Aku terima email dari reader memerlukan bantuan berkenaan Pressure Cooker Giselle yang dia beli. Dia berdepan masalah, tudung periuk Giselle tak boleh buka. Kenapa dia contact aku?
Aku percaya dia dah hubungi pihak yang betul cuma lambat dapat response agaknya. Then dia jumpa aku tulis review tentang Pressure Cooker ni rasanya.
Apa yang jadi ialah, tudung periuk tu tersangkut, tak ditutup kemas dan kalau jadi macam ni memang tak boleh on atau off pon periuk tu.
Cara penyelesaian dia memang kena keluarkan semula tudung periuk.
Masalah Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka
Kenapa aku boleh tahu ialah aku
pun dah lebih 5 kali alami masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka sebab
aku secara tak sengaja salah letak.
Memang sekarang topik Pressure Cooker, Air
Fryer, oven dan juga banyak lagi gadjet dapur akan meriah dibincangkan bila
menjelang bulan puasa.
Pressure Cooker atau Air Fryer?
Bulan Ramadan dan Syawal adalah antara
bulan yang orang orang rajin masak, baking, buat kek dan ada yang cari gadget
sebab hobi ikut trend. Soalan patut ke beli air fryer?
Atau dah cukup kalau ada
pressure cooker? Terpulang pada individu sebab masing-masing ada pendapat
berlainan.
Oleh sebab aku dah ada Pressure
Cooker dan Air Fryer jadi aku jadi pemerhati dan pemberi pendapat bila ada yang
tanya pendapat menggunakan PC dan AF.
Tak la lama sangat aku guna, dalam
setahun lebih macam tu lah. Pressure Cooker aku dapat untuk review dan AF aku
beli guna duit sendiri.
Dua-dua alatan ni aku berpuasa
hati dan memenuhi keperluan di dapur. Aku kongsikan review Pressure Cooker di
sini dan Air Fryer di sini.
Ada yang tanya kenapa harga pressure cooker berlainan?
Semestinya semakin banyak fungsi pressure cooker tu (cara masakan) semakin
mahal harganya.
Air fryer pula ikut saiz basket AF tu. Makin besar dan canggih semakin
tinggi harganya.
Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka
Berbalik kepada masalah reader
tadi, mengikut instruction dalam manual yang diberikan, ada arah dan cara untuk
tutup supaya pressure cooker berfungsi dengan sempurna.
Bila salah tutup maka
jadilah tudung periuk Giselle ni tak boleh dibuka. Hoi stress. Pertama kali
jadi adalah beberapa hari di awal-awal aku mula guna. Cuak weh.
Apa yang jadi ialah kedudukan tudung periuk tu tak selari dengan tulisan Gisella, habis sangkut teruk. Gisella kena jadi tengah-tengah dan sila lah elak dari salah letak. merana korang.
Apa aku buat, pertama ialah kena
tarik nafas dalam-dalam sebab bengang kecuaian diri. Next aku cuba
longgar-longgarkan dengan gerakkan tudung periuk ke kiri dan ke kanan walaupun
ketat nak arwah.
Kemudian aku tekan tudung periuk ke bawah, tolak sedikit ke
kanan dan tarik ke atas dan cuba buka. Aksi ini perlu guna dua tangan dan
tenaga.
Macam aku akan kepit badan periuk tu guna dua kaki sambil tangan buat
apa yang aku terangkan dekat atas.
Aku explain panjang lebar dengan
harapan dia faham dan mohon ampun kalau korang pening tak dapat imagine.
Aku
dah reply pon email dia dan harap membantu. Harapnya kalau dia singgah lagi ke
blog Rodiah Amir, dia baca entri ni dan dah tahu nak buat apa kalau tudung
periuk Giselle tak boleh buka.
Aku tak pasti kalau ada tutorial
di YouTube sebab selalunya tak sempat aku nak search, tudung periuk berjaya
ditanggalkan lepas aku sentap dengan kuat.
Setakat ni tiada masalah.
Alhamdulillah. Banyak sangat jasa periuk ni terutama bila aku craving nak makan
sup.
Setakat ini sahaja perkongsian
pengalaman aku menghadap masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka, perlu
beli Pressure Cooker atau Air Fryer dan cara-cara nak selesaikan masalah tudung
periuk Giselle. Harap bermanfaat.
Seronok bila entry kita menjadi rujukan pembaca..
BalasPadamHarap dpt bagi panduan kpd pembaca
BalasPadam