Pejam celik pejam celik dah masuk setengah bulan kita berpuasa. Cepat je dah berlalu Ramadan ke 16. Rasa baru sekejap kena kurung. Eh.
Seperti jangkaan, semangat nak masak tu sedikit menurun. Penat hoih. Aku slow down sedikit buat kuih sebab kuih yang aku buat untuk berbuka semua ambil masa nak habis.
Menu Berbuka Minggu Kedua Puasa Ramadan
Tapi aku kagum dengan semangat
jiran aku, hampir setiap hari akan beri kuih, bukan calang-calang kuih
dibuatnya.
Almaklumlah duduk ramai-ramai seronok la nak memasak. Kebetulan mak
ayah dia datang ziarah, sekali sangkut dekat rumah dia jadi tak lepas balik
sebab PKP.
Ada hari memang aku surrender je nak memasak. Kebetulan ada hari suami keluar bekerja, jadi alang-alang dia balik suruh bungkus makanan dekat luar je.
Malas nak guna Grab atau FoodPanda sebab sekarang hampir setiap petang akan hujan. Malas nak turun dan rasa kasihan nak suruh rider anta dalam hujan.
Senarai Menu Berbuka Minggu Kedua
Ikut rekod, setakat aku taip
entri kali ni aku terlepas sahur satu hari sahaja. Malam tu anak aku yang
bongsu lambat masuk tidur sebab dia dah tidur lepas waktu berbuka.
Pukul 3.15
pagi baru dia nak lelap, maka dengan aku sekali hanyut. Ajaibnya alarm suami
pun tak bunyi. Maka ber hu hu la puasa pada hari tersebut.
Tengok Sini ~ Menu Berbuka MingguPertama Puasa Ramadan
Menu Berbuka Hari ke lapan
Nasi Putih
Mee Goreng
Ayam Tumis Timun
Roti Jala
Cucur Udang Jiran
Kari Ayam
Menu Berbuka Hari Ke Sembilan
Nasi Putih
Sardin
Kobis Goreng
Siakap Goreng
Lemang & Rendang
Daging Jiran
Popia Crab
Tembikai
Menu Berbuka Hari Ke 10
Nasi Putih
Telur Bistik
Ayam Masak Lemak
Kek Pisang
Baca Sini ~ Resepi Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah
Menu Berbuka Hari Ke 11
Nasi Mentega
Meatball
Mushroom Soup
Tauhu Sumbat
Ayam Bakar
Kuih Ketayap Jiran
Bubur Lambuk Jiran
Menu Berbuka Hari Ke 12
Nasi Putih
Bihun Goreng
Daging Goreng Sos
Ikan Singgang
Puding Roti & Sos
Kastard
Kuih Tako Jiran
Menu Berbuka Hari Ke 13
Nasi Putih
Ayam Goreng
Sambal Goreng Tempe
Ikan Pari Masak Kari
Popia Crab
Kuih Jiran
Timun Jepun
Menu Berbuka Hari Ke 14
Nasi Putih
Sup Kambing
Kuew Teaw Goreng
Corndong Cheese Tarik
Popia Banana Choc
Jiran
Bihun Soto Jiran
Kuih Koci Labu
In baru pertengahan bulan
Ramadan, kemain mewah Allah turunkan rezeki.
Berjiran pula dengan orang suka
bersedekah lagi bertambah meriah la acara buka puasa. Setakat ni pembaziran tu
masih terkawal.
Alhamdulillah. Apa cerita Ramadan korang? Harap semua baik-baik
sahaja ya.
Alhamdulillah setiap hari meriah menu-menu berbuka tu
BalasPadamRajin masak macam2..to ibu2 mmg mcm ni kn sis..hihi
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSelamat berbuka puasa
sedapnya menu-menu Rodiah..
BalasPadamMeriahnya menu2 ramadhan thn ni
BalasPadam