberi mesej yang baik kepada pendengar.
Jadi aku sokong. Kalau
korang belum berkesempatan untuk dengar aku cadangkan untuk dengar. Moga
sedikit sebanyak dapat manfaatnya.
Okeh, setakat ini sahaja MV
reaction untuk kali ini. Kalau aku rajin dan membawa kebaikan kepada korang aku
buat lagi. Selamat mendengar, menangis dan menjiwai. Babai.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.