Kenangan Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020

Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020

Kenangan sambut raya di tahun 2020 merupakan tahun yang amat bermakna dan bakal dikenang sampai akhir hayat. 

Mana tidaknya, tahun 2020 menjadi tahun pertama aku dan keluarga sambut Raya tanpa keluarga dan beraya di Kuala Lumpur sahaja.

Bukan aku saja, satu Malaysia tak boleh balik kampung dan sambut raya macam biasa. Bayangkan memang dah jadi tradisi sejak dulu lagi, sambut raya dengan meriah, keluar beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara mara tapi tahun 2020 kita dilarang untuk buat semua tu. 

Apa pun larangan tu untuk kebaikan kita juga.

Pastinya kisah-kisah bersejarah macam ni akan kita kenang dan kongsi dengan anak cucu satu hari nanti. In sha Allah. 

Sengaja coretkan kenangan aku satu keluarga sambut raya cara kami di musim PKP. Awalnya hati memang sedih, tapi lama kelamaan kita belajar redha. 

Nak sedih berpanjangan pun tak boleh sebab kasihankan anak-anak yang teruja sambut raya. Rupa-rupanya Tahun 2021 pun kena Raya di rumah sendiri juga. 




Persediaan Sambut Raya Aidilfitri

Persediaan sambut raya kali ni memang agak berlainan sebab kali ni semua kena urus dari awal hingga akhir. 

Kami suami isteri ambil keputusan untuk tidak beli baju raya dan pakai baju raya tahun sudah, manakala untuk anak-anak kami beli sepersalinan saja. 

Buat syarat gembirakan hati mereka. syukur baju aku beli dekat Shopee sampai tiga hari sebelum raya. Fiuh. 

Menu raya pula aku dah plan awal dan beli barang basah seminggu sebelum raya jadi mana-mana barang yang tak cukup boleh cari sebelum raya. 

Ikut pengalaman memasak masa open house kami buat beberapa tahun sudah memang aku penat gila. Masak non-stop sebab semua masak last minute. 
Jadi kali ni raya aku plan sehabis baik, itupun masih penat nak kojol.

Masak rendang ayam dan rendang daging lebih sedikit sebab niat nak sedekah pada jiran sebelah menyebelah dan bawa ke rumah abang Ipar. 

Walaupun dibenarkan beraya rentas daerah di sekitar lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) aku tetap penakut nak keluar beraya. 

Tak kemana pun kami, hanya beraya dia rumah abang Ipar yang 15 minit perjalanan dari rumah je.





Raya PKP 2020 Kami Tetap Meriah

Alhamdulillah aku bersyukur sangat walaupun raya kali ni berlainan tapi kami tetap berjaya sambut dengan meriah. Anak-anak memahami keadaan. 

Sehari sebelum raya kami habiskan masa dengan aktiviti potong daging, cuci ayam, suami anyam ketupat, siapkan bahan-bahan memasak, pasang pelita dan lampu raya.

Aku berjaya masak kuah kacang, rendang daging, rendang ayam dan rebus ketupat yang suami aku anyam malam raya. 

Esok pagi aku sambung panaskan makanan yang dah siap, iron baju dan sementara tunggu suami Solat Raya aku siapkan anak-anak.

Malam Raya aku dah buat panggilan video dengan mak di kampung. Alhamdulillah tak menangis. Siap semua baru keluar ke rumah abang Ipar. 

Sebelum tu dah ambil gambar satu keluarga walaupun banyak drama berlaku. Maklumlah anak-anak berada di fasa ingin tahu dan tak mahu dikongkong. 

Pertama kali cuba Burasak (dalam gambar bawah ni macam lepat yang dibalut daun pisang). Itu pun jiran yang bagi. Aku tak reti makan. 





Bila tengok semula video yang dirakam terasa bermakna sangat setiap saat dan detik kami bersama.
Adik aku ada datang menziarah malam tu dan terubat lah rindu adik beradik di hari raya. 

Nak raya lama-lama pun tak ada semangat, tapi cukuplah masa untuk bertanya khabar dan lepas rindu. Seronok.

Penutup Hari Raya Pertama kami bila semua tidur awal dari biasa. Walau tak keluar beraya dan masak hanya beberapa menu raya, tapi penat dia tu macam masak untuk kenduri kahwin. 

Aku tak sempat nak tengok rancangan di televisyen pun. Masa aku lebih banyak dihabiskan dia dapur, masak, basuh pinggan, kemas rumah. 

Bila raya di rumah ni penat dia tak boleh nak bincang. Semua kena buat sendiri walaupun suami hulurkan bantuan tapi tetap penat.

Apa pun Alhamdulillah Raya 2020 adalah raya yang bakal dikenang seumur hidup. Tak pasti sampai bila PKP ni, tak pasti tahun depan kita masih ada peluang sambut raya, masih panjang umur ataupun tidak. Itu semua rahsia Allah.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitiri” kepada semua pembaca blog rodiahamir, kawan-kawan yang mengenali yang sentiasa menyokong aku. 

Terima kasih. Ampunkan segala kesalahan dalam pertuturan dan juga penulisan yang aku sedar mahupun tidak. Jaga diri.

Ulasan

  1. Raya tahun ni memang boleh jadi sejarah.
    Raya PKPB (harap2 sekali ini sajalah).

    BalasPadam
  2. Lepas ni dah boleh balik kampung masih di bulan Syawal lagi ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.